Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 27 September 2010

Rindu…….Giler

Posted by LeptoSpyra at Isnin, September 27, 2010 6 comments






Assalamualaikum..

Lama dah tak menjengah ke blogger.com. Lama jugak tak buat entry baru dan mengushar blog kawan kawan. A lil bit busy lately. Hehehe~

Entry kali ni pasal rindu. Bukan rindu pada manusia, tapi rindu pada kenangan.. Rindu yang dimaksudkan adalah rindu pada zaman zaman study dulu. Yup, bagi sesiapa yang berada di alam pekerjaan pasti terdetik perasaan ni kan?

Rindu sangat zaman degree dulu... UKM dihatiku... lalalala~ hehe.

1st year di UKM, terkapai kapai lagi. Kawan pun tak ramai. Err.. jadi kau bajet masa 3rd year kawan kau ramai ke? Hahaha... yela, 1st year semua malu malu. Baru nak berkenalan antara satu sama lain. Bila kenal kenal tu mesti ada yang bertanya

Si X : Kau kolej mana
Aku : Kolej amin
Si X : Best la kau, kolej dekat dgn fak. Tak payah naik bas, takkan lambat g
kuliah bla bla bla dan segala macam kebaikan lagi duk kat kolej amin tu..

Aku mmg beruntung dapat kolej dekat, nak gi kuliah, jalan kaki. Gap sejam antara kelas, boleh balik lagi pi tido kat bilik. Takda hal la. Tapi bila amik subjek luar dari fak, aku menerima tamparan hebat..

Aku : Errr... kalau nak g tempat ni kena naik bas no berapa ek?
Si X : La... kau ni, takkan tak tau. Bas no sekian sekian la.
Aku : Kalau nak g komuter plk naik bas no berapa?
Si X : Ish ish ish kau ni, dah berapa lama kau duk UKM ni?
Aku : Errrr... Kolej zaaba yang ada bangunan tinggal tu kan?
Si X : Tu Keris Mas la

Tak ke tamparan hebat tu? Hidup ibarat katak di bawah tempurung. Hahaha~

Masuk tahun berikutnya, boleh la sikit. Aku makin selesa duk kat UKM tu.. Still kolej yang sama.. Aminuddin Baki. 2nd year duk sorang2. Aku bagai dlm syurga. Hehehe~ Aku berdikari, aku buat apa yang aku suka. Segala keputusan yang aku buat, semuanya daripada diri aku sendiri.

Aku pun langgar peraturan kolej jgk.. Masak dalam bilik. Masak dlm periuk nasi pn jadilah. Bila ada fello dtg check, mcm lipas kudung sorokkan periuk nasi dalam baldi berisi kain baju. Hahahaha~ takkan si fello sanggup geledah baldi berisi kain baju tak bercuci kan?

Rindu...

Rindu basuh kain secara berjemaah. Kalau basuh kain sorang2, mesti basuh sambil dgr radio kat handset. Handset je, aku mana ada mp3 player time tu. zaman kegelapan la katakan...Skrg pun xda jugak. hehe~ Sidai kain waktu malam2 buta..

Aku tgk semua member2 kat blok tu mesti pakai softener jenama downy. Macam jadi trend pulak ek. Well, aku tak pakai benda tu semua, sebab aku basuh baju confirm wangi punya. Heheheh~

Lepas tu study.. buat nescaffe pekat punya. Nescaffe 3 in 1 buat dua peket dalam 1 cawan.. peerrrrggghhhhh! Memang buntang mata sepanjang malam. Esoknya, aku bantai tido sampai lunch (buruk bebenor perangai)

Petang plk lalu jalan belakang untuk ke kafeteria. Beruk memang bersepah kat situ. Tawakkal je la kalau nak lalu situ. Pernah aku dikejar dan diacah oleh si beruk! Kurang peradaban punya beruk. Lepas tu sumpah aku tak ikut jalan belakang lagi kecuali berteman.

Tahun ke 3 di UKM, still di kolej yang sama.. Ate kena aktif untuk stay kolej kan? Hehehe~ 3rd year mmg serius dan hectic. Tesis beb!! Tesis!! There was so many things to do but so little time.

Time ni lah kerajinan aku terserlah. Pergi library siang malam cari jurnal. Duk jinjing lap top ke sana ke mari. Poyo jer! Macam aku sorang kena buat tesis time tu. Padahal boleh je online dari bilik utk dapatkan jurnal. Hahaha~ aku mmg suka buat benda bodoh.

Time dekat nak exam, time ni la duk mesej kawan sekuliah, tanya macam macam. Bilik member aku kunjungi. Tak kurang juga si member mengunjungi bilik aku. Kita sama sama buat soalan past year. Main soal soal.

Si X : Berikan urutan kitar Kreb?
Aku : Err anu… anu… errr…
Si X : Apakah produk glikolisis?
Aku : Err apa ek? Lupa la..
Aku : Tau ke apa jawapan dia?
Si X : Okey, kitar Kreb....... bla bla bla dan bla lagi. Produk glikolisis adalah
sekian sekian.

Kau tengok, betapa lemahnya aku nak menjawab soalan lisan.. tengok! Tengok! Mujur exam bukan secara lisan!

Tapi semua dah tinggal kenangan... sob..sob..
Kalau aku nak smbung belajar lagi, mesti dah tak macam dulu..
Sebab kadang kadang, apa yang berlaku dalam hidup kita ni, hanya datang sekali sahaja.
Jadi walau apa pun keadaan kita sekarang : susah, senang, gembira atau sedih, hargailah ia. Sebab apa yang kita rasa sekarang, mungkin tak akan berulang lagi...
Dan pada masa itulah, rindu itu hadir....

Ahad, 5 September 2010

Dah Nak Raya Ke??

Posted by LeptoSpyra at Ahad, September 05, 2010 1 comments


Makin nak raya makin takde mood la pulak.

Tak tahu pasal apa.

Macam takde makna je raya kali ni.

Tipu... tahun lepas pun takde makna.

Dah dua tahun aku tak membuat persiapan raya.

Maksud aku, persiapan diri sendiri.

Rakan sebaya sibuk mencari baju baru, kasut baru, tudung baru.

Tapi aku?

Aku sibuk mencari kekuatan diri.

.......

.......

(Penulisan terhenti seketika sambil mengelap air mata yang tumpah)

Control hana, mak dengan abah ada di sebelah.

Karang panjang pulak kena jawab.

I just missed her...

Maafkan diri ini...

Diri ini masih belum bersedia menatap pusara mu..

Biarlah doa ku utuskan dari kejauhan..

Buat yang membaca entry ini..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Maafkan segala salah & silap hamba selama 23 tahun hamba hidup di muka bumi Allah ini.
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez