Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 5 Disember 2010

Manusia Yang Boleh Berambus Jauh Dari Hidup Aku

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Disember 05, 2010


Peh, ganas tajuk. Aku benci orang-orang ini :

1. Perempuan yang datang surau, tapi memekak mengalahkan murai tercabut bulu.

Woi! Ko nak solat ke, nak gi bersuka ria. Aku betul-betul pissed off la dengan orang macam ni. Pagi borak, tengah hari borak, petang karang borak lagi. Dah la ko kerja 1 department. Hari-hari boleh jumpa. Tapi borak macam tiada hari esok.

Apa yang ko borak banyak sangat tu? Ok, ok, ko boleh borak. Ikut suka ko la. Tapi perlu ke sampai terpekik dalam surau? Ko tau tak suara ko tu kuat macam langsuir? Aku rasa surau laki kat sebelah pun tak tenteram dengar suara ko. Ko tak nampak ke aku tengah solat? Sikit punya tinggi badan aku, tak nampak lagi? Aku tertonggeng-tonggeng solat, ko tak nampak? Tak reti hormat langsung.

Aku tau aku muda remaja dari ko, wahai makcik-makcik. Tapi ko patut hormat aku. Bukan sebab umur, bukan sebab aku ada degree, bukan sebab apa. Tapi sebab aku tengah melakukan ibadah. Ibadah ye. Ibadah wajib. Pleaaasssssseeeeee!!!

Boleh ke aku kusyuk kalau aku duk dengar bebelan ko dan kumpulan ko? Kejap pasal makan, kejap pasal anak, kejap pasal laki. Pastu merungut itu, merungut ini. Woiiii!!! Aku tak perlu dengar tu semua la.

Ko rasa allah terima tak solat aku kalau aku melakukan pergerakan solat, tapi hati aku tengah memaki ko? Mengata ko, mengutuk ko.

Boleh tak ko dan kumpulan ko tu diam untuk 20 minit? Ok, ok, paling lama pun setengah jam la. Boleh tak? BOLEH  TAK?

Lama dah aku pendam ni. Ni dah meletup dah ni. Tapi aku meletup dalam blog je la. Depan ko, wahai mak cik and the geng, aku senyum je. Sebab aku HORMAT ko. Aku hormat ko bukan sebab apa pun, sebab ko tua dari aku je. Yang lain, aku tak hormat langsung.

Patut ke aku kunci surau time aku solat untuk mengelakkan murai-murai ni masuk dan membuat bising?

Masya allah, memang aku marah betul ni. Aku tak patut halang orang buat ibadah.. Sabar Hana, sabar

1 comments:

zumar on 5 Disember 2010 pada 12:22 PTG berkata...

fuiyooo...
hana tengah meletus...

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez