Isnin, 29 November 2010

Senarai Kesyukuran Tahun 2010

Posted by LeptoSpyra at Isnin, November 29, 2010


Assalamualaikum...
Alamak. Dah sampai ke penghujung tahun 2010 nampaknya. Sedar tak sedar begitu pantas waktu berlalu. Tak sabar nak masuk tahun baru. Nak buka buku baru lah katakan.

Dah banyak dugaan dan cabaran yang dah aku tempuhi sepanjang tahun 2010 ni. Ceh! Yeke banyak cabaran? Aku rasa life aku ni mendatar je kot. Tak ada klimaks pun kot. Alhamdulillah, allah permudahkan urusan kehidupan aku.

Di sini aku nak listkan senarai kesyukuran aku untuk tempoh setahun ni. Chekidaut!!

1. Aku bersyukur aku mempunyai pekerjaan walaupun kerja aku ni kadang-kadang damn boring

2. Aku bersyukur aku dah ada kereta sendiri

3. Aku bersyukur family aku semuanya sihat mental dan fizikal

4. Aku bersyukur masih ada yang sayang pada aku

5. Aku bersyukur penyakit aku dalam keadaan terkawal

6. Aku bersyukur aku putus cinta hari tu

7. Aku bersyukur aku masih lagi anak dara (hahaha)

8. Aku bersyukur berat badan aku dah naik walaupun dengan perlahan bak siput sedut

9. Aku bersyukur rabbit aku sihat walafiat & kuat makan (grrrr!)

10. Aku bersyukur dah beberapa kali terselamat dari accident

11. Aku bersyukur ramai kawan aku dah kawin & bertunang. That's mean lepas ni semua lelaki hensem aku yang punya (lol)

12. Aku bersyukur aku tak kuat shopping dan boros macam perempuan 'lain'

13. Aku bersyukur mak aku selalu masak sedap sedap untuk aku

14. Aku bersyukur masih ada lagi orang yang baik di dunia ini

15. Aku bersyukur aku masih lagi ingat tikar sembahyang dan sejadah

16. Aku bersyukur aku ada akaun facebook, blogger dan carigold

17. Aku bersyukur ada gerai char kuey teow yang sedap di medan selera TTJ. Heaven gila..

18. Aku bersyukur dengan kewujudan KFC dan Mc Donald yang selalu melambai-lambai memanggilku

19. Aku bersyukur pokok mangga depan rumah aku sentiasa berbuah, jadi aku takkan mengalami sindrom kekurangan vitamin C

20. Aku bersyukur aku jumpa dengan 'orang itu'

Tu je la kot. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi 20 ni yang paling utama.

P/s: entry ini adalah entry yang dibuat akibat kebosanan yang melampau.

5 comments:

notso_violet : seindah bunga seri pagi on 29 November 2010 11:45 PG berkata...

yang no.6 tuh he just dont deserve u la hana. U way much better than him huhu. Hana baik!

Kalau rai salah orang abaikan jer:p

Hehe tumpang gembira atas kesemua kesyukuran hana :D

chokeLy on 29 November 2010 11:56 PG berkata...

hehehe..
besssss
hope next year hana lbh2 gembira..
aminnn.... =)

Myra on 29 November 2010 2:25 PTG berkata...

bersyukur setiap yang kita miliki membuatkan kita rasa semuanya cukup dalam hidup....

semoga cik hana sentiasa bersyukur dengan apa yg dimiliki....pesanan utk diri saya jugak....

xoxo

Hana on 1 Disember 2010 8:08 PG berkata...

Rai : hmm, rai x salah org kot. kita bercakap mengenai org yg sama. haha.. rai tahu, kita pn tahu. hehehe xpa la, xda jodoh

chokely : thanks ye. moga awk pn gembira sokmo!!

myra : you're right myra. syukur dgn segala kurniaan Nya

Insan Biasa on 27 Mei 2011 5:04 PTG berkata...

saya bersyukur adanya kamu.... :P

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez