Selasa, 28 Jun 2011

Ku Menunggu .......

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Jun 28, 2011 1 comments Links to this post
Arrrggggghhhhhhhhh....

Penantian satu penyeksaan.

Jadi ke tak jadi ni?

Tak jadi, habaq awal-awal.

At least aku tak mengharap sangat.

Banyak tu nak kena siapkan.

MODE : Stress tahap gaban (tapi buat-buat cool) http://www.emocutez.com

Current activity :

Bersantai di rumah.. Hari ni aku cuti secara illegal. Hisyyy... Ini rahsia kita.

Gila aku nak pergi kerja dengan suasana sunyi macam tu.

Labmate telah terbang ke Sabah & Sarawak untuk bercuti.

Takkan la aku yang jarak 'kampung' hanya sekangkang kera kena pergi kerja pulak kan?

Ini tak adil. Hahahaha~

Tujuan utama lari (bercuti) :

Mengelakkan diri dengan jayanya daripada meeting.

Seriously meeting tu damn boring http://www.emocutez.com

Mana aku tau? Cit, from previous meeting la. From previous meeting aku dah boleh agak meeting hari ni memang boring.

Anyway, siapa yang suka meeting kan? Lainlah kalau datang meeting dapat hadiah snack plate KFC. Hahaha~

HOLD on.. aku diburu rasa bersalah kerana CTA (cuti tanpa izin)

MAKA ....



Hari ni cuti, hari ni apply. Apply pukul 2 lebih pulak tu.
REMARKS : Emergency <-- tak menahan!!

Jangan jadi macam aku.

Kerjalah dengan berdedikasi!!

Ya Allah, ampunkan aku.

Bos, I manyak soli arrr...

Sabtu, 25 Jun 2011

Teman Hujung Minggu : Baju Melayu Hijau Serindit

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Jun 25, 2011 1 comments Links to this post



(I)

Hidup seorg Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).


Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?


"Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."


(II)

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!


"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."


Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah.


Baru baca prolog.

Macam best!

Tak sabar nak selak the next 430 pages!!

Hahaha~ sebenarnya aku jarang beli novel. Aku lebih banyak beli buku motivasi.

Tapi semalam 'tersambar' pulak novel ni.

Popular dekat 9Avenue Nilai baru bukak. So, ada diskaun sempena grand opening.

Harga asal RM19.00 tapi dapat beli dengan harga RM15.50 berbaloi-baloi.

Nampaknya aku akan memburu novel Jemari Seni pulak lepas ni..

Jumaat, 24 Jun 2011

Makna Ketenangan

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 24, 2011 3 comments Links to this post



1. Memandu di lebuhraya pada kelajuan 100km/j

2. Memandu di jalan kampung dengan kelajuan 60km/j

Aaaaaaa~ sangat menenangkan!!

Cubalah!

Seronok sebenarnya memandu ni. At least bagi aku la.

Untuk orang yang jarang keluar macam aku, for sure teruja bila kadang-kadang dapat tengok dunia luar..

Cit! Dunia luar bagi aku adalah highway dan jalan lama Labu..

Tu je nak cakap..

Bye!

http://www.emocutez.com

Khamis, 23 Jun 2011

Bergambar : Cara-cara Breastfeed!!!

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Jun 23, 2011 1 comments Links to this post
Hahahahahahaha~

Tajuk sebenar : Cara-cara breastfeed anak arnab

Bahan-bahan :

1) Ibu arnab




2) Anak arnab baru lahir




Cara-cara breastfeed :


1) Cekup ibu arnab dengan berhemah lagi lembut. Ini untuk mengelakkan ibu arnab stress




2) Cekup anak arnab baru lahir dengan berhati-hati. Itu pun kalau ko nak anak arnab tu hidup lama la



3) Baringkan ibu arnab, dan letakkan anak arnab tersebut di bahagian abdomen ibu arnab. Anak arnab yang 'noob' itu akan berusaha sendiri mencari puting susu ibunya. Ini hasilnya










Sambil-sambil tu, ko urut la ibu arnab tu.. Kasi dia tenang dan rileks sikit.

Asyik duduk dalam sangkar, sekali sekala ko bagi la dia layanan ala-ala spa 5 bintang.

Ececeh~


Bagi anak arnab tu menyusu sampai dia kenyang.

Macam mana nak tau dia kenyang?

1) Tengok tahap kebuncitan perut. Semakin buncit perut, semakin kenyang anak arnab.

2) Anak arnab tu sendiri berhanti menyusu. Tu tandanya dia dah kenyang. Bukan setakat kenyang, tapi dah muak..

Selamat mencuba..

Perhatian : BAGI LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN, JANGAN PRAKTIKKAN TUTORIAL INI PADA BINI ANDA. BINI ANDA AKAN PANDAI SENDIRI MENYUSUKAN ANAK ANDA.

Rabu, 22 Jun 2011

Wordless Wednesday : GUILT

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 22, 2011 0 comments Links to this post








...

...

Selasa, 21 Jun 2011

Nak Tahu Rahsia??

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Jun 21, 2011 4 comments Links to this post



Tanda lelaki terdesak cari jodoh :

1. Dia add ramai perempuan dalam Facebook, walaupun tak kenal

2. Mula memasuki laman cari jodoh

3. Mula mengubah penampilan diri

Ouhhhh~ sila percaya!!

Ahad, 19 Jun 2011

Jeng..Jeng..Jeng..

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 19, 2011 4 comments Links to this post
Nantikan ....

Doakan semuanya berjalan lancar ye?

Terima kasih..

Bila dah selesai, aku akan bagitau berita gembira ini..

Doakan ye???

Doakan ye???

Doakan ye???

Doakan ye???

DOAKAN YE???

Ko nak doakan ke tidak?

Baik ko doakan!!! Kalau tak ............... http://www.emocutez.com

Jumaat, 17 Jun 2011

Petang Jumaat : Ramai Kena Ceri-Beri

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 17, 2011 1 comments Links to this post
Sebelum tu, nak buat iklan sikit.

Berkenaan entry ini ianya bukan kisah peribadi aku.

Hahahaha~ jadi tak payahlah ucap takziah segala.

Tapi apa pun, terima kasih atas keperihatinan KO wahai Ayuni aka Hunny Bela(hantu).

kih~ kih~ kih~


Cakap pasal petang Jumaat, betul ke ramai yang kena ceri-beri?

Ceri-beri tu apa?

Cirit-birit ko tau tak?

Aku tau la esok cuti, ko nak balik kampung kan?

Tapi tak payah la memandu secara melulu.

Aku pun ada kereta jugak.

Aku pun bayar road tax jugak.

Tol pun aku bayar tau?

Ko ada? Ada jugak kan?

Jadi, mari sama-sama kita jadi pemandu yang reti hormat pemandu lain ye?

Jadi pemandu yang ada sivik, boleh tak?


Aku kalau nampak kereta laju macam pelesit, mesti hati aku duk fikir :

"Ouh, sian, tah* dah nak keluar tu. Tak tahan nak ke tandas tu"

"Ouh, ni kena jangkitan E.coli ni. Cirit birit teruk ni. Tak apa lah, bawak la laju lagi, nanti tah* keluar pulak"

Kalau aku baik, aku maafkan. Anggap je la dia ada emergency case.

Saudara mara meninggal ke, nak lawat orang nazak ke kan?


Tapi hari ni aku jahat.

Kah~ Kah~ Kah~

WRU ****

Ko sekeluarga cirit-birit ye?

Makan apa tadi?

Kena Reject Dah !!

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 17, 2011 5 comments Links to this post

Kasih tak sampai.

Sayang tak disambut.

Cinta tak dipeduli.

Orang dah tak suka..

Terima sajalah..

Kasih terlerai dalam SMS.

Nasib tak kawin lagi.

Kalau tak, cerai pun guna SMS.

Isnin, 13 Jun 2011

Ye. Memang Aku Tengah Marah !!!

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Jun 13, 2011 4 comments Links to this post



Life memang menyakitkan!

Tambah pulak kalau ia melibatkan orang yang tak reti bahasa!

Baru semalam aku buang barang-barang mamat tu.

Pagi ni dia 'muncul' balik!

Mak aku pun satu. Layan dia buat apa!

Marah betul aku dengan mak!

Tak terbendung lagi. Tapi sabagai anak yang baik, aku simpan marah aku dalam hati.

Takkan aku nak tengking atau cakap kasar dengan mak aku sendiri pulak.


Cerita bermula awal pagi ni.

Aku baru lepas mandi. Keluar dari bilik air.

Tengah jalan-jalan nak menuju ke bilik dan bersiap, tiba-tiba mak panggil aku.


Mak : Ngah! (aku adalah kak ngah)

Aku : Ye?

Mak : Si Bongok (bukan nama sebenar) SMS mak. Dia kata ada kerja kosong kat XXX jawatan XXX. Nanti angah tengok la ye? Angah dah check ke?

Aku : Lantaklah dia!!!!!!

See??? Sebab si bongok, aku dah cakap kasar dah dengan mak aku. Ko memang bongoklah!

Aku tak boleh dengar pun nama ko. Faham tak bongok!!!


Ko sibuk dengan life aku apasal, bongok??

Bongok, aku percaya, ko ada banyak lagi kerja lain nak buat kan?

Kenapa ko nak ambil tahu pasal life aku lagi?

Peduli la aku nak kerja swasta ke, kontrak ke, kerajaan ke? Ko apa susah?

Ko tu tak ada kena mangena dengan aku. Terimalah kenyataan.

Boleh tak untuk kali ni ko berpijak di bumi nyata??


Aku tau, niat ko nak menolong. Tak pun ko kesian kat aku sebab kerja swasta kan?

Yelah, kerja swasta ni tak menjamin masa depan. Tak stabil. Tak menyumbang pada ekonomi negara???

Suka hati aku la deyyyy!!!


Yang ko nak contact mak aku tu apahal??

Pagi-pagi dah buat aku tension. Sengal la ko!!

Tak malu, sibuk-sibuk hal orang.

Aku tak tau la nak cakap apa lagi.

BONGOOOOOOOOOOOOOOOOOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perangai ko, tak melambangkan kerjaya ko.

Macam ni ke? MENTAL betul!!!


Cepatlah aku kawin! Cepatlah! Cepatlah!

Agaknya time tu baru dia berundur buat selamanya!!!


Mak, Nana minta maaf cakap kasar tadi. Walaupun sepatah. Rasa menyesal sangat ='(


Kepada Bongok, wake up la!
WAKE UP!
Ko faham tak bila orang tak nak ada kaitan dengan ko lagi?
Apa lembab sangat ko ni?

Ye! Memang aku tengah marah!!!

Ahad, 12 Jun 2011

Selamat Tinggal Kenangan & Sesi D.I.Y

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 12, 2011 3 comments Links to this post
Fuh, hujung minggu baru ada masa nak kemas bilik secara besar-besaran.

Dan selepas menggodek segala khazanah dalam bilik, terjumpalah barang-barang pemberian si dia yang dulu.

Diari :



Surat :



CD :



Barang-barang :



Kasi bungkus masuk plastik dan buang!



Ada satu benda je yang tak dibuang :



Bukan apa, takut dia mintak balik. So simpan la dulu.

Tak pernah pakai pun sebab longgar. Kahkahkah~

So segala benda telah selamat dibuang. Kasi clear sikit minda ini.

Kasi delete segala kenangan lampau.

ITS TIME TO MOVE ON.

Nota : Maafkan saya sebab buang barang-barang pemberian awak. Bukan saya tak menghargai. Jauh sekali tak bersyukur atas apa yang dah awak beri pada saya. Cuma... saya tak nak tengok lagi barang-barang tu. Semak la otak.

D.I.Y ni pulak sempena tak ada kerja pada hujung minggu.

Sambil layan hindustan TV3, cerita Ek Ajnabee (betul ke eja camni?)

Best la cerita hindustan minggu ni. Tak ada nyanyi atas bukit, golek-golek turun bukit, sari nampak pusat. Yuckksss~~

Hahahhaa~ ni adalah sengal. Nampak sangat aku kedekut nak keluar duit.










Pebenda nih?????

Kotak ubat la.

Sila gelak beramai-ramai.

Kahkahkahkahkahkah~~

Ini Adalah Bongok!!!

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 12, 2011 6 comments Links to this post
Hari ni aku bangun lambat.

Kenapa?

Kerana ini:

Aku sedang baring atas katil sambil nak tunggu mata ni terlelap.

Bosan tak dapat lelap, aku dengar lagu kat handset. Nilah padahnya tido awal. Bila terjaga, payah nak tido balik.

Bukak playlist : Recently added. Ada 4 lagu aku baru tambah. First song, lagu angry bird.

Layan je la lagu tema angry bird yang aku download.

Handset aku letak semula di hujung kepala katil. Jauh sikit dari tangan.

Lagu angry bird habis, next song. Jam sekarang lebih kurang 1 pagi.

Tiba-tiba lagu angry bird ulang balik!!!

Wahhh~ aku dah cuak. Siapa usik handset aku ni!!!!!

Aku dengar je lagi angry bird tu sampai habis.

Tiba-tiba ulang lagi angry bird!!!!

Aku dah telan air liur. Siapa usik handset aku??? Sampai ulang-ulang lagu. Gila cuak. Peluh dingin mula keluar. Aku tak bergerak seinci pun.

Nak berpaling tengok handset tak payah cakaplah. Memang aku tak berani. Aku keras je kat atas katil.

Dengar setiap alunan muzik angry bird yang bertukar menjadi seram!!!!

'Dia' ke?

Gulp. Air liur entah berapa kali aku telan. Tapi badan still keras.

Ala!!!!! Time ni la aku kena kacau!!! Aduh... Hati aku menangis.

Rumah semua dah gelap. Patut ke aku jerit??

Tak!!! Tiba-tiba aku dapat keberanian. Aku mengiring ke sebelah kanan untuk mengambil handset.

Dup dap! dup dap! jantung aku.

Belek-belek handset, tengok setting playlist.

Playlist---REPEAT---SONG

Bongok!!!! Patutlah angry bird asyik ulang-ulang.

Ini bongok okey???

Khamis, 9 Jun 2011

Normalkah Ini?

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Jun 09, 2011 0 comments Links to this post
Salam..

Dalam sehari berapa kali korang duk taip username dan password korang??

Berapa kali korang login dalam sesebuah laman?

Tak kira la laman sosial, e-mel ataupun forum.

Dan berapa banyak e-mel, laman sosial, dan forum yang korang join?

Macam aku, dalam sehari, aku pasti tak miss nak login dalam 5 akaun ini :





SILA PERCAYA!!!
Pagi-pagi pada hari bekerja, aku akan login akaun e-mel INTI dulu. Nak pastikan ada tak arahan dari bos. Bosku pemalu. Dia suka bagi arahan by e-mel. Jadi sebelum start kerja, wajib check e-mel dulu.

Kalau hari cuti, jangan harap aku nak check e-mel company. Buang masa!!! Kahkahkah~




Lepas tu, bukak e-mel yahoo pulak. Kat dalam ni boleh tengok macam-macam. Notification Facebook pun boleh tangok dalam ni. Senang. Tak payah ko nak tengok benda lain. Kalau ada 50 e-mel, memang semua aku akan bukak. Kecuali e-mel tak tau asal-usul.

Paling penting, tengok e-mel kerja kosong. Damn~~ nampak sangat aku tak bahagia dengan kerja sekarang.
Huh!!! Bersyukur sudah!




Yang ketiga, aku akan bukak FB. Godek-godek. Aku jarang update status. Paling banyk pun, wish birthday kat orang.
Kalau ada orang post kat wall ke, komen gambar ke, aku balas lah. Kasi meriah sikit. Hahahaha~

Kalau tak ada, diam-diam sudah!!




Ni yang ke-empat. Paling lama aku spend masa online kat sini. Best wooo~ Banyak info menarik. Oh! Kaki porno pun boleh masuk sini ye. Tapi kena register. Pastu gi kat thread 21 years & above. Hahahahaha~ (ini sengal)

Gurau je. Setakat ni, ni la forum yang paling lama aku bertahan. Yang lain, sunyi je. Tak meriah.

Dan macam biasa, aku lagi banyak membaca dari mengomen.






Last aku bukak. Blogger la. Tengok dashboard, komen dan blog-walking.
Kalau rajin, buat entry baru.
Kebanyakkan entry aku taip dulu dalam handset. Taip cepat-cepat sebelum idea hilang. Then, transfer je la guna USB. Hahahaha~

Tu je. 5 je pun..

Masih di tahap normal kan?

Mesti korang lagi banyakkan?

Rabu, 8 Jun 2011

'Busuk' Sangat Ke Perempuan & 'Wangi' Sangat Ke Lelaki Ni?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 08, 2011 2 comments Links to this post



Hari tu aku ada jalan-jalan dekat 1 forum ni. Cerita pasal seorang customer perempuan yang tak puas hati dengan servis 1 perkhidmatan kesihatan. Tak payah la aku cerita pusat kesihatan mana.

Aku tertarik pada 1 komen. Dan aku rasa dia ni meniaga jugak. Dia seorang lelaki. Lebih kurang macam ni la komen dia berhubung dengan ketidak puasan hati customer perempuan tu.

''Aku takkan jual produk aku pada customer perempuan. Banyak songeh, banyak complain''

Lagi...

''Aku boleh beli produk dari perempuan, tapi jual pada perempuan, sorrylah''

''Kalau ada customer perempuan nak beli, aku cakap je dah SOLD. Leceh''

Lebih kurang macam tulah ayat mamat tu.
Aku malas nak quote balik ayat-ayat poyo tu.
Lagipun thread tu dah ke laut dah kot.

Time baca komen tu, dalam hati aku fikir. Apa masalah mamat ni? Teruk sangat ke orang perempuan? Ko buat bisnes tapi tak nak jual kat customer perempuan.

Sanggup tu tak ada sale asalkan tak jual barang dia kat perempuan.

Statement dia tu poyo gila. Seksis kot. Macam menggambarkan perempuan ni adalah ibu segala JERK.

Tapi aku berjaya menenangkan hati aku serta berfikir secara rasional. Dan aku rasa :

1. Mamat tu jual ubat kuat lelaki. Sebab tu dia tak nak deal dengan customer perempuan. Malu kot nak cerita hal dalam boxer. kahkahkah~

2. Mamat tu tak berkahwin lagi. Kalau dah kawin pun, maybe dia tak bahagia dengan bini dia. Atau paling teruk, mamat tu kawin dengan mak nyah (maaf gurau kasar)

3. Mamat tu pernah dikecewakan dengan teruk oleh awek dia dulu. Tu pasal dia prejudis kat semua perempuan.

4. Mamat tu tak tahu pasal kuasa pengguna. Yelah, kalau tak puas hati, memanglah kita boleh complain. Segala complain dan rungutan, boleh jugak ko gunakan untuk improve lagi servis ko tu

5. Mamat tu dulu sekolah semua lelaki. Dari tadika sampai form 5, semua lelaki. Sambung pulak degree, master, phD, pun semua lelaki jugak. Sebab tu dia fikir lelaki je YANG PALING BAGUS.

Kahkahkah~ maaflah kalau ada pembaca blog ni yang terasa dengan entry aku.

Kepada MAMAT : Tak payahlah ko kutuk sangat kaum perempuan ni. Mak ko tu perempuan jugak. Bini ko pun perempuan.

Okey, segala keceluparan amat dikesali.

Isnin, 6 Jun 2011

Aku Perlu Buat Penyucian Mata

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Jun 06, 2011 9 comments Links to this post


Ini entry sarcastic

Sebab?

Aku nampak 'longkang' mat motor yang boleh tahan 'seksa'

Terigau-igau ni dari tadi.

Damn. Ngeri.

Warna dia tak payah cerita la.

Bang, pakai baju labuh sikit ye?

Masukkan baju ke dalam seluar. Barulah baju tu tak terbang.

Tak pun, abang pakai jaket. Baru smart.

Kalau abang pakai boxer tak apa, ni abang pakai G-string. Nampak lurah.

Dengan seluar jean low-cut pulak tu.

Nasib saya tak eksiden tadi bang.

Leka tengok abang 'punya'

Saya ikhlas tegur ni bang..

Harap abang faham.

Trimas...

Ahad, 5 Jun 2011

Hahahaha~ Betulkah??

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 05, 2011 4 comments Links to this post



Terima kasih...

Sabtu, 4 Jun 2011

Stigma Lelaki Melayu

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Jun 04, 2011 9 comments Links to this post
Gambar hiasan semata-mata



Ini entry sentap melibatkan perbualan antara seorang adik lelaki yang laser dengan seorang kakak yang lemah lembut.

Aku tak amik hati pun. At least dia tegur aku tak pandai masak.

Layannnn~~~



Jumaat malam. 10 pm. Aku dan mak kenduri megi. Nasi dah makan ok? Dah makan. Saja nak supper megi. Mak kata dia teringin, jadi masak je la kan.

Dah siap megi, datang adik aku. Statement poyo dia :

''Makan megi. Apa la makan megi. Ko tak reti masak ke wei? Apo nak kawin nanti ko nak bagi laki ko makan megi?
Kalau aku, aku takkan habiskan 10 ribu untuk kahwin dengan orang macam ko''

Sentap gila aku dengar. Tapi aku diam je. Aku tahu dia bergurau sebab dia gelak-gelak. Lagipun dia ni kalau bergurau memang laser. Banyak kali dah aku kena.

Adikku sayang, walaupun kakakmu ini tak pandai masak, tapi tak bermakna kakakmu ini buta dalam hal-hal masakan.

Tak bermakna kakakmu ini tak tahu masak langsung.

Aku tahu masak la. Cuma malas aku nak tunjuk. Nanti ko jugak yang compare rasa masakan aku dengan masakan mak. Time tu mungkin mulut ko jadi lebih laser. Hahahahah~

Yang aku nak tekankan ni. Stigma orang melayu. Macam adik aku ni, muda lagi. Tapi fikiran kolot gila.

Ada dia kata takkan habiskan 10 ribu untuk perempuan yang tak pandai masak??

Ko nak kawin dengan perempuan tu ke? Atau ko nak kawin dengan skill memasak perempuan tu?

Kiranya, skill memasak tu harga dia 10 ribu la ye?

Lagi satu kakakmu nak cakap ni, wahai adikku.
Duit hantaran 10 ribu yang ko kata tu, bukanlah semata-mata nak 'membeli' perempuan itu. Tetapi lebih kepada nak buat belanja kenduri. Nanti siapa yang nak makan, dik? Family belah laki jugak nak makan. Duit tu pusing balik kat ko. Tak lari mana pun. Jangan la ko kedekut sangat.

See?? Apa rasional ko nak buat statement seperti di atas tadi?

Pandai betul kamu, wahai adikku.

Adikku sayang, duit hantaran bukan untuk membeli atau membayar perkhidmatan isteri ko. Faham????

Tak terbayar kot khidmat isteri pada si suami. Tak dapat nak bayar guna duit hantaran. Faham tak ni dik?

Lagi satu akak nak cakap.
Akak kalau boleh tak nak mintak pun duit hantaran ni.
Ada mas kawin pun cukuplah. Lepas tu support kenduri sikit-sikit.
Bukan apa, akak pun ada duit jugak. Takkan nak harap lelaki je kan?

Kahwin grand-grand, duit hantaran puluh-puluh ribu, tapi lepas kahwin papa kedana buat apa?
Adikku Amir, jangan buat statement poyo depan akak ye?

Akak sentap, okey!!!!

To Amir : Wey! Aku nak tengok la bakal bini ko tu, pandai masak ke tak? Wakakakakakaka~
Berapa hantaran ko nak 'beli' dia wei?
Hahahahahahhahaah~

Nilai skill memasak aku mungkin kurang.
Tapi nilai harga diri, kehormatan, dan maruah diri aku tinggi.

P/S: Tak pandai masak, boleh belajar. Harga diri dah tak ada, boleh buat apa-apa? Tak kan?

Assalamualaikum adikku~

Jumaat, 3 Jun 2011

Okey, Lagu Ini Sangat Cute

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 03, 2011 2 comments Links to this post


Member sebelah siap goyang kepala lagi.

Kahkahkah~

P/S : Tengah menahan diri dari goyang kepala jugak

Khamis, 2 Jun 2011

New Born. Alhamdulillah

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Jun 02, 2011 3 comments Links to this post
Setelah sekian lama menanti...

Tadaaaaa~~






Cik Rabbit telah selamat melahirkan 4 ekor anak.

Tapi malangnya, 1 ekor je yang survive.

Yang lain mati terpijak oleh geng-geng Cik Rabbit.

Jangan risau, akanku jaga this lucky one.

Rasa-rasa, akan menjadi si bulu putih ni. Kih kih kih~


Aku menunggu hari Sabtu & Ahad.

Nampaknya rumah Cik Rabbit & geng memerlukan renovation.

Dah berlubang. Ganas betul. Orang dah bagi makan, dinding reban tu jugak yang dikunyahnya.


I need a hand. Mahukah sesiapa membantu aku renovate rumah arnab?

Raise your hand please!!!!

Rabu, 1 Jun 2011

"Burung Punai" - Marah Betul Aku

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 01, 2011 3 comments Links to this post
Tak pernah seumur hidup aku rasa tension macam ni.

Tak pernah dalam hidup aku, main game baca bismillah dulu.









Lepas berkali-kali main, baru dapat yang ni :




Puas hati aku!!!

Angry bird memang buat aku angry!!

Sakit hati aku.

Nampak Amir rasa macam nak lempang dia.



Stop level ni dulu!

Mau maghrib.

Nanti tuhan ANGRY sama aku.
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez