Ahad, 5 September 2010

Dah Nak Raya Ke??

Posted by LeptoSpyra at Ahad, September 05, 2010


Makin nak raya makin takde mood la pulak.

Tak tahu pasal apa.

Macam takde makna je raya kali ni.

Tipu... tahun lepas pun takde makna.

Dah dua tahun aku tak membuat persiapan raya.

Maksud aku, persiapan diri sendiri.

Rakan sebaya sibuk mencari baju baru, kasut baru, tudung baru.

Tapi aku?

Aku sibuk mencari kekuatan diri.

.......

.......

(Penulisan terhenti seketika sambil mengelap air mata yang tumpah)

Control hana, mak dengan abah ada di sebelah.

Karang panjang pulak kena jawab.

I just missed her...

Maafkan diri ini...

Diri ini masih belum bersedia menatap pusara mu..

Biarlah doa ku utuskan dari kejauhan..

Buat yang membaca entry ini..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Maafkan segala salah & silap hamba selama 23 tahun hamba hidup di muka bumi Allah ini.

1 comments:

farah shamira on 5 September 2010 12:11 PTG berkata...

sabar ye hana.
doakan dari jauh dah baik dah..
janji kita ingat die. sampai mati

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez