Sabtu, 4 Jun 2011

Stigma Lelaki Melayu

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Jun 04, 2011
Gambar hiasan semata-mata



Ini entry sentap melibatkan perbualan antara seorang adik lelaki yang laser dengan seorang kakak yang lemah lembut.

Aku tak amik hati pun. At least dia tegur aku tak pandai masak.

Layannnn~~~



Jumaat malam. 10 pm. Aku dan mak kenduri megi. Nasi dah makan ok? Dah makan. Saja nak supper megi. Mak kata dia teringin, jadi masak je la kan.

Dah siap megi, datang adik aku. Statement poyo dia :

''Makan megi. Apa la makan megi. Ko tak reti masak ke wei? Apo nak kawin nanti ko nak bagi laki ko makan megi?
Kalau aku, aku takkan habiskan 10 ribu untuk kahwin dengan orang macam ko''

Sentap gila aku dengar. Tapi aku diam je. Aku tahu dia bergurau sebab dia gelak-gelak. Lagipun dia ni kalau bergurau memang laser. Banyak kali dah aku kena.

Adikku sayang, walaupun kakakmu ini tak pandai masak, tapi tak bermakna kakakmu ini buta dalam hal-hal masakan.

Tak bermakna kakakmu ini tak tahu masak langsung.

Aku tahu masak la. Cuma malas aku nak tunjuk. Nanti ko jugak yang compare rasa masakan aku dengan masakan mak. Time tu mungkin mulut ko jadi lebih laser. Hahahahah~

Yang aku nak tekankan ni. Stigma orang melayu. Macam adik aku ni, muda lagi. Tapi fikiran kolot gila.

Ada dia kata takkan habiskan 10 ribu untuk perempuan yang tak pandai masak??

Ko nak kawin dengan perempuan tu ke? Atau ko nak kawin dengan skill memasak perempuan tu?

Kiranya, skill memasak tu harga dia 10 ribu la ye?

Lagi satu kakakmu nak cakap ni, wahai adikku.
Duit hantaran 10 ribu yang ko kata tu, bukanlah semata-mata nak 'membeli' perempuan itu. Tetapi lebih kepada nak buat belanja kenduri. Nanti siapa yang nak makan, dik? Family belah laki jugak nak makan. Duit tu pusing balik kat ko. Tak lari mana pun. Jangan la ko kedekut sangat.

See?? Apa rasional ko nak buat statement seperti di atas tadi?

Pandai betul kamu, wahai adikku.

Adikku sayang, duit hantaran bukan untuk membeli atau membayar perkhidmatan isteri ko. Faham????

Tak terbayar kot khidmat isteri pada si suami. Tak dapat nak bayar guna duit hantaran. Faham tak ni dik?

Lagi satu akak nak cakap.
Akak kalau boleh tak nak mintak pun duit hantaran ni.
Ada mas kawin pun cukuplah. Lepas tu support kenduri sikit-sikit.
Bukan apa, akak pun ada duit jugak. Takkan nak harap lelaki je kan?

Kahwin grand-grand, duit hantaran puluh-puluh ribu, tapi lepas kahwin papa kedana buat apa?
Adikku Amir, jangan buat statement poyo depan akak ye?

Akak sentap, okey!!!!

To Amir : Wey! Aku nak tengok la bakal bini ko tu, pandai masak ke tak? Wakakakakakaka~
Berapa hantaran ko nak 'beli' dia wei?
Hahahahahahhahaah~

Nilai skill memasak aku mungkin kurang.
Tapi nilai harga diri, kehormatan, dan maruah diri aku tinggi.

P/S: Tak pandai masak, boleh belajar. Harga diri dah tak ada, boleh buat apa-apa? Tak kan?

Assalamualaikum adikku~

9 comments:

syrupmasin on 4 Jun 2011 1:06 PTG berkata...

wuahahaha..adek yg hebad :D

Hana on 4 Jun 2011 1:07 PTG berkata...

bukan hebat, tapi hairbutt

misyamissyou on 5 Jun 2011 12:09 PTG berkata...

betul2..boleh je blaja..senang je pn masak..bkn susah mne..

Shah Rizar on 5 Jun 2011 1:08 PTG berkata...

hahaha.. bole tahan gak tu adik ko..

kalo ikut hukum syarak isteri masak tuk suami adalah harus.. bkn wajib..

masak tu jadi wajib bila suami yg suruh.. tapi bila hukum asal adalah harus.. si suami wajib sedia segala alat2 dan bahan2 tuk isteri masak.. kalo suami tak sedai xyah masak sbb isteri betul disisi syarak..

dan lagi satu isteri bole minta upah dari suami tau..

hunybela berkata...

Hana,ko tolong sampaikan salam kat adik ko.Gile ortodoks adik ko..Apa igt pompuan zmn skunk asyk kn duk dapur je ke....Kalau pompuan zmn skunk asyk nk kene duk dapur blaja masak, alamx tak berasap lah dapur.Sbbnye, laki skunk pn bknnye ada duet sgt...

Hana on 5 Jun 2011 8:31 PTG berkata...

hahaha! yunie, aku suka la ayat ko. ortodoks ek?

nanti aku nak bawak adik aku jmpa ko boleh? nak suruh ko brainwash dia skit :))

Shah Rizar on 6 Jun 2011 12:07 PG berkata...

apa2 pun yg kita buat kena kembali kpd islam.. islam sentiasa hebat sepanjang zaman..

Insan Biasa on 6 Jun 2011 8:25 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Insan Biasa on 17 Jun 2011 12:26 PTG berkata...

Islam dah ajar cara2 yg sepatutnya...
Tambat hati suami melalui masakan kamu...
Jaga mulut atasnya...'mulut' bawahnya(nafsu shahwat)... ikuti minatnya... insya-Allah suamimu x akan berpaling :)

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez