Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Mei 2011

Tegak Bulu Roma Aku

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 31, 2011 5 comments
Sebelum tekan play, toleh kiri kanan dulu.

Video lucah di blog Hana Hamzah.

Bila confirm line clear, tekan PLAY bebeh~



1 je perkataan sesuai :

SAMPAH

Ya Allah, tak tahu malu langsung.

Yang si Prema ni apahal?

Dah la muka out, mekap macam orang tua.

Ketiak jangan cakap la...



Bluuuweeeekkkk~

Baju ketat habis.

Siapa stim tengok video ni memang tak ada taste la.

Eeeee~ geram pulak aku. Rasa macam nak cucuk si Gambit dengan Kerambit.

VONGOK

Dah Sangkut Dengan Cerita Ini

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 31, 2011 1 comments


Tarikan utama cerita ni :



Ezra Fitz, sebagai cikgu jambu batu... http://www.emocutez.com


Pretty Little Liars is an American mystery teen drama television series created by Marlene King. Based on the popular series of novels written by Sara Shepard. The series follows the lives of Aria Montgomery (Lucy Hale), Spencer Hastings (Troian Bellisario), Hanna Marin (Ashley Benson) and Emily Fields (Shay Mitchell), four girls whose clique falls apart after the disappearance of their queen bee, Alison DiLaurentis (Sasha Pieterse).

One year later, they begin receiving messages from a mysterious figure using the name "A" who threatens to expose their secrets. At first they think it's Alison herself, but after she is found dead, the girls realize that someone else knows their secrets, — including long-hidden ones they thought only Alison knew.

Translate bahasa kampung versi pendek:

Drama ini mengisahkan kehidupan 4 sekawan yang bernama Aria, Spencer, Hanna (eh aku pun berlakon la)http://www.emocutez.com dan Emily yang diselubungi misteri sejak kehilangan seorang lagi kawan mereka iaitu Alison.

Lepas setahun Alison hilang dan didapati telah RIP, Keempat-empat sekawan itu kerap menerima SMS daripada si A.

Si A ni mengugut mereka akan dedahkan rahsia empat sekawan itu. Empat sekawan ni ingatkan Si A adalah Alison. Tapi si Alison kan dah RIP. Jadi siapa yang send SMS ugutan itu?

Jeng jeng jeng...

Sama-sama kita layan Pretty Little Liars ni.
Hari Isnin, buka 8TV pukul 10.30 pm.

Best wooo tengok sambil mengunyah gajus. hehehehe~

Siri Awkward Yang Macam ..........

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 31, 2011 2 comments


Hujung minggu. Banyak betul kenduri kawin. Mak aku suruh aku siap-siap teman beliau pergi ke dewan untuk majlis kawin.

Sampai kat sana.. Oooo kakak dia yang kawin. Sumpah aku tak tahu yang family dia punya kenduri. Kalau aku tau, aku tak jejak sana. Ini serius!!

Aku dan mak pun pergi ke arah tuan rumah, untuk salam-salam. Okey di sini awkward bermula...

Sepatah kata pun tak keluar dari mulut dia. Pandang aku pun macam nak tak nak. Pandangan mata dia memang buat aku tak selesa langsung. Hulur tangan untuk salam apatah lagi.

Bila aku tengok riak muka dia macam tu, aku pun tak jadi nak hulur tangan dan salam. Bukan apa, takut huluran tangan aku tak bersambut.

Kisahnya berlaku lama dulu. Waktu aku kecik-kecik. Aku dan geng aku ada ejek dia. Well, budak-budak kan? Dia pun lancang jugak mulut ejek kita orang balik.

Kemuncaknya, dia pergi report kat mak dia. Kahkahkah~ wey apa ni main mak bapak pulak. Adoiii, memang teruk jugak aku kena basuh dengan mak dia dulu. Siap ugut-ugut nak bagitau mak aku.

Tapi itu kan lama dulu. Yang ko nak simpan-simpan dalam hati tu apasal? Aku datang kenduri ko, tapi sikit pun ko tak layan aku sebagai tetamu. Ko tu tuan rumah.

Buang lah yang keruh, amik yang jernih. Lagipun tu kisah berapa tahun dulu tu.

Sumpah menyesal aku datang. Aku datang untuk teman mak aku je.. Kalau aku tau kenduri kau.... Kim salam je la aku nak datang.

Oh lupa, dulu aku ejek dia HITAM.

Khamis, 26 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 5

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 26, 2011 3 comments
Day 5 : 10 wishes



1. Aku berharap sangat penyakit aku ni 'hilang dengan sendiri' Hahahaha~ boleh ke macam tu. SLE mana ada ubat. Jadi tak dapat dirawat. Tetapi hanya boleh dikawal. So sebab tak ada ubat, aku harap SLE ni hilang dengan sendiri. Dengan keajaiban dan kuasa tuhan. Nyah kau! Nyah kau SLE!! I hate you....

2. Aku berharap sangat dapat spend time dengan kawan-kawan dengan berkelah di tepi pantai. Ouuhhh~ Pantai haruslan bersih dan redup. Di sana juga terdapat pohon kelapa. Wajib ok. Lepas tu berkelah bukan balik hari. Tapi tidur dalam khemah. Malam pasang unggun api. Makan, totally masak sendiri. Buat BBQ. Lepas tu mandi berendam, main simbah-simbah air.. Cari kulit kerang.. Wahhh~ seronoknya..

3. Aku berharap aku tak tersilap buat keputusan dalam hidup. Hidup ni terlalu banyak risiko. Nak gi jamban pun ada risiko. Nak pilih jamban pun ada risiko. Nak pilih jamban duduk ke cangkung? Kena fikir risiko jugak. So harapan aku, aku akan sentiasa bijak membuat keputusan dan tak tersilap langkah.

4. Aku berharap masakan aku sesedap masakan chef-chef terkemuka. Hahahahahaha~ nampak sangat aku tak berapa pandai nak masak. Bukan tak pandai. Tapi tak ada peluang nak mencuba. Kalau aku duduk rumah sewa ni, dah lama dah aku try resipi macam-macam. Periuk belanga tunggang terbalik pun tak apa. Ni duduk dengan family, ada lauk lagi sedap mak masak. Lupakan je air tangan aku yang tak seberapa.

5. Aku berharap jodoh aku cepat sampai. Bukan jodoh couple-couple. Tapi jodoh untuk dibuat nikah. Mungkin aku dah sampai seru. Umur nak masuk 24. Member semua dah bahagia dengan laki/bini/anak masing-masing. Aku je terkapai-kapai keseorangan. Lagi satu. Nikmat kahwin tu jangan lupa. Aip! aip! aip! Bukan nikmat 'tuuut' je ok? Nikmat berkeluarga, nikmat susah senang bersama, nikmat itu, nikmat ini. Banyak lagi nikmat la.

6. Aku berharap aku adalah orang kaya. Bukan kaya sangat taraf jutawan. Tapi cukup kaya sampai aku tak payah fikir seratus kali untuk beli sesuatu barang. Aku ni kedekut sikit dengan diri sendiri. Hahahaha~ Dengan diri sendiri, tak apa kan? Bukan apa, aku berkira sebab aku fikir setiap duit yang aku spend sekarang mungkin aku perlukan untuk masa depan.

7. Aku harap aku tak terlalu memikirkan hal-hal kecil. Perempuan. Kadang-kadang memang leceh (diri aku sendiri) Semua benda nak fikir. Benda tu tak jadi lagi, dah fikir macam-macam. Benda tak confirm lagi, dah fikir camni, camtu. Aaaaahhhh~ I wish I have no concern!!!

8. Aku berharap agar Malaysia ada perdana menteri yang baru. Kah kah kah...

9. Aku berharap KFC, Mekdi, dan Pizza Hut bukak cawangan di Taman Tuanku Jaafar, fasa satu. Seriously... tolonglah bukak cawangan kat TTJ.. Senang sikit aku nak mentedarah ayam. Aku selalu teringin nak makan ayam KFC, tapi selalu tangguh. Sedar tak sedar dah setengah tahun dah bertangguh.

10. Aku harap aku mati dalam iman. Jenazah aku senang diuruskan, dan tak menyusahkan sesiapa pun. Aku harap ramai yang solatkan aku nanti.

Why so serious??

Chill la.

Heheheheheh~

Rabu, 25 Mei 2011

Aku Sukalah Perkataan Ini : Pygmy

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Mei 25, 2011 2 comments
Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

























Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy... pygmy... pygmy..

Pygmy Marmoset..

I love you..

Kiut sungguh..

Sorry, entry entah apa-apa.
Badan penat, otak pun mereng.

Selasa, 24 Mei 2011

16 Paling Buruk

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 24, 2011 4 comments
Bukan aku kata. Ada satu laman web kata.

Lupalah link dia. Kekekekekeke~

Warthog


Ugly dog


Ugly cat


Star-nosed mole


Solenodon


Naked mole rat


Mexican mole lizard


Marabou stork


Frill shark


Elephant seal


Deep sea anglerfish


Blobfish


Bat


Baird tapir


Aye-aye


Aardvark


Buruk ke? Tak lah buruk sangat bagi aku.

Ciptaan tuhan ada fungsinya masing-masing kan.

Susah Nak Tidur? Cuba Ini

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 24, 2011 2 comments
Asyik-asyik kena jaga pemakanan.

Sebelum tido minum susu panas la. Jangan makan banyak-banyak la.

Tahukan korang, punca tak boleh tidur tu mungkin disebabkan oleh keadaan rohani korang?

Jadi, try petua ini :

Zaid bin Tsabit R.A pernah mengadu pada Rasulullah saw,

“Wahai Rasulullah, penyakit ‘tidak tidur’ mengenai saya.”

Lalu Baginda saw bersabda, katanya:



“Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku”.

Bercerita Zaid bin Tsbit kemudiannya,

“saya pun membacanya, lalu Allah Azza wa Jalla menghilangkan penyakit ‘ tidak tidur’ saya itu” (Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Selamat mencuba...

Isnin, 23 Mei 2011

Tak Ada Lagi Dah

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mei 23, 2011 1 comments


Berita dah lama. Tapi saje nak buat post bagi memperingati arwah.

Last aku borak dengan arwah 3 May hari tu. Tapi sekarang dia dah tak ada.

Arwah memang suka mengusik. Tapi hati dia baik.






Maaf Telor, Hana tak sempat nak belanja Burger King.

Lama dah Telor kenen-kenen kat Hana kan?


Paling tak boleh lupa, boleh pulak dia panggil aku akak.

Padahal dia lagi tua dari aku.

Dan aku 'tertipu' sebab memang ingat dia lagi muda.

Tak apalah. Arwah memang suka bergurau.

Al Fatihah untuk Hakim Kamal.

Kenal tak sampai setahun, jumpa pun tak pernah. Tapi kehilangan tetap dirasai.

Khamis, 19 Mei 2011

Risiko Bila Bersama Aku

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 19, 2011 4 comments
Klik gambar untuk besarkan :



Kak Radin & suaminya En. Hafiz.

Di ambil dari page SLE/Lupus Support Group Malaysia (Facebook)

Sweet kan? Sama-sama menempuh dugaan & cabaran hidup.

Suami Kak Radin sungguh memahami.

Berbalik kepada risiko bila bersama aku. Tak kira lah korang sebagai family aku, kawan aku. Atau pakwe aku.

Baca komen FB kat atas.

Jangan pelik kalau tiba-tiba mood aku swing. Selalu perempuan mood swing pasal PMS kan?

Aku lain. Boleh jadi aku PMS atau sebab kesan ubat yang aku makan.

Mood swing, cepat marah, mengada-ngada, semua kadang-kadang aku buat tanpa sedar.

Aku bukan nak salahkan ubat. Tapi penyakit ni memang akan mengubah psikologi pengidapnya. (PERHATIAN : aku bukan sakit otak)

Aku tak harapkan semua orang faham. Dan aku juga cuba kawal diri aku, supaya orang sekeliling tak terkena tempias.

Tapi so far, aku tak pernah lagi baran-baran dekat family aku. Cuma merajuk tu memang ada.

Jadi, sesiapa yang cuba nak rapat dengan aku. Bercadang nak jadikan aku teman dia, tak kisah la lelaki atau perempuan...

BEWARE!!! Aku tak perlukan simpati. Aku cuma mahu hati yang memahami.

Mampukah anda menghadapi risiko?

Mampu?

Shall we proceed (with our relationship)?

Hehehehe~

Pada yang selama ni bersabar dengan karenah aku, terima kasih.

Thanks for accepting a JERK like me.

Thanks for being there for me.

Kalau aku buat salah, menyakitkan hati, sabar je la. Tolonglah sabar.

Sebab esok mungkin aku dah tak ada..

Rabu, 18 Mei 2011

Amaran : Jangan Kata Tidak Pada Panda !!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Mei 18, 2011 4 comments
Kalau tak faham, ada translation bawah video tu.

Kasi pangkah sama itu iklan okey??




P/S : Mana nak dapat Panda ni ye?

Cabaran 10 Hari : Hari 4

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Mei 18, 2011 4 comments
Day 4 : 10 things you want to say to one person



Baru hari ke 4. Tsskk. Tsskk. Tsskk. Lambat lagi la nampaknya nak masuk hari ke 10.

Okey, back to the challenge.

Orang yang aku pilih : Along aku.

Ni yang aku nak katakan padanya :

1. Along, aku rindu...

2. Along, aku sunyi...

3. Along, kenapa kau pergi dulu...

4. Along, aku dah tak ada teman bermain & bergurau senda...

5. Along, aku harap kau yang akan memberi tunjuk ajar pada aku. Beri aku panduan dalam hal berkaitan perempuan, hati dan perasaan serta berkongsi cerita. Tapi apakan daya...

6. Along, bila aku kahwin nanti, aku harap kau jadi pengapit aku. Kau tolong solek kan aku. Tolong siap kan diri aku sempena hari bahagia aku. Tapi...

7. Along, bila mak dan abah dah tak ada nanti, aku macam mana? Dapat kah aku teruskan hidup ini bersendirian...

8. Along, aku nak mintak maaf sangat-sangat kalau dulu aku pernah sakitkan hati kau. Gurau kasar dengan kau. Tu semua memang sifat aku. Maafkan aku. Aku tahu dah terlambat sekarang...

9. Along, walaupun kau jauh, aku sentiasa doakan kau. Percayalah. Walaupun aku jarang jenguk kau di sana, tak bermakna aku lupakan kau. Mak dan abah pun tentu selalu ingat pada kau...

10. Along, damailah di sana. Tunggu kedatangan aku. Entah bila...

Isnin, 16 Mei 2011

Dia Dah Tak Balas Dah

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mei 16, 2011 5 comments
Huhuhuhu~ kenapa lelaki gelojoh?

Belum apa-apa dah bagi no phone.

Bukan nak selidik dulu. Entah sapa-sapa entah yang diayatnya tu.

Contoh :



Adoi, lawak.

Come on, first borak dah bagi no phone.

Malas nak cerita lebih, aku cakap je aku nak kahwin dah.

Hahaha~

Sabtu, 14 Mei 2011

Report Polis Paling Lawak

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Mei 14, 2011 5 comments
Kalau tak nampak, sila klik gambar untuk tumbesaran



Apa daaa~ cubit perut pun nak report.

Kah kah kah~

Ada Style, Nampak Lebih Bergaya

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Mei 14, 2011 3 comments
Dulu Babi sekarang anjing pulak.


Eh, eh... amboiii~ mengajuk brader depan tu jalan ye?



Eh, nak main kiss kiss ke??



Budak perempuan tu terkejut kot sampai pegang dada sambil berkata 'OMAIGOD'



Anjing baby sitter



Jadi pemanas tengkuk pun boleh


Bersyukurlah kita sebagai manusia.
Lindungilah haiwan.
PEACE!! http://www.emocutez.com

Khamis, 12 Mei 2011

Eksiden Kat Tempat Kerja Pulak!!!

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 12, 2011 9 comments


Okey, minggu ni memang busy sikit memandangkan ada exam A-level.

Jadi aku dan kawan-kawan memang bertungkus lumus menyediakan segala bahan-bahan untuk exam.

Dan semalam adalah kemuncak kepada segala kekalutan apabila aku kena simbah dek asid sulfurik. Yang concentrated punya. Asid pekat okey.



Macam ni lah lebih kurang botol yang jatuh semalam.

Tu lah hasil dia. Kain memang koyak rabak. Dan kaki aku ada kesan melecur dan terbakar sikit.

Paling pedih bila kain baju kurung aku cair, menitis & melekat kat betis kaki aku.

Gambar betis tak payah tunjuk okey? Aku lempang karang!!!

Nasib baik semalam aku pakai kasut bertutup dan stokin.

Kalau tak, mesti nampak daging dah kaki aku ni. Eh silap, nampak tulang. Maklumlah daging aku nipis je.

P/S : Bila lecturer halau ko balik sebab masuk lab pakai selipar, ko balik je la. Ada sebab kenapa lecturer buat macam tu.

Isnin, 9 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 3

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mei 09, 2011 6 comments
Day 3 : 10 things you hate

1. Serangga

Serangga yang paling aku benci, toplist adalah LIPAS. Come on, siapa yang nak bergurau dengan aku, tolong jangan bagi lipas dekat aku. Aku boleh putus sahabat pasal lipas. Serius ni.







Tangga kedua jatuh kepada RIANG-RIANG. Tapi nasib baik riang-riang jarang didapati. Alhamdulillah. Pendek kata, aku benci serangga yang ada bendalir badan. LIPAS, RIANG-RIANG & BELALANG KUNYIT paling aku benci!!

2. Asap rokok



Memang aku suka bau rokok. Tapi asap dia, mintak maaf la. Tambah pulak kalau asap jenis serobong kapal. Tak pun macam ekzos kereta kebal.

3. Penipu & cakap berbelit

Ni pun aku benci jugak. Nak tipu orang, ingat orang tak tau ke yang ko tu penipu. Grow up la. Tipu la benda yang logik sikit.

Lagi satu spesis aku tak suka, cakap berbelit. Mula-mula ko kata macam ni. Pastu ko kata camtu pulak. Mana satu ni woii?? Boleh hilang mood aku kalau jumpa orang macam ni.

4. Plan cancel last minit

Ni pun aku benci jugak. Orang dah excited, tiba-tiba tak jadi. Waarrrgggggggghhhhhh! Ada yang makan kasut pulak karang.

5. Sidai baju

Aduh, aku benci bukan sebab apa. Time nak sidai mesti ada orang skodeng. Malu la aku nak sidai baju 'anak-anak'. Asal nak sidai baju je, dia keluar. Asal dia keluar je, aku sidai baju. Tensi.

Aku tak suka sidai baju sebab aku tinggi. Susah la.. Kepala asyik tersangkut kat wayar penyidai tu. Adehhh~

6. Tempat sesak dan bising

Ko tak payah ajak aku gi clubbing. Memang aku takkan jejak. Sesak, bising, busuk. Lupakan je la. Nak gi KL pun aku fikir 24 kali dulu.

7. Bila perut lapar, tapi makanan yillek

Memang tak syok lansung. Benci dengan situasi macam ni. Paling malas nak gi kedai beli makanan. Leceh la. Dah la aku perempuan. Kena siap-siap bagai. Kalau aku lelaki, rileks je gi kedai pakai seluar pendek. Busuk pun tak apa sebab tak ada orang yang kisah.

8. Sakit perut

Tak kisah la sakit sebab angin ke, ceri-beri ke, lapar ke atau senggugut. Serba tak kena jadinya. Hahaha~ tak suka, tapi makan tak jaga, main bantai je. memang patut la aku selalu dapat sakit perut.

9. Bila makanan tak seperti yang diharapkan

Aku tak suka la mee aku banyak taugeh. Taugeh lagi banyak dari mee kot. Pastu tabur daun bawang sampai tutup mee. Aku order mee goreng, tapi dia bagi 'taugeh' goreng. Lagi aku tak suka ada bawang goreng. Nak letak boleh, tapi jangan la banyak sangat. Hilang rasa selera aku.

10. Menyanyi dalam jamban



Aku ada jiran belakang rumah. Dia selalu menyanyi dalam jamban. Ingat aku tak tau? Dia punya gema aku boleh cam. Kot iye pun sembelit, tak payah la menyanyi kuat sangat. Aku rasa dia menyanyi sambil meneran. Wakakakaka~

K. Salam, tiba-tiba ada kerja.
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez