Selasa, 31 Mei 2011

Siri Awkward Yang Macam ..........

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 31, 2011


Hujung minggu. Banyak betul kenduri kawin. Mak aku suruh aku siap-siap teman beliau pergi ke dewan untuk majlis kawin.

Sampai kat sana.. Oooo kakak dia yang kawin. Sumpah aku tak tahu yang family dia punya kenduri. Kalau aku tau, aku tak jejak sana. Ini serius!!

Aku dan mak pun pergi ke arah tuan rumah, untuk salam-salam. Okey di sini awkward bermula...

Sepatah kata pun tak keluar dari mulut dia. Pandang aku pun macam nak tak nak. Pandangan mata dia memang buat aku tak selesa langsung. Hulur tangan untuk salam apatah lagi.

Bila aku tengok riak muka dia macam tu, aku pun tak jadi nak hulur tangan dan salam. Bukan apa, takut huluran tangan aku tak bersambut.

Kisahnya berlaku lama dulu. Waktu aku kecik-kecik. Aku dan geng aku ada ejek dia. Well, budak-budak kan? Dia pun lancang jugak mulut ejek kita orang balik.

Kemuncaknya, dia pergi report kat mak dia. Kahkahkah~ wey apa ni main mak bapak pulak. Adoiii, memang teruk jugak aku kena basuh dengan mak dia dulu. Siap ugut-ugut nak bagitau mak aku.

Tapi itu kan lama dulu. Yang ko nak simpan-simpan dalam hati tu apasal? Aku datang kenduri ko, tapi sikit pun ko tak layan aku sebagai tetamu. Ko tu tuan rumah.

Buang lah yang keruh, amik yang jernih. Lagipun tu kisah berapa tahun dulu tu.

Sumpah menyesal aku datang. Aku datang untuk teman mak aku je.. Kalau aku tau kenduri kau.... Kim salam je la aku nak datang.

Oh lupa, dulu aku ejek dia HITAM.

2 comments:

shark on 31 Mei 2011 9:45 PG berkata...

waaa..
sampai bila nk dendam nie..
ejek itam tu kot yg wat dia terasa sgt..

Tanpa Nama berkata...

hehe..aku kenal BELIAU...BELIAU mmg berlagak.....huh!! alorr...bukan sbb kite ejek die hitam je kot...ade sbb lain yg wat die bengang gan kite..hehe

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez