Rabu, 8 Jun 2011

'Busuk' Sangat Ke Perempuan & 'Wangi' Sangat Ke Lelaki Ni?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 08, 2011



Hari tu aku ada jalan-jalan dekat 1 forum ni. Cerita pasal seorang customer perempuan yang tak puas hati dengan servis 1 perkhidmatan kesihatan. Tak payah la aku cerita pusat kesihatan mana.

Aku tertarik pada 1 komen. Dan aku rasa dia ni meniaga jugak. Dia seorang lelaki. Lebih kurang macam ni la komen dia berhubung dengan ketidak puasan hati customer perempuan tu.

''Aku takkan jual produk aku pada customer perempuan. Banyak songeh, banyak complain''

Lagi...

''Aku boleh beli produk dari perempuan, tapi jual pada perempuan, sorrylah''

''Kalau ada customer perempuan nak beli, aku cakap je dah SOLD. Leceh''

Lebih kurang macam tulah ayat mamat tu.
Aku malas nak quote balik ayat-ayat poyo tu.
Lagipun thread tu dah ke laut dah kot.

Time baca komen tu, dalam hati aku fikir. Apa masalah mamat ni? Teruk sangat ke orang perempuan? Ko buat bisnes tapi tak nak jual kat customer perempuan.

Sanggup tu tak ada sale asalkan tak jual barang dia kat perempuan.

Statement dia tu poyo gila. Seksis kot. Macam menggambarkan perempuan ni adalah ibu segala JERK.

Tapi aku berjaya menenangkan hati aku serta berfikir secara rasional. Dan aku rasa :

1. Mamat tu jual ubat kuat lelaki. Sebab tu dia tak nak deal dengan customer perempuan. Malu kot nak cerita hal dalam boxer. kahkahkah~

2. Mamat tu tak berkahwin lagi. Kalau dah kawin pun, maybe dia tak bahagia dengan bini dia. Atau paling teruk, mamat tu kawin dengan mak nyah (maaf gurau kasar)

3. Mamat tu pernah dikecewakan dengan teruk oleh awek dia dulu. Tu pasal dia prejudis kat semua perempuan.

4. Mamat tu tak tahu pasal kuasa pengguna. Yelah, kalau tak puas hati, memanglah kita boleh complain. Segala complain dan rungutan, boleh jugak ko gunakan untuk improve lagi servis ko tu

5. Mamat tu dulu sekolah semua lelaki. Dari tadika sampai form 5, semua lelaki. Sambung pulak degree, master, phD, pun semua lelaki jugak. Sebab tu dia fikir lelaki je YANG PALING BAGUS.

Kahkahkah~ maaflah kalau ada pembaca blog ni yang terasa dengan entry aku.

Kepada MAMAT : Tak payahlah ko kutuk sangat kaum perempuan ni. Mak ko tu perempuan jugak. Bini ko pun perempuan.

Okey, segala keceluparan amat dikesali.

2 comments:

hunybela berkata...

Kenapa dia ckp mcm tue.membuat perbandingan di antara lelaki dan perempuan...Semua org ada kelebihan dan kekurangan..Dia ckp mcm tue mcm dia lahir dr buluh betong je...CB dia bygkan org ckp mcm tue kat mak dia..Ke mak lelaki tue adalah seorang lelaki????

Cahaya Mama on 9 Jun 2011 11:15 PTG berkata...

hana kne tagged kat sni,.feel free to join,ya,.hehe,.

http://blogcahayamama.blogspot.com/2011/06/contest-friends-forever-tajaan-dh.html

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez