Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 29 November 2010

Senarai Kesyukuran Tahun 2010

Posted by LeptoSpyra at Isnin, November 29, 2010 5 comments


Assalamualaikum...
Alamak. Dah sampai ke penghujung tahun 2010 nampaknya. Sedar tak sedar begitu pantas waktu berlalu. Tak sabar nak masuk tahun baru. Nak buka buku baru lah katakan.

Dah banyak dugaan dan cabaran yang dah aku tempuhi sepanjang tahun 2010 ni. Ceh! Yeke banyak cabaran? Aku rasa life aku ni mendatar je kot. Tak ada klimaks pun kot. Alhamdulillah, allah permudahkan urusan kehidupan aku.

Di sini aku nak listkan senarai kesyukuran aku untuk tempoh setahun ni. Chekidaut!!

1. Aku bersyukur aku mempunyai pekerjaan walaupun kerja aku ni kadang-kadang damn boring

2. Aku bersyukur aku dah ada kereta sendiri

3. Aku bersyukur family aku semuanya sihat mental dan fizikal

4. Aku bersyukur masih ada yang sayang pada aku

5. Aku bersyukur penyakit aku dalam keadaan terkawal

6. Aku bersyukur aku putus cinta hari tu

7. Aku bersyukur aku masih lagi anak dara (hahaha)

8. Aku bersyukur berat badan aku dah naik walaupun dengan perlahan bak siput sedut

9. Aku bersyukur rabbit aku sihat walafiat & kuat makan (grrrr!)

10. Aku bersyukur dah beberapa kali terselamat dari accident

11. Aku bersyukur ramai kawan aku dah kawin & bertunang. That's mean lepas ni semua lelaki hensem aku yang punya (lol)

12. Aku bersyukur aku tak kuat shopping dan boros macam perempuan 'lain'

13. Aku bersyukur mak aku selalu masak sedap sedap untuk aku

14. Aku bersyukur masih ada lagi orang yang baik di dunia ini

15. Aku bersyukur aku masih lagi ingat tikar sembahyang dan sejadah

16. Aku bersyukur aku ada akaun facebook, blogger dan carigold

17. Aku bersyukur ada gerai char kuey teow yang sedap di medan selera TTJ. Heaven gila..

18. Aku bersyukur dengan kewujudan KFC dan Mc Donald yang selalu melambai-lambai memanggilku

19. Aku bersyukur pokok mangga depan rumah aku sentiasa berbuah, jadi aku takkan mengalami sindrom kekurangan vitamin C

20. Aku bersyukur aku jumpa dengan 'orang itu'

Tu je la kot. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi 20 ni yang paling utama.

P/s: entry ini adalah entry yang dibuat akibat kebosanan yang melampau.

Isnin, 22 November 2010

Special Entry For My Friend

Posted by LeptoSpyra at Isnin, November 22, 2010 7 comments
Assalamualaikum..

Entry kali ni khas di karang untuk my friend iaitu : Nur Makkiah..
Aku tak tau la ko baca ke tak entry ni. Tapi aku buat khas untuk ko ni ha.. Bacalah kalau ada masa.

Ko ingat tak bila kita first time kenal? Aku ingat-ingat lupa la. Tapi yang pasti, kita sekelas dulu. 4 Oren. Darjah 4 tau. Bukan tingkatan 4. Sekolah Kebangsaan Senawang (SKS) Perrrghh dari umur 10 tahun tu. Sekarang dah 23 tahun. Maknanya 23-10=13 tahun dah kita berkawan. Boleh tahan jugak lama. Hihi.

4 oren ni tak salah aku, kelas corot jugak la. Hihi dulu aku memang corot pun. Haha~ ko ingat tak dulu, kalau ada sukan waktu petang, aku mesti tumpang bapak ko. Hahaha, segan gila aku. Ko dengan aku rumah merah kan dulu??

Dulu mengaji pun sama-sama. Hahaha naik basikal ko yang merah tu. Aku jadi penumpang setia. Petang pulak main getah pulak dengan syima, azah. Kadang-kadang ponteng ngaji. Haha gi padang depan masjid, buat BBQ. Sapa entah bawak ikan mak dia. Ko ke?? Baik ko mengaku.



Ni biodata ko time kecik-kecik dulu. huhu~ simpan lagi beb!!




Kawan punya kawan, tak sedar dah habis sekolah rendah, kita masuk sekolah menengah pulak. Dulu kita sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Dua (SMKSD) huhu aku masuk 1 UKM dan ko masuk 1 UUM kan? Tengok, memori aku kuat lagi tau. Hehehe. Time ni ko asyik cerita pasal kawan baik ko, sapa nama dia? Siti Zubaidah ke apa? Tak pasti la pulak. Setahun je kita sekolah situ.

Masuk tingkatan 2, kita daftar masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (SMKTTJ). Nak tak nak kita daftar jugak kan? Sebab dekat dengan rumah. Masa tu, SMKTTJ tak siap lagi. Kita pun menumpang di SMKSD, tapi kelas kita sesi petang. Huhu seksa kan, menumpang sekolah orang. Kita asyik dituduh je. Kalau kelas kotor, budak SMKSD tuduh budak SMKTTJ yang buat. Sedih gila~



Ni pulak gambar kira berempat. Siapa yang snap gambar ni ha? Pn Rodziah kan? Cikgu pendidikan seni kita dulu. hehe~ ingat, ingat..


Ko ingat tak, kita sama sama jadi pengawas dulu. Haha siapa yang interview? Cikgu Yazid dengan cikgu Zainab Bibi. Kita sekelas kan dulu? 2B haha, sama dengan Zurai dan Robaiyah. Ko ingat tak dulu, kita kena piat telinga dengan Cikgu Zainab Bibi. Ni suma sebab kelas bising. Ceh! Tapi tak adil, aku kena piat dua dua belah. Ko sebelah je kan? Sioot betul la. Sampai terjungkit-jungkit kaki aku kena piat. Dulu aku tak tinggi lagi. Hahaha~





Benda ni ko kasi aku time birthday aku, sebelum PMR. hehehe~


Tingkatan 3 kita dah lain lain kelas dah. Aku 3A ko 3C. Still geng pengawas lagi. Tapi tak lama ko stay sini. Lepas PMR ko masuk sekolah teknik kan? Kat Rembau. Kau bawa bersama kawan baik kita iaitu si Zurai. Kih..kih.. Tinggal la aku meneruskan pelajaran di SMKTTJ. Time ni kita berbalas surat. Haha dekat je pun Seremban-Rembau. Dah la rumah dekat, still main surat-surat jugak. Haha~ berbekalkan stem 20 sen, aku setia membalas surat ko.









Contoh-contoh surat tak rasmi kiriman ko kepada aku. aku simpan beb! hahaha~


Sedar tak sedar, masing-masing dah makin sibuk. Lepas SPM masing-masing bawa diri. Aku ke KMNS, pastu terus masuk UKM. Ko pulak membawa haluan ko sendiri. Jumpa balik masa akak ko kawin. Hihi. Sekarang akak ko pun dah ada puteri pulak. Sekejap je masa berlalu.

Tapi kita still berkawan kan? Alhamdulillah. Aku doakan ko berjaya dalam hidup ko. Semoga apa yang ko hajatkan semua termakbul. Tapi hajat ko tu baik-baik la. Jangan buat hajat yang bukan-bukan pulak ye?

Ok la, panjang sangat dah ni. Letih aku menaip. Otak pun dah sakit sebab aku duk korek memori lama je. Hope ko happy dengan entry ni. Ni tanda penghargaan aku untuk ko sebab sudi jadi kawan aku. Sob..sob...

Ahad, 21 November 2010

Dah Jumpa !!

Posted by LeptoSpyra at Ahad, November 21, 2010 3 comments
Ni dia penawar bagi sakit gusiku.. uhu~
Bagi sesiapa yang selalu kena sore throat, ulser, sakit gigi dan sakit gusi, cuba try benda alah ni..





Ok aku beli benda ni sebab gusi kat bahagian paling belakang bengkak. Mungkin sebab gigi bongsu tumbuh hari tu tak habis?? Macam mana tu? Entah, gigi belakang ni macam malu-malu nak keluar. Gusi pun bengkak. Sakitnya, masya allah.. Nak makan pun tak sanggup rasanya.. Malas nak makan pain killer sebab ubat SLE aku pun dah berkilo-kilo nak kena makan.

First time bubuh serbuk ni kat gusi, rasa sejuk je gusi tu. Yelah sebab ada menthol dalam serbuk ni. Lepas tu rasa macam kebas-kebas kat gusi tu.. Last last rasa sakit pun hilang.. hehehe~

Pakai 2-3 kali, terus bengkak pun surut. Tapi yang menyembuhkan Allah tau. Benda ni alternatif je.

Jangan risau, benda ni kandungan dia herba. Tak payah telan, sapu je kat bahagian yang sakit tu. Tapi kalau kau tertelan... Yucckkkkssss~~

Penah makan serbuk daun inai tak? Camtu la rasa dia. Macam pasir pun ada jugak. hahaha~

Yang penting, ada nombor pendaftaran MAL19973441T dari BPFK. Selamat gitu..

Yang penting sekarang, sakit gusi dah sembuh. Boleh la melantak sesuka hati. Hehe~
http://www.emocutez.com

Membuli Bata

Posted by LeptoSpyra at Ahad, November 21, 2010 0 comments


Assalamualaikum..

Aku tengah sakit hati ni. Walaupun dah 3 hari berlalu, tapi rasa geram ni ada lagi. Begini, hari jumaat hari tu aku bershopping. Yes, alone! Sebab geng suma tak ada. Depa masing-masing busy. Aku je yang cuti panjang. 5 hari tu. Puas duduk rumah. Asyik tengok arnab je. Haha rasanya arnab tu pun duk complain :

Si ibu : Tak ada muka lain ka yang bagi kita makan?

Si anak pulak berkata : Mommy, kenapa asyik dia ni saja yang basuh rumah kita?

Hahaha layan je la.

Ok back to the story, aku shopping. Beli la barang sikit. Teringat pulak kasut keje aku tu dah lunyai. Air pun boleh masuk melalui tapak dia. Hard core tak hard core aku pakai kasut? Huhuhu lantas aku pun masuk kedai bata.
Biasa la kan sebelum beli mesti la nak survey dulu. Aku pun bertawaf dalam kedai tu. Masa tu ada 2 pekerja.

Haissyy!! Rimas betul aku. Dah la kedai tu kecik je, si pekerja tu asyik ikut je mana aku pergi. Aku masuk kanan, dia masuk kanan, aku masuk kiri, dia masuk kiri. Aku berhenti, dia berhenti. Aku terjun gaung, dia ikut aku terjun gaung???? Gila fed up. Pastu duk pandang aku dari atas ke bawah. Apa punya sengal macam tak pernah tengok orang. Hahaa maybe i'm the first costumer on that day. Tu yang macam excited kot. Hahaha.

Sampai kat satu corner, aku pun terkepung oleh kedua dua pekerja tu. Like hello, aku nak pilih barang ni, bukan nak main galah panjang. Demi membalas dendam, aku pun mencuba pelbagai jenis kasut. Then, aku suruh diaorang ambil kasut yang sesuai dengan saiz aku. Hahahahah, mesti ko penat gila kan layan karenah aku? Sapa suruh ko buat aku fed up.

Aku pun tak tahu berapa lama aku duk buli diaorg. Hehehe last last aku beli la sepasang kasut. Ha, nasib baik aku beli. Kalau tak beli, for sure aku kena cursed dengan pekerja tu. Haha kesian la, dia dah penat penat selongkar stor cari kasut saiz kaki aku.

Pengajaran dia kat sini, bagilah ruang untuk curtomer cari dan memilih barang dengan selesa. Ni tak, asyik folllow orang, kot muka manis tak apa, ni muka macam cuka getah. Kita jadi tak selesalah nak pilih kan? Betul tak?

P/s : Rasanya diaorang lagi sesuai jadi escort kot. Body guard ke. Takpun PA artis. Huhuhu

Isnin, 15 November 2010

Kan Best Kalau Dapat Bakal Suami Yang.......

Posted by LeptoSpyra at Isnin, November 15, 2010 7 comments
PANDAI MEMASAK... Hik.. hik..


Burung puyuh goreng tepung, cendawan goreng tepung, terung goreng tepung (???) semua pun goreng tepung.. serta air asam jawa boi?? emmm... Sila cuba lagi.. Teeeetttt!! I pun boleh buat jugak tau??



Kentang goreng?? Eleh, budak 5 tahun pun boleh jugak masak..



Yang ni? Roti arab.. emmpphhh.. Yang ni bukan buat sendiri ye tak?


Tapi bila tengok yang ni... Fuhh.. kecur air liurku..
Sememangnya beliau pandai memasak..



Nasi goreng puyuh.. Seksi la puyuh tu =p Hamik! tergolek seekor puyuh di situ. Ish ish ish
(-_-)"



Up lagi sikit, buat kecur air liur : Ikan patin dan pucuk ubi masak lemak, serta sambal ikan bilis dicampur pula dengan petai..



Yang ni.. Buat stok air liur meleleh hingga ke dagu: Ikan patin lagi. Tapi masak asam pulak. Tengok kuah dia, pekat dan menyelerakan



Ni lagi satu masakan beliau.. Sup sayur, ikan haruan bakar bersama cuka hitam (xpenah dengar pun???) dan.... JAJAN! kata beliau



Last but not least.. memperkenalkan.. Ikan talapia sweet sour, sayur sawi, dan air asam jawa..


Untungkan kalau dapat laki yang pandai masak?
Nanti boleh suruh dia masak je hari-hari.

Oh ye, nampaknya beliau ni suka masakan kampung la.. emm, sentap jugak ni..
Kalah diriku yang wanita ini.. huhuhu~~

SIAPAKAH BELIAU INI? TUNGGUUUUUU~~~

Jumaat, 12 November 2010

Terbonjol-bonjol

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, November 12, 2010 9 comments
Assalamualaikum..

Eeee~ tak berkenan sungguh aku tengok orang yang menggayakan tudung macam ni.





Adus, buruk la..
Ni sekadar pendapat aku sahaja.
Tak berniat nak mengata sesiapa pun..
Korang berkenan ke?
Well, kalau rambut memang panjang tu, okey la sikit kan?
Tapi yang sengaja menambah rambut semata-mata untuk menggayakan bonggol tu, eeee~ memang menambah kerja..

Sama tak macam unta?




Ataupun yang ni? =p



Fesyen macam ni bukan ke tak elok digayakan?



Wallahualam...

Ahad, 7 November 2010

Kesayangan ku.. Pujaan Hati ku

Posted by LeptoSpyra at Ahad, November 07, 2010 6 comments
Bermain~












Tidoooo~









Kenapa haiwan berbulu sangat comel??
Tahu tak, sekarang ni rasa macam nak gigit-gigit je mereka ni.
Geerrraaaaammmmmm!!!!

Sabtu, 6 November 2010

Serebelum & serebrum saya sudah berehat. Anda bila lagi??

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, November 06, 2010 3 comments
Assalamualaikum....

Setelah sekian lama, akhirnya aku pulang ke pangkal jalan.. ehehe~ rindu sama tempat ini. Mana lagi kalau bukan kampungku.. Kampung Selemak, Rembau N. Sembilan. Alahai dekat je kan? Ok what, tiap kali raya mak abah aku tak pernah gaduh nak balik mana dulu.

Our ride



Our driver. Kantoi di situ. Abah ku tahu kot yang aku snap gambar dia curik curik. Sebab boleh nampak dari side mirror.. Haiyyzzz!!



Aktiviti dimulakan dengan upacara makan-makan.. memang terbaikk!!
Ini dia, popia goreng bersama kuah yang maha pedas. Dibeli dari makcik kueh. Hahaha.



Dan yang ni pulak bebola ubi goreng. Ek? Betul ke nama dia macam ni? Hentam sajalah..



Ni pulak jagung. Air tangan wan kesayanganku~ Jagung rebus di leraikan dari tongkolnya. Pastu dicampur dengan isi kelapa muda yang dikukur. Tak lupa gula melaka @ gula anau. Kadar campuran adalah 1:1:1 baru dapat rasa yang sedap macam ni. Ececeh~



Mai sechawann~



Kemudian, jalan jalan tengok kolam ikan. Ala, kolam kanvas je weii.. Tak merasa la aku nak celup celup kaki dalam tu. Lagipun bela ikan keli. Karang tak pasal pasal kena gigit atau sengat nanti..

See?? Nampak tak sesungut dia? Baik ko nampak sekarang! Kalau x!!! Ahahaha~ siap ada pokok kiambang bagai dalam tu..









Yang ni pulak, rumah arnab ni progress. Hehe~ tipu je. Ni bak kata wan aku : rumah keto. Aku pun pelik, kereta pun ada rumah.. setelah beberapa lama berfikir, baru aku tahu. Ooo~ nak buat garaj kereta.. aduyaii...



Ni yang paling best time balik kampung : dapat jumpa kucing oren yang super duper manja.. Layan kan je la budak sekor ni. Hehehe~















Trade mark rumah kampung : jamban kat luar dan pokok kelapa. Stylo tak jamban tu? Cat kuning tu.. hehehe~



Konon nak amik gambar macam professional photographer... tapi hasil macam haram je.. Ampun! Saya amatur.

Ayam pun aku skodeng.. Hamik kau.. ni la kojo den bilo takdo kojo.




Wan aku... rock tu. Hehehe~ kasi censor sikit =p



Motor buruk. Nasib baik no plat dah pecah, tak payah susah susah aku edit kasi censor. Hahaha~



Kepok aka stor.. betul ke ejaan dia camtu? Sapa orang nogori tau la kot. Orang ganu tak paham kot. Hehehe banyakkn basikal? Ni kalau time cuti sekolah ni, jangan harap boleh jumpa basikal tersadai macam ni. Suma berebut nak kayuh basikal.




Ni permandangan sekitar rumah wan.. Familiar tak? Sapa rasa familiar, boleh la datang singgah. Ekekeke..











Mak, abah, minggu depan kita balik lagi ye?? hehehe~
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez