Rabu, 2 Mac 2011

Haram Rupanya

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Mac 02, 2011


Harap-harap pemenang contest ni tak minum dalam cawan emas ni.

Aku pun baru tahu hukum ni.

Thanks kepada Nescafe keran menganjurkan contest ini.

Kalau tak, sampai ke sudah aku tak tahu hukum minum dalam 'mug' emas


Hukum menggunakan bejana emas dan perak adalah haram berdasarkan nas dan ijmak ulama.

Sabda Rasulullah SAW:

لا تشربوا في آنية الذهب والفضة ولا تأكلوا في صحافها فإنها لهم في الدنيا ولكم في الآخرة

"Janganlah kamu minum dalam bejana daripada emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan yang terbuat daripada keduanya. Sesungguhnya ia adalah untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu di hari akhirat".

(Hadis Yang diittifaq kesahihannya dari jalan Huzaifah)

Rasulullah SAW juga telah bersabda:

الذي يأكل ويشرب في آنية الذهب والفضة إنما يجرجر في بطنه نار جهنم

" Orang yang makan dan minum dalam bejana daripada emas dan perak, maka sesungguhnya api neraka jahannam yang menggelegak dalam perutnya".

(Hadis yang disepakati kesahihannya diriwayatkan oleh Ummu salamah dengan lafaz imam Muslim)

Maka emas dan perak adalah diharamkan berdasarkan nas hadis untuk dijadikan bejana sama ada untuk makan, minum, berwuduk ataupun mandian. Haram juga menjualnya. Haram juga apa yang berkaitan dengan bejana seperti dulang, pelapik cawan dan sebagainya.

Maka wajib ke atas setiap muslim mengelakkan pembaziran dan bermewah-mewah dengan harta benda. Jika kaya sangat, baik gunakan kekayaan tersebut untuk membantu golongan fakir miskin. Ada orang yang berhajat maka gunakan kekayaan itu untuk mereka. Ada anak muda yang tam mampu berkahwin, maka bantulah mereka. Bukan dengan cara bermewah-mewah dan melampau dalam memperlihatkan kekayaan.

SUMBER

6 comments:

NiZaM on 2 Mac 2011 12:35 PTG berkata...

sayangnya nak minum dalam air tuh..

Ummi Hanie on 2 Mac 2011 3:00 PTG berkata...

so...jual kat kedai emas , laku ke ek ?

Cik Yana on 2 Mac 2011 9:33 PTG berkata...

Kalau cik Yana menang pun, tak kan dibuat minum cawan tu. Mesti wat letak kat almari kaca.

Melur Jelita on 3 Mac 2011 4:54 PTG berkata...

Bagus N3 ni...sangat berguna infonya. kalau akak , jual je kat kedai emas..he he he

Nurul Nadhirah on 4 Mac 2011 8:53 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
n4dh!3r4 on 4 Mac 2011 8:54 PTG berkata...

wahh.. tq 4 sharing.. baru tahu haram.. mcm mug kfc yg ada salut sikit emas tu mesti takleh gak kan?

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez