Jumaat, 29 April 2011

Memang Hairbutt (Hebat) Arnab Ni

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 29, 2011 0 comments Links to this post
Selalu kita dengar air liur lompat pagar kan? (air liur tersembur)

Kali ni lain sikit, arnab lompat pagar.

Sukan terbaru yang menjadi kegilaan ramai di Jerman sekarang ni.

Cuba tengok si Snoopy ni :



Steady je lompat tinggi-tinggi. Macho je muka.

Mana lagi hairbutt? Antara Snoopy dengan yang ni :



Ahahahahaha~ Maaf, kepala tension, ketawa mesti ala-ala syaitan gitu.

Lagi pasal arnab lompat pagar







Hairbutt gila...

Nanti aku nak latih arnab aku la.

Boleh join contest ni.

Ahahahahaha~

Calar Balar

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 29, 2011 1 comments Links to this post



Apasal kat dunia ni, kalau kita buat baik orang tak perasan langsung?

Tapi kalau sekali buat jahat, orang akan ungkit, keji, dan menghina seolah-olah tiada penghujung.

Kalau rasa yang sekarang ni tak cukup bagus,

cari lah yang lain.

Walaupun aku tak bagus, aku tahu menghargai.

Bukan aku nak suruh puji ke apa.

At least appreciate la sikit apa yang aku dah buat.

Come on laa~

Nak cakap dengan aku, ayat kena tapis sikit.

Macamlah kita baru kenal semalam.



Tired of being me..

Aku dah penat jadi diri aku. Kadang-kadang nak je aku buat hal, ikut kepala aku. Biar rasa bebas sikit.

Tapi aku bukan Sila Sahin.

Berbogel untuk bebas. WTF punya orang.

Aku hanyalah seorang Hana.

Menumpang ruang kecil dalam dunia ni.

Aku hanyalah seorang Hana. Ingat tu.

Don't expect more from me.

Khamis, 28 April 2011

Gapo Tu Heterochromia ??

Posted by LeptoSpyra at Khamis, April 28, 2011 2 comments Links to this post
In anatomy, heterochromia refers to a difference in coloration, usually of the

iris but also of hair or skin. Heterochromia is a result of the relative excess or

lack of melanin (a pigment). It may be inherited, or caused by genetic

mosaicism, disease or injury.



Arrggghhhh~ comelnya makhluk ini.













Arnab heterochromia tak ada ke?

Ada. Setakat ni, sekor je aku pernah nampak.

Hihihi~



Ni nama dia heterochromia berganda!! Berbaloi baloi!!

Rabu, 27 April 2011

TIPS : Cara Mudah Bersihkan PC/Lappy

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 27, 2011 2 comments Links to this post
Salam.

Di sini ada tips yang berguna dan amat mudah untuk bersihkan PC atau lappy korang.

Selalunya PC/lappy ni kalau diguna selalu, memang akan mengumpul habuk kan?

Kadang-kadang makan biskut depan PC/lappy sampai habuk-habuk biskut tu terselit kat keyboard.

Pastu kalau check betul-betul, dalam CPU pun boleh ada sawang.

Jadi ini adalah cara termudah untuk pastikan PC/lappy korang sentiasa bersih.






Selamat mencuba.

Clean at your own risk.

Hahahahaha~

Sob.. Sob.. Terharu...

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 27, 2011 0 comments Links to this post


Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah,dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya,:

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab: "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal, mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan "laa taghdhab [jangan marah]" kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api, sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

SUMBER

Isnin, 25 April 2011

Kau Fikir Kau Hot?

Posted by LeptoSpyra at Isnin, April 25, 2011 3 comments Links to this post


Dah la bapak orang.

Laki orang.

Bajet hot.

Simpan je la bajet kau tu.

Kau ingat aku nak sangat ke jumpa kau?

Kalau tak terpaksa, aku pun tak hingin.

Berlagak habis.

Weyyy.... Blah la!!!

Gemuk Time Bercinta : Kenapa? Kenapa? Why?? Why??

Posted by LeptoSpyra at Isnin, April 25, 2011 3 comments Links to this post






Seriously, why people easily put on their weight??

Kenapa aku tidak??

Kenapa??

Kenapa time bercinta semua orang mudah menjadi gemuk?

Kenapa aku tidak??

Why? Why?

Hahahaha~ sengal la.

Kenapa time bercinta orang lebih gemuk dari biasa :

1- Hati senang dah ada buah hati
Bila dah bercinta ni, semua indah kot. Nampak kari berselera, nampak minyak pun rasa nak togok. Semua nampak indah je. Tapi, kalau buah hati asyik buat hal, hati senang ke? Boleh tumpul apa selera makan kalau buah hati merajuk. Ai.. leceh lah..

2- Sentiasa memasak untuk praktis time kahwin nanti
Logically, bila ko masak dengan banyak, makan pun mesti banyak kan? Ye ke ni wey? Sampai tak sedar badan ko pun membulat..

3- Asal dating je makan, asal makan je dating
Hah! Ni menyumbang percentage untuk jadi montel jugak ni. Makan order banyak pulak tu. Bila ko order banyak, nak makan pun ambil masa, dapat dating lama sikit. Ye tak? Ye... Akuinya!!

4- Bila dah ada buah hati, forget to work out
Ha la.. dah ada buah hati kan. Lebih masa diluangkan bersama si dia. Jadi, lupakan sukan-sukan di waktu petang. Lupakan gym, bola sepak dan bola jaring. Balik kerja, mesej si dia, sambil baring atas katil. Siap mengunyah jajan lagi. Mana tak chubby der..

5- Bila dah sayang
'sayang dah makan ke belum?'
"dah makan dah tadi"
'ala, sampai hati tak tunggu Baby. Jom la teman Baby makan'
"erm, yela..yela"

Tu dia... ko makan 2x. First tadi sebab ko lapar, second ko makan sebab nak teman si dia, konon nak jaga hati la tu kononnya. Tau-tau je perut dah muncit. Agagaga~

6- Kekasih yang pemurah
Kekasih ko asyik masak untuk ko je. Rajin betul dia masak ye? Saje la tu nak menunjukkan bahawa ko tak tersilap memilih dia. Yelah, pandai masak. Bak kata orang calon bini mithali. Walaupun tak sedap, ko main telan je. Ala, nak jaga hati. Karang merajuk pulak. Tup-tup, naik 10 kilo. Amekkau!!


Okey, masalah kita dah tau. Kita dah identify. Sekarang aku nak bagi jalan penyelesaian pulak.

Penyelesaiannya : Jeng.. jeng.. jeng...

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jangan bercinta. Hahahahaha~

Mampukan melawan perasaan?

Ahad, 24 April 2011

Mentadak-mentadu, Macam Mana Amir Tidur?

Posted by LeptoSpyra at Ahad, April 24, 2011 2 comments Links to this post


Uhuk Uhuk Uhuk (bunyi batuk tanpa kahak)~~~

Amir tidur begini cu :









Ko tengok!! Matahari punya dah memancar, dia boleh bantai tido lagi.

Tido mati pulak tu.

Aku tak tau la dah berapa gelen ALB dia tersembur atas sofa tu.

Yucckkkkkssss~

Gambar yang last sekali tu :

Errr~ nampak macam kepala dia terbalik.

Macam balan-balan silap masuk badan

http://www.emocutez.com

Wakakakaka~ Glamer ko nyah! Nasib baik aku tak upload muka ko.

Tu la, jangan buat jahat dengan aku lagi.

Ada faham???!!

Sabtu, 23 April 2011

Kejam Gila

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, April 23, 2011 0 comments Links to this post
Harap kat Malaysia tak buat macam ni !!!

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com



http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Tahniah kalau anda berjaya tengok sampai habis.

Aiyarrkkk~ tak jadi la nak sembelih arnab (T_T)

Jumaat, 22 April 2011

E-mel Dari Jamaluddin Bahari : WTF, Makin Susah La Gamaknya

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 22, 2011 5 comments Links to this post
Kopipes je dari inbox e-mel ku.

Sesiapa yang subscribe kerja kerajaan ni, confirm dapat e-mel ni jugak.



Salam hormat Hana,


Di pagi Jumaat ini, saya cuma ingin sampaikan satu
info.


Kini..


Kaedah pengambilan yang dijalankan SPA telah berubah.
Dahulu, calon yang layak akan terus dipanggil temuduga.
Kini dah berubah secara beransur-ansur....


Proses saringan dilakukan oleh SPA seperti di bawah:


1. Tapisan Awal
===============
- calon yang mendaftar online ditapis samada
penuhi syarat atau tidak.


2. Peperiksaan
===============
- calon dinilai pengetahuan am, pengetahuan
bidang, kemahiran bahasa dll. Ujian SAHSIAH
dan MINAT juga diadakan.


3. Penilaian Kompetensi
========================
- Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi
calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge
(ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon.


4. Temuduga
=============
- Uji kesesuaian dan perwatakan calon.


Ini bermula dengan pengambilan jawatan pengurusan
dan professional - Gred 41. Mereka akan lalui
4 peringkat penilaian ini. Ianya dilakukan secara
berperingkat bagi semua jawatan Gred 41.


Dan bermula 2012, ianya akan digunapakai dalam
pengambilan jawatan sokongan iaitu gred 29 ke bawah.


Hana boleh tahu lebih detail lagi di link
di bawah:
http://www.kerja-kerajaan.com/blog/umum/kaedah-pengambilan-kakitangan-awam-di-spa/



Sekian info dari saya.



Daripada,
JaMaL
admin kerja-kerajaan.com

Punya la susah nak dapat kerja kerajaan, tapi apasal orang yang dah diterima sebagai kakitangan kerajaan, aku tengok kerjanya lebih kurang je?

Bukan semua, okey?

Tapi segelintir. Nak angkat phone pun malas.

Susah la macam ni. Tak tahu bersyukur punya manusia.

Kena Pulau - Forever Alone Kot Telor !!!

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 22, 2011 6 comments Links to this post
Kau pernah kena pulau tak?

Aku pernah. Biasa la, sama-sama Melayu ni memang susah la.

'Dia' selalu merungut pasal 'dia'

Tapi boleh kamcing pulak tiba-tiba. Heran jugak aku.

Dan aku dipulaukan.

Ngah ngah ngah. Aku tak sedih la.

Bukan mati pun. Mati esok, sorang-sorang jugak.

Lagipun memang aku ni pendiam.

Orang tak sedar kot kewujudan aku.

Ala-ala invinsible gitu.

I'll be the last person she'll look for.

Tak apa la. Mungkin aku yang emosional sangat kot.

Em orang tak ajak, takkan aku nak terkedek-kedek pulak kan?

Lepas ni aku tak nak gi mana-mana lagi dah.

Malas dah !!!

Gula-gula Mahal : RM 1.30 Sebiji & Encik Polis

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 22, 2011 3 comments Links to this post
Alhamdulillah, suara dah kembali merdu.

Terima kasih kepada sesiapa yang mencadangkan air asam jawa, air limau, dan sebagainya.

Betul-betul ho-liao. Memang berkesan.

Err sebenarnya aku tak tau apa benda yang menyebabkabkan suara aku kembali merdu. Sama ada air asam jawa atau difflam tu.

Aku juga dapat glycerin of thymol dari HTJS. Jadi, gabungan kesemua bahan itu telah menyembuhkan aku (dan kuasa Allah, of course)

Tak kisah lah. Janji boleh bercakap semula.

By the way, lozeng difflam tu boleh tahan mahal jugak. Sebiji RM 1.30

Wahhhh~ aku beli la sepapan yang ada lapan biji. Takkan nak beli sebiji je kot. Mau kena maki dengan nyonya farmasi tu nanti.

Rasa pun sedap, rasa ceri. Wakakaka~ bajet macam makan gula-gula biasa.




Ohhh~ pagi ni aku rasa nikmat sangat!!!

Kenapa? Nikmat dapat potong kereta peronda polis kat highway.

120km/j tu.




Hahaha~ entah la, aku pun tak tau apasal aku rasa puas..

Rabu, 20 April 2011

Tolong : Tak Boleh Nak Cakap !!!!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 20, 2011 7 comments Links to this post


Salam

Hari ni dah masuk hari kedua dah sakit tekak + batuk + suara hilang.

Seksa woo menahan perit tekak ni.

Time aku tak ada suara ni, ramai pulak nak ajak berborak.

Apekehal ni wey?

Saja nak kenakan aku ke?

Ke sedap dengar suara aku yang serak-serak basah ni. <--- tipu : bukan serak basah, tapi suara macam mak nyah

Ala-ala ella gitu.

Ah, tak nak la ella, ella macam terlebih manja je.


Semalam kat petrol pump aku dah kena gelak sebab 'keunikan' suara aku ni.



Kurang asam kau ye gelakkan aku.

Memang aku dah mesra dengan kau, aku regular customer kau.

Tapi... jangan gelakkan wey, tak baik.


Doakan aku cepat sembuh ye.

Sebab esok (khamis 21 April 2011) aku ada pertandingan karoke. (tipu)

Hahahaha~ Esok nak jumpa doktor. Kalau suara tak ada, macam mana nak bincang dengan doktor tentang kesihatan aku ni.

Yang paling aku ngeri, kot-kot esok dia rajin pulak pi check tekak aku pulak. Siap jolok-jolok guna batang aiskrim tu. Haruuu~



Petua Indon mari :

- Jangan berbicara suara apalagi berbisik ketika sedang serak, jangan gunakan suara untuk sementara waktu. Jangan bicara apalagi berbisik, karena berbisik dapat lebih menegangkan pita suara ketimbang bicara normal.

Laaa~ yeke? Baru tau. Tak boleh bercakap. Aku pulak gi bantai nyanyi kuat-kuat dalam kereta. Konon nak bagi suara keluar. Hahahahaha~



Balik ni nak terjah farmasi untuk rembat benda alah ni :



Khamis, 14 April 2011

14 April 2011 Jam 17:41

Posted by LeptoSpyra at Khamis, April 14, 2011 5 comments Links to this post
Aku tau kau call mak aku pada waktu di atas.

Sudah-sudah la tu.

Kau nak apa lagi?

Hari tu kau kirim surat.

Sekarang kau call mak aku pulak.

Pasal apa?

Kalau betul jantan, call aku la.

Nak gaduh? Call 'balak' aku.

Kalau kau baca ni, satu je aku nak cakap.




Aku dah penat la.

Tolong la.

Tolong bagi aku ketenangan hidup.

Apa yang lepas tu, kau buang la jauh-jauh.

Pergi la cari perempuan yang jauh lebih baik dari aku.

Tolonglah jangan kacau family aku lagi.




Tension la hidup macam ni !!!!

Aku Menjawab Soalan Yang Tak Berapa Pelik

Posted by LeptoSpyra at Khamis, April 14, 2011 2 comments Links to this post
Anda rabun? Ingin tumbesaran maksimum? Klik gambar di bawah :




Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com

Jangan risau.

Ia tak berjangkit, either physically or sexually...

hahahaha~ hahaha~ hahahaha~ dan hahahaha~ lagi.

Otak saya mereng. Maafkan je la.

Lepas amik darah, makan nasi lauk ikan tenggiri masak kicap.

Tak kenyang-kenyang jugak.



Bang!!! Dinner plate KFC 1! Ayam nak bahagian rusuk & dada.

Rusuk 2, dada 1 ye?

Em tambah large cheesy wedges, large fun fries, large coke ye?

Ha, jap...jap.. tambah lagi twister 1 ye bang?


Pangggggg! (Kena tampar laju-laju)

Rabu, 13 April 2011

Tak Sabar Untuk Esok !!!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 13, 2011 9 comments Links to this post
Salam.

Aku tak sabar untuk esok.

Walaupun akan terdapat sedikit kesakitan, aku ku gagahkan juga.

Cewaahhh~ Bukan apa pun.

Esok aku 'terpaksa' pergi hospital untuk 'mengeringkan' darah.

Tak sabar bukan apa, dah 3 bulan aku tak jejak hospital.

Dan dalam tempoh tu, kadang-kadang aku rasa macam body aku ni ada something wrong.

Tapi tak tau la apa benda yang 'wrong' tu.

Itu pasal la aku kena pergi hospital. Kasi cucuk. Kasi keluar itu darah. Kasi test sama itu darah.

Bukan darah sahaja. Urine test pun mau kena buat.

Dah lama tak buat urine test. Sebab last appointment, aku diharamkan membuat urine test.

Ngah~ ngah~ ngah~

Buat-buat faham je la ye kenapa.

Rindu sama bekas ini :



Rindu? Sila muntah. Aku teringat time buat urine collection untuk 24 jam.

Gila la. Hanya orang senasib dengan aku je faham kesusahan dan kepayahannya.

Tapi, aku bersyukur sebab tak seteruk orang lain.

Em, aku teruja bukan sebab apa. Nak tau result dia je.

MAna la tau tiba-tiba bacaan urine protein aku positif pulak.

Maklumlah, makan-makan semua aku bedal tak ingat.



Owh tapi gerun jugak. Adakah 'nurse ganas' tu yang akan menggodek urat halus aku esok.

Seram. Dia selalu cucuk tak kena urat. Lepas tu suka godek-godek jarum kat bawah kulit.

Ingat aku ayam apa?


Hai.. entah syringe besar mana la dia guna esok.



Wayar-wayar ni wajib ada. Alaaa~ tak pakai wayar ni tak boleh ke nurse? Lambat la darah tu nak travel ke dalam syringe.

Pakai syringe siap dengan jarum terus tak boleh ke???



Then tangan aku dicucuk. Glove diikat pada bahagian atas siku. Ketat gila! Kebas tangan aku. Sakit la woooiiii!!!



Dan yang pasti. Banyak tiub untuk collect darah esok.
Esok sure kena tegur dengan pak cik dan mak cik kat situ :

"Apo banyak bona botol tu dik?"

"Apo banyak bona darah kono amik?"

"Humangaiiii~ sakit apo ni dik? Banyak bona tiub eh"

Aku senyum kambing je laaa~

Selasa, 12 April 2011

Kenapa Penunggang Motor Macam Tu???

Posted by LeptoSpyra at Selasa, April 12, 2011 8 comments Links to this post


Gambar di atas adalah dirujuk.

Selalu aku pergi kerja naik kereta.

Bukan selalu, tapi hari-hari.

Dah masuk 8 bulan aku drive sorang-sorang, ada satu tabiat penunggang motor ni aku perhatikan.

Let say aku nak masuk kiri, dan aku memberi signal la untuk menukar lorong.

Dan ada motor kat situ. Dia pulak nak masuk lorong kanan.

Kira macam aku nak masuk lorong dia, dia nak masuk lorong aku.

Okey yang pasti, motor tu hanya memberikan isyarat kepala.

WTH ??? (What The Horse)

Bila motor nak masuk kanan, dia toleh kanan (2-3 kali).

Bila dia nak masuk kiri, dia toleh kiri (2-3 kali jugak).

Tu namanya isyarat kepala hangguk dia.

Mana signal motor kau bro?

Kalau signal motor rosak, pakai isyarat tangan la bro.

Mana ada belajar kat JPJ pakai signal kepala hangguk.

Bro, aku tak boleh baca apa yang ada dalam kepala kau.

Kalau kau nak tukar lorong, bagi signal.

Bukan main toleh-toleh je.

Aku cakap ni bukan apa. Aku selalu hampir menabrak (melanggar) motor yang penunggangnya pakai isyarat kepala hangguk.

Kalau eksiden, ko jugak yang penyek.

Aku steady je kot dalam kereta.

Please la hargai sikit nyawa tu.

Isnin, 11 April 2011

Jom Main??

Posted by LeptoSpyra at Isnin, April 11, 2011 8 comments Links to this post
Jom main satu permainan :

1) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


2) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11 - Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


3) Pilih warna baju yang anda pakai sekarang:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Jawapan aku :

Bulan kelahiran : Ogos- Aku pergi dating dengan
Mombor hari jadi : 12 - Polis
Warna baju yang aku pakai sekarang : Biru - Sebab aku tak tahan

Aku pergi dating dengan polis sebab aku tak tahan.

Bengong!!! LoL~

Ahad, 10 April 2011

Cover Menguap Tu. Bukan Untuk Jaga Adab Je !!!

Posted by LeptoSpyra at Ahad, April 10, 2011 5 comments Links to this post
Kah kah kah...

Tak baik gelakkan orang.



Budak ni mengantuk dalam kelas.

Sekali menguap besar sangat, sampai rahang dia terkeluar.

Tak boleh tutup der...

Menganga selama 5 jam sebelum rawatan diberikan.

Yunie a.k.a NgaNga, ko tengok baik-baik.

Jangan jadi macam dia ni dah la.



Ni la nama dia jaw dislocation. Cewah...



Ada berani nak betulkan sendiri?

Kalau tak pandai, pergi je la hospital. Karang lagi teruk dibuatnya.

Berhati-hati jika anda menguap, ikutlah sunah dengan menutup mulut anda dengan tangan. Boleh control sedikit mulut itu dengan tangan anda agar tak over-terbuka.




Dan yang pasti ...... dapat mengelakkan mulut anda daripada ternganga-nganga

PS : Someone pernah tegur + mengajuk aku sebab menguap TAK BUKA mulut. Yup, aku tahan daripada membuka mulut dengan besar time menguap. Sampaikan menggigil-gigil mulut aku. Tapi kena ejek pulak.

Nanti aku syorkan dia baca blog ni ye. Supaya dia lebih memahami.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari drpd Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg

menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan Alhamdulillah, maka

adalah hak atas setiap muslim yg mendengarnya mengucapkan Yarhamukallah. Adapun

menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah

dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,

syaitan akan mentertawakannya.”

Dengar tu adik-adik.

Awak, jangan menguap time call saya ye. Saya Tau awak tu kalau menguap memang tak

cover. Siap bunyi Haaaarrrggghhhh.. Arrrgghhh... Haaaarrgghhh...

Tak dapat nak bayangkan macam mana bunyi dia. Hahahaha~

Sabtu, 9 April 2011

Bila Jarang Dapat, Mesti Lebih Menghargai

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, April 09, 2011 2 comments Links to this post
Salam.

Bila kau jarang dapat hadiah, mesti kau lebih menghargai pemberian seseorang itu.

Bila kau jarang dapat spend time dengan dia, mesti kau lebih menghargai tiap saat bersama dia.

Ni situasi aku.

Tak salahkan kalau aku simpan semua pemberian orang?

Tanda aku hargai segala 'effort' yang orang tu buat untuk aku.

Walaupun 'effort' yang keluar adalah sekadar macam melepaskan batuk di tangga je.

Lagipun aku bukan orang yang suka membazir.

Selagi boleh, aku simpan atau guna dulu.

Dah dapat yang baru, baru BUANG.

Jumaat, 8 April 2011

Sweet Gila !!!

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 08, 2011 0 comments Links to this post
Klik gambar untuk pembesaran :



Hahahaha~ saja ceduk dari Facebook.

Sekali tuan Facebook ni baca blog aku.

HABIS KANTOI ....
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez