Ahad, 14 Februari 2010

Sayaaaaaaang mak!

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Februari 14, 2010 2 comments Links to this post
Sayaaaaaaang mak!

Hehehe... gelak dulu, boleh x? Pada hari Rabu, 10 Feb 2010 yang lalu, genaplah mak

aku berusia 5* tahun (wanita selalu berahsia ttg umur) Happy birthday mak =)

Dan pada hari itu jugak, mak telah membelikan aku sepasang arnab. Jantan dan betina.

Alhamdulillah... tercapai jgk impian aku untuk membela si comel ni.

Siapa yang rapat dgn aku tau la betapa aku nak sgt bela arnab ni. Hahah... Cik farah

shamira, kalau u baca ni, thanks for trying k. Aku dgn kejamnye meminta cik farah

shamira ni mengangkut arnab di VRI, Ipoh datang ke Seremban. Hahahaha... sanggup

menyusahkan member demi nak memiliki arnab! Hana..hana, bertaubatlah anda. =p

Layan la gambar arnab tu. Comel kan? Yang hitam putih tu jantan, yang kelabu putih

tu betina.
























Setelah beberapa hari membela arnab ni. Aku ada perasan, arnab jantan ni ada

perangai pelik. Huhu... lepas dia bera*, mesti dia melompat, pastu berlari2 dlm

sangkar. Huhu, malu agaknya baru lepas melepas. Xpun gembira sbb xde penyakit

sembelit. Huhuhu. Yang betina steady jek...

Keajaiban di Sebalik Gerak Hati

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Februari 14, 2010 0 comments Links to this post
Salam..

Kali ni nak cerita pasal gerak hati aku yang selalunya membawa kepada penemuan

benda2 yang x sepatutnya ditemui...eceh...

Hari kamis malam aku tercari2 mana la pergi nya pendrive aku. Satu-satunya pendrive

yg aku ada utk menyimpan data. 2GB, jenama Mini Pendrive, warna putih... dan ada key

chain warna merah yang tertulis campus life =)

Cari punya cari, x jugak jumpa2. Aku dah mula hangin coz, slalu kalau dah xde tu,

mesti ada org cilok. Dan suspek yg utama adalah : adik aku. Dalam hati mula la

bersungut2 mengenai hobi adik aku yg suke mencilok brg aku tu. Haha... tapi tiba2 je

Allah menggerakkan hati kecik aku ni untuk cari pendrive di bwh katil.

Cari punya cari aku terkejut sbb ada nampak benda bersinar2 kat bwh katil... Cuba

teka amende benda bersinar sinar tu??? Permata? Pendrive? Kaca? SALAH!!!

Mata kucing! Hehe... ada kucing rupanya kat bwh katil aku! Warrrgghhhhhh..... aku

pun mengangkat kucing itu. (kucing itu berada dlm kotak periuk nasik) Tgk2 ada anak2

dia sekali.. so... sweet. Dah berapa lama agaknya kucing tu menetap kat situ.

Huhu... ada 3 ekor anak dia. Sume comel2. Layan gambar ni...







Lagi satu ajaib, lepas snap gambar kucing dan anaknya ini, tiba2 sekali lagi hati

kecik aku ni digerakkan olah Allah untuk mencari pendrive di dlm poket seluar.

Dan.... aku jumpe. Yes! Keajaiban lagi, pendrive tu x rosak walaupun kena air semasa

aku membasuh seluar itu =)

p/s : nak cari benda lain, jumpa benda lain.

Ahad, 7 Februari 2010

Belajar Semula Dari ABC

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Februari 07, 2010 5 comments Links to this post


Salam.

Hujung minggu adalah masa untuk : mengupdate blog. Huhu.

Hujung minggu ni dah 2 hari (sabtu & ahad) aku berlatih drive kereta.

Hehe... abah dah penat kot nak menghantar aku ke Nilai. Jadi, beliau pun

mengofferkan diri untuk menjadi jurulatih. Haha... Lesen tu dah lama sgt dah aku

peram. Dulu amik lesen time matrik. Dah bape tahun aku peram tu??? Adik aku yg

sorang tu plak lagi expert bwk keta dr aku. X leh jadi ni. Lagi pun, aku duk pikir2,

sampai bila aku nak harapkan abah aku hantar aku kan.. dah la bayaran mahal.. =p

Minyak untuk 40 km = RM 10.00 (pergi balik)
Tol = RM 08.20 (pergi balik)
Total = RM 18.20

Tu baru sekali pergi balik. Kalau 2x pergi balik?? Yelah, time aku keje, abah aku

balik umah balik la kan. So, dia kene ulang alik sebanyak 4 kali...

Jadi, RM 18.20 X 2 = RM 36.40

Sehari aku habis RM 36.40 dah.

Kalau sebulan, RM 36.40 X 21 hari bekerja = RM 764.40

Pergghhh... mmg boleh muflis aku cmni. Haha. Tapi xkan tak bayar plak kan? Aku tak

nak durhaka! Hahaha... xpe..xpe, gaji still ada lagi cikit. hahah

So, 2 hari blaja kereta mmg best woooo! Terketak2 lutut aku. Padahal bawak keta auto

jer. Lokasi latihan adalah tapak medan selera TTJ, Samsung, dan jalan menuju ke

highway senawang. Huhuu. Habis mak abah sume ikut.. mcm nak g konvo plak. Well,

semuanya ok, Cuma hari ni, Ahad, 07 Februari 2010 aku telah terlanggar tembok time

nak parking. Ala, tembok kecik kat tepi2 umah tu. Hajat nak tekan brek, tapi

tertekan pedal minyak... dan dummm!!! Tgk2 kene tayar je la. Bukan kemik pape pun...

alhamdulillah.. selamat RM aku. Huhuhu.

Mak pun membaking aku... ala, kalau tertekan minyak tu biase la... abah pulak buat

muka toye jer.. haha.. AKU?? AKU buat muka x bersalah la. Huhuh..

Komen daripada encik jurulatih : sumenye ok, cume time nak belok tu mcm x bagus lagi

kawalannya.

Ok. Roger.. next week kita berlatih lagi ye....

p/s : nanti nak bli kete WTF la. Huhuuhu.. (gurau je)
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez