Selasa, 25 Oktober 2011

Bekeng!!

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Oktober 25, 2011


Sangat bekeng…
Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan pada seseorang.
Aku tau la aku orang baru. Jangan ingat sebelum ni aku ada posting mana-mana ye? I am totally fresh. Jadi aku dahagakan ilmu.

Apa yang aku nampak hari ni, aku tak pernah nampak pada masa lalu. Kalau ada dulu pun masa praktikal dulu. That was 4 years back. Ko ingat tak apa yang ko belajar 4 tahun lepas? Samar-samar kan?

At first, memang BELIAU tak pandang aku langsung.. Yelah, ikan bilis je. BELIAU tu dah tahap otai. Bila bercakap pun tak pandang muka. Takpe, aku sabar dulu. Demi secebis ilmu.. Aku tahan dan sabar. Then aku terfikir jugak. Macam mana nak ambil hati BELIAU ni.

Masuk hari kedua, baru aku tahu. BELIAU bukan bekeng. Bukan sombong dan bukan garang. Cuma BELIAU mahu aku sendiri yang banyak bertanya. Cara paling senang nak buat, adalah memperbodohkan diri sendiri.

Maksudnya di sini, kita pura-pura bodoh. Apa benda yang kita tahu, kita buat-buat tak tahu. Kita tanya je semua benda. Then, bila BELIAU lihat yang kita ni bodoh, BELIAU akan rasa kasihan. Dan rasa tanggungjawab untuk mengajar tu datang.

Lepas tu, kalau kena marah, kena perli, senyum je. SENYUM! TAK PERLU KATA APA-APA!
Buat-buat bodoh je. Anggap je yang dia paling pandai. Tapi memang la dia lagi pandai. Otai tu, berapa tahun dah kerja. Aku ni...

Maka bermulalah episod baru. Sekarang BELIAU kurang bekeng dah. Alhamdulillah. Kalau tak, terketar jugak lutut tu. Pagi-pagi stress wooo nak masuk keje. Macam-macam dalam kepala ni duk fikir : Hari berapa kali la aku kena marah? Hari ni dia tengking aku kuat tak?

Hahahaha.. harap-harap BELIAU tak marah-marah lagi..

0 comments:

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez