Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 22 Ogos 2010

New Babies In Da House

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Ogos 22, 2010 0 comments
Assalamualaikum

Uh~ uh~ seronoknya dapat babies lagi.
Seperti kelahiran sebelum ni, si induk berjaya melahirkan 7 ekor anak arnab yang kiut miut. (Eh, memang la lahirkan anak arnab. Takkan bapak arnab pulak)

Tapi kali ni, bilangan yang survive meningkat. Alhamdulillah. Seekor je yang mati. Itu pun sebab menjadi mangsa kerakusan kucing yang kebulur. Tinggal kepala je (T_T) Apa la itu kucing.. Tuan kau lupa bagi makan friskies ek?

So bila kira kira semua, dah ada 12 ekor arnab dalam jagaan aku sekeluarga. Tu pun dah tolak yang mati. Ada jugak yang dah kena jual daaa...Tak sampai setahun bela dah ada 12 ekor!! Produktif ya ampun.... Hehe arnab memang cepat membiak ye puan-puan.

Layan gambar ni. Comel kan... hehehe~











Sekian~

Sabtu, 21 Ogos 2010

A Day After My Birthday

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Ogos 21, 2010 2 comments
Assalamualaikum...

13 Ogos 2010..
Benda alah ni sampai jugak..
Setelah lama berbincang dan mengumpul kekuatan diri..

Terima kasih kepada abah & mak yang banyak membantu merealisasikan impianku. hehe~
Abah siap support 1.5K lagi. Actually, tak la support secara langsung, tapi jual kereta lama beliau. Ini tidak adil! Geram tau. Kereta pusaka tu worth 1.5K je?? Geram sama apek itu!

Memang la buruk kereta abah tu tapi good condition maaaa...

Tadaaaaaaa~......





Sila abaikan tarikh kamera yang tak betul tu
Plate di censored atas sebab2 keselamatan


Medallion Grey. Warna haruslah sama dengan kaler rabbit aku okey!

Ada cerita pelik...
Aku ni memang sengal ke apa..
Orang lain beli kereta test drive dulu. Tapi aku tak..
Main order je.
Hahaha~ so bila 1st time bawak, terketar semacam kepala lutut ni.

Lepas ni kena banyak berjimat..
Tanggungjawab sudah banyak..


P/S : Abah still follow aku pergi keje. Ye aku tau.. ini adalah memalukan. Tapi suka hati aku la, abah aku... hahaha~ Doakan aku supaya jadi berani dan berdikari okey??

I Love My Rabbits

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Ogos 21, 2010 4 comments



Hahaha~ rabbit buat muka kesian setelah lemas dipeluk.
Tahniah untuk diri sendiri kerana rabbit telah membiak dengan jayanya (^_^)v

Jumaat, 20 Ogos 2010

Mama.. Mama.. Saya Sayang Mama...

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Ogos 20, 2010 2 comments
Mama.. Kenapa mama buat saya macam ni...
Mama.. mama dengan papa dah lupa ke?
Saya bukti cinta mama dan papa..
Mama dan papa saling rela dan mencintai antara satu sama lain kan?
Tapi kenapa sudahnya nasib saya begini?



Mama, saya rindukan belaian mama..
Saya tak sempat nak merasa susu mama..
Saya tak sempat nak menatap wajah mama dan papa..



Mama ingat tak? Sembilan bulan mama usung saya ke sana ke mari..
Mama Tak ingat ke perit jerih mama kandungkan saya dulu?



Papa, kenapa papa biarkan mama buat macam ni..?
Papa tak takut ke balasan tuhan?
Papa, mama ada 9 nafsu, tetapi 1 akal je.
Papa ada 1 nafsu dan 9 akal..
Jadi, papa la sepatutnya bimbing mama..



Mama.. papa.. saya tunggu mama dan papa di syurga ye..
Kita jumpa di sana ye..
Allah maha pengampun..
Saya yakin, satu hari nanti mama dan papa akan masuk syurga..
Kita kan jumpa di sana, sebagai keluarga yang paling bahagia..



Salam ikhlas,
Anakmu yang merindui mu..

Tujuan Aku??

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Ogos 20, 2010 5 comments


Assalamualaikum..

Apa sebenarnya tujuan aku buat blog ni?
Ehem..ehem.. Okey, kasi mukadimah dulu.
Kalau ikutkan, aku tak la pandai dalam berblogging ni. Entry entry yang aku buat ni pun selalunya pasal life aku.
Follower pun tak ramai. Mostly kawan-kawan je. hehe~

Sebenarnya blogging ni bukan hobi aku pun.. Tapi more on melepaskan tekanan, dan apa yang terbuku di dalam hati. Yelah, tak semua kita boleh luahkan secara face to face dengan orang. Jadi blog la tempat aku meluahkan perasaan. Nak-nak pulak aku ni pemalu orangnya. Shy gitu~ hahaha

Kenapa aku selalu cerita pasal life aku dalam blog ni? Padahal aku bukan terkenal pun. Bajet ada orang nak tau pasal life aku ke? Bajet aku ni fofular? hehehe~
Salah. Salah... jawapannya : suka hati aku la nak cerita pasal apa. Ni blog aku. Miahaha~

Takde la, bila ada blog ni, macam macam boleh kita share. Aku teringin jugak nak buat entry-entry yang berguna. Macam kisah politik ke.. Isu semasa ke.. Tapi apa kan daya.. diriku hanya tapak sulaiman! Ececeh...

Tapi, selalunya entry yang aku buat ni berguna untuk kawan-kawan lama aku. Yela, nak jumpa tak ada masa, jadi buat lapor diri dalam blog je la. Boleh jugak tahu pasal perkembangan terbaru ye tak? Dah kawin ke? Dah ada anak ke? Dah keje ke? Haaa... time ni la blog berguna..

Tak gitu?

Khamis, 5 Ogos 2010

Kenapa dengan diriku??

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Ogos 05, 2010 1 comments


Assalamualaikum..

Tolong la grow up cik Hana..
Mengapakah aku x sedar lagi yang usia aku ni hampir mencecah suku abad?
Perangai macam budak budak..
Okey okey aku bagi contoh la ea

1) Aku ni kadang-kadang masih mengharapkan masakan mak aku untuk makan. Keji x tu?? Perempuan mcm aku ni patut expert dah bab masak masak ni.. Okey la, but at least aku tau masak. walau pon tak se-expert chef antarabangsa =p (membela diri)

2) Bapak aku still ikut aku g kerja. Hahaha ni perangai yg paling childish sekali. Okey, i'm driving. But my father always sit next to me. Tapi bila pikir2 balik, okey apa!! Aku drive, bapak aku juz duduk je, bg advice, pantau jalan. Hehehe.. Abah, bila anakmu ini nak berdikari yea?

3) Aku ni x pandai la buat savings... (T_T) kata nak merancang masa depan! Hutang dah keliling pinggang dah ni. PTPTN, hutang bank lagi.. Fulus.. Fulus.. mengalir deras ibarat air sungai. Eh, air sungai ke? bkn air terjun??

4) Aku ni pun jenis yang susah nak buat keputusan. Kena ada pembantu la pulak. Kalau xda pembantu, alamat lambat la keputusan nak dibuat. Tapi, bila pikir2 balik, ok whattt?? Yela, utk mendapatkan keputusan yg jitu, kita mestilah buat rujukan kan? Jadi x salah rasanya nak mintak pandangan org lain dulu.. Ye tak?

Entahla.. yang pasti, aku perlukan pembimbing.. Ada sapa2 nak bimbing aku??
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez