Jumaat, 6 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 2

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Mei 06, 2011


Day two : 10 things you love

Aku confuse sebenarnya. 10 things you love ni pasal benda/perkara yang aku suka ke, benda yang aku sayang? English ni memang la!!! 1 perkataan ada banyak makna. Contoh : FIRE. Api ke tembak?

Ha, siapa nak jawab tu? Sorry off topik pulak.

Jadi aku akan menggabungkan kedua-dua elemen di atas.

1. Handphone Nokia E63



Ni paling sayang ni. Penting untuk percintaan jarak jauh. Kahkahkah~ Dulu aku pakai handphone cikai-cikai je. Tak la aku kata handphone ni power bebenar, cuma ada extra fuction. Pilih handphone ni dulu sebab ada 3g, 'dia' suruh aku beli handphone ada 3g. I ingat lagi. U jangan nak nafikan okey? Hahahaha~

2. MyVi Grey Aku



Sayang ooooiii~ Aset ni. Harta pertama aku beli. Harap-harap kereta ni bertahan la sampai aku tua. Gila, dah tua pakai MyVi. Ahhh, peduli apa. Aku punya duit kan. Aku yang bayar. Kau kisah apa.. Aku cakap camni bukan apa, ramai kata MyVi ni kereta untuk orang muda, kereta perempuan, dan macam-macam la lagi. Ada aku kisah...
Huhuhu~

3. Key Chain Bentuk Love



Ni gambar hiasan je. Huhuhu penting benda ni. Kenapa? Pemberian pertama ni. Pemberian pertama. Selalu bagi makan, makanan tu jadi darah/daging/bahan buangan (kahkahkah) Ni first time dapat barang. Jadi teramatlah sayang

4. Cincin



Penting jugak ni. Benda jarang dapat. Ko hari-hari dapat cincin ke? Aku tak, jadi aku sayang benda ni. Miahaha~ Cincin ni ada sentimental value. Lagipun cincin ni sesuai untuk penyamaran. Ha, dengan memakai cincin, aku lebih selamat kerana ramai lelaki beranggapan aku dah kahwin. So, peluang untuk mendengar ayat-ayat lelaki mengorat adalah sangat rendah.

5. Baju



Baju? Ha'ah, baju. Takda baju macam mana nak keluar rumah? Macam mana nak pergi kerja? Tutup pakai daun keladi? Mau miang satu badan gatal-gatal. Jadi, aku sangat sayang baju aku. Walaupun koleksi baju aku buruk dan hodoh serta ketinggalan zaman, aku tetap sayangkan mereka. (Ini bukan baju aku)

6. Dompet



Ini bukan dompet aku. Dompet aku murah je. Warna hitam, ada gambar teddy bear warna pink. Huhuhu~ sayang kerana ia adalah tempat menyimpan kekayaan aku. Kaya ke? Tak jugak. Sebab dalam dompet ni la aku simpan IC, lesen, duit, dan segala kad yang ada. Kalau dompet tak ada macam mana? Nak simpan dalam plastik sayur ke? See?? Penting kan? Sebab tu aku sayang.. Hehehe~

7. Rokok



Bukan untuk aku. Sebenarnya aku tak suka rokok. Apatah lagi asap rokok. Apatah lagi orang merokok depan aku. Lemas! Lemas! Kalau ada orang merokok depan aku, selamba je aku tutup hidung depan dia. Sambil buat muka kelat. Biar dia tau aku ni benci asap rokok.

Tapi.. Aku suka rokok sebab : Bau lelaki lepas merokok tu.

Bukan bau semua lelaki. Tapi bau lelaki 'tertentu' sahaja. Bau yang menarik kalbu ni mungkin bergantung kepada jenis rokok yang dia hisap. Well, kedengaran agak jalang?? Suka hati la ko nak cop apa. Ni blog aku.

8. Laptop



Arrrggghhh~ cantik laptop ni. Laptop aku biasa-biasa je. Tapi aku suka sangat. Sebab laptop tu banyak jasa kat aku. Untuk taip entry baru pun aku guna laptop dulu. Ada banyak gambar dalam tu. Nak harap simpan dalam handphone, alamat selalu hang la handphone aku.

Sekarang laptop aku lebih banyak terperuk je. Melainkan nak taip entry baru atau nak tengok movie. Edit-edit gambar pun boleh la. Zaman kegemilangan laptop aku adalah pada zaman aku buat tesis dulu. Memang on je 24 jam

9. Arnab dan Binatang Berbulu



Benda kah arnab itu? Kahkahkah kihkihkih kehkehkeh. Tapi aku sangat suka benda berbulu ni. Kecuali bulu dada. Hahahahaha.

10. TV Kecik



Bila semua orang sibuk, dan tak mahu layan aku. Aku cari TV la. Apa nak buat. Aku sayang ko TV. TV, ko lah segalanya. Muah~ Muah~ Muah~

Hahahaha~

Ok. Bye.

3 comments:

shark on 6 Mei 2011 12:04 PTG berkata...

cmbest lak dia punya cabaran nie..
gud luck untk 10 hari akan dtg..
akan follow up ler nk tgk:)

.m y z. on 6 Mei 2011 4:55 PTG berkata...

ewww dasyat betul dia ni kan. sanggup buat sampai macam tu.

Insan Biasa on 27 Mei 2011 4:06 PTG berkata...

teruskan2x.... :D

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez