Selasa, 22 Februari 2011

Pizza Trebaik Dari Ladang

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Februari 22, 2011
Ini adalah pizza terbaru keluaran Domino’s.
Topping dia memang superb.
Berdebu beb!
Jangan tanya aku apa rasa dia.
Sebab ia bukan untuk dimakan.













Baiklah aku tipu.
Ini adalah moldy bread.
Nama kampungnya roti berkulat.

Bahan-bahan :
Roti gardenia expired
Udara lembap
Air
Beg plastik sayur

1.Ambil sekeping roti gardenia yang expired. Pastikan permukaan roti bebas
dari sebarang anasir mikroorganisma

2.Dedahkan roti tersebut di dalam persekitaran lembab. Contonhnya, kau pergi la letak roti tu atas pam tandas rumah kau.

3.Jangan lupa untuk menyiram permukaan roti dengan air. Untuk menambahkan tahap kelembapan

4.Biarkan selama beberapa hari sehingga sekumpulan kulat mula kelihatan di atas permukaan roti

5.Ambil beg plastik sayur dan isikan air sehingga membasahi plastik tersebut.

6.Letak roti tadi di dalam beg plastik dan ikat

7.Biar selama seminggu. Pada masa inilah koloni kulat tersebut akan berkembang dengan jayanya

Banyak ooo spora. Berdebu-debu. Aku nak potong pun kena buat dalam fume hood.
Ha la, karang tersedut spora dia, mau bercambah dalam paru-paru aku. Dah la sistem imun aku ni tak berapa ’cerdik’

Jangan buat jahat dengan aku, kalau tak nak air minuman korang dicemari spora.
Hahahahaha~

Ni untuk kelas BIO 119.

2 comments:

farah shamira on 22 Februari 2011 10:00 PTG berkata...

nmpak macam sedap je. hehe

Hana on 23 Februari 2011 8:38 PTG berkata...

agagaga~
nanti saya send kat awak ye =p

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez