Khamis, 26 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 5

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 26, 2011
Day 5 : 10 wishes



1. Aku berharap sangat penyakit aku ni 'hilang dengan sendiri' Hahahaha~ boleh ke macam tu. SLE mana ada ubat. Jadi tak dapat dirawat. Tetapi hanya boleh dikawal. So sebab tak ada ubat, aku harap SLE ni hilang dengan sendiri. Dengan keajaiban dan kuasa tuhan. Nyah kau! Nyah kau SLE!! I hate you....

2. Aku berharap sangat dapat spend time dengan kawan-kawan dengan berkelah di tepi pantai. Ouuhhh~ Pantai haruslan bersih dan redup. Di sana juga terdapat pohon kelapa. Wajib ok. Lepas tu berkelah bukan balik hari. Tapi tidur dalam khemah. Malam pasang unggun api. Makan, totally masak sendiri. Buat BBQ. Lepas tu mandi berendam, main simbah-simbah air.. Cari kulit kerang.. Wahhh~ seronoknya..

3. Aku berharap aku tak tersilap buat keputusan dalam hidup. Hidup ni terlalu banyak risiko. Nak gi jamban pun ada risiko. Nak pilih jamban pun ada risiko. Nak pilih jamban duduk ke cangkung? Kena fikir risiko jugak. So harapan aku, aku akan sentiasa bijak membuat keputusan dan tak tersilap langkah.

4. Aku berharap masakan aku sesedap masakan chef-chef terkemuka. Hahahahahaha~ nampak sangat aku tak berapa pandai nak masak. Bukan tak pandai. Tapi tak ada peluang nak mencuba. Kalau aku duduk rumah sewa ni, dah lama dah aku try resipi macam-macam. Periuk belanga tunggang terbalik pun tak apa. Ni duduk dengan family, ada lauk lagi sedap mak masak. Lupakan je air tangan aku yang tak seberapa.

5. Aku berharap jodoh aku cepat sampai. Bukan jodoh couple-couple. Tapi jodoh untuk dibuat nikah. Mungkin aku dah sampai seru. Umur nak masuk 24. Member semua dah bahagia dengan laki/bini/anak masing-masing. Aku je terkapai-kapai keseorangan. Lagi satu. Nikmat kahwin tu jangan lupa. Aip! aip! aip! Bukan nikmat 'tuuut' je ok? Nikmat berkeluarga, nikmat susah senang bersama, nikmat itu, nikmat ini. Banyak lagi nikmat la.

6. Aku berharap aku adalah orang kaya. Bukan kaya sangat taraf jutawan. Tapi cukup kaya sampai aku tak payah fikir seratus kali untuk beli sesuatu barang. Aku ni kedekut sikit dengan diri sendiri. Hahahaha~ Dengan diri sendiri, tak apa kan? Bukan apa, aku berkira sebab aku fikir setiap duit yang aku spend sekarang mungkin aku perlukan untuk masa depan.

7. Aku harap aku tak terlalu memikirkan hal-hal kecil. Perempuan. Kadang-kadang memang leceh (diri aku sendiri) Semua benda nak fikir. Benda tu tak jadi lagi, dah fikir macam-macam. Benda tak confirm lagi, dah fikir camni, camtu. Aaaaahhhh~ I wish I have no concern!!!

8. Aku berharap agar Malaysia ada perdana menteri yang baru. Kah kah kah...

9. Aku berharap KFC, Mekdi, dan Pizza Hut bukak cawangan di Taman Tuanku Jaafar, fasa satu. Seriously... tolonglah bukak cawangan kat TTJ.. Senang sikit aku nak mentedarah ayam. Aku selalu teringin nak makan ayam KFC, tapi selalu tangguh. Sedar tak sedar dah setengah tahun dah bertangguh.

10. Aku harap aku mati dalam iman. Jenazah aku senang diuruskan, dan tak menyusahkan sesiapa pun. Aku harap ramai yang solatkan aku nanti.

Why so serious??

Chill la.

Heheheheheh~

3 comments:

Insan Biasa on 26 Mei 2011 2:09 PTG berkata...

moga2 diperkenankan Allah... :) aminn..

Makbed on 26 Mei 2011 2:21 PTG berkata...

Insyaallahh.. Moga diperkenankan.

shark on 31 Mei 2011 9:46 PG berkata...

bnyak tu harapan..
harap2 suma boleh diharap..

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez