Rabu, 30 Mac 2011

Dengar Sini, Bro!!!!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Mac 30, 2011
Bro, dengar sini!!!

Hati seorang wanita itu lembut.
Jangan bro kasarinya.



Seorang perempuan tetap akan menjadi seorang perempuan.
Mudah sensitif.
Hati lembut, jiwa lembut.
Tak kisah la kalau penampilan dia nampak macam seorang yang sempoi, ala-ala tomboi.
Nak-nak lagi kalau perempuan tu memang lembut personalitinya. Lagi la kena handle betul-betul.

Ayat tu jaga-jaga la sikit.
Jangan kasar.

Bro,
Kalau bro sayang dekat perempuan tu, bro cakap kasar ke dengan dia?

Pada aku la, lelaki bila cakap kasar dengan perempuan, maknanya dia anggap perempuan tu sama macam kawan-kawan lelaki dia yang lain.

Tak ada yang special tentang perempuan tu bila lelaki mula berkasar.

Gurau kasar, cakap kasar, ayat kasar.
Sama je taraf perempuan tu dengan kawan-kawan lelaki dia yang lain.

Betul tak?

Bro,
Kalau bro anggap si dia special, layan la si dia dengan layanan istimewa.
Bukan susah pun nak buat seorang perempuan rasa gembira.

Dan aku bukan bercakap kalau nak buat perempuan gembira, belikan dia jewellery, teddy bear, roses, coklat etc...

Tak payah tu semua!!! Tak payah!!!
Cukuplah kalau korang hargai dia, sementara dia masih 'ingin' bersama korang.

Kalau dia dah 'tak ingin' baru nak menyesal, tak guna la bro.
Mintak maaf la.
Bro kena cari lain la ye?

Tahu tak apa rasanya bila lelaki mula berkasar dengan perempuan?

Rasa macam lampu kaca di hempas ke lantai.
Pecah berderai.

Mungkin kacanya boleh di repair dengan plaster, tapi ia takkan menyala lagi.


5 comments:

Saya on 30 Mac 2011 9:31 PTG berkata...

hehe ye ke?

farah shamira on 31 Mac 2011 9:55 PG berkata...

whoa! jgm kasari kami! :D

gilaweb on 31 Mac 2011 8:09 PTG berkata...

cool patrick in live version

dyea irdina on 31 Mac 2011 10:18 PTG berkata...

akak punya impian nak ke pulau sipadan semporna sabah...tgh gigih kumpul dana ni..heheheh insyaallah mesti pergi

DaK CoMoT on 1 April 2011 4:53 PTG berkata...

perghhhh....suka gila entri neyh!! namo layan kami kasar2 bro!!hahaha

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez