Ahad, 11 April 2010

Seru dah sampai ke??

Posted by LeptoSpyra at Ahad, April 11, 2010


Assalamualaikum...

Sekadar luahan rasa... Sejak akhir-akhir ni, masa terlalu pantas berlalu. Pejam

celik, dah sampai ke hujung minggu. Tapi, walau macam mana sibuk pun, aku tetap tak

dapat lari daripada perasaan sunyi.. Hmm, terutama bila hujung minggu. Nak keluar,

kawan tak ada. Yelah, semua kawan-kawan sedang belajar. Final exam pulak tu. Takkan

la hamba nak kacau.

Nak buat apa hujung minggu? Masa bersama keluarga memang dah cukup. Terlebih dari

cukup. Nak bergurau senda dengan adik? Adik bujang aku tu? Ha.. nanti dia ingat aku

buang tabiat pulak.. huhu.. Dah nasib, adik beradik tak ramai.. Ni pun dah tinggal

dua orang je =(

Apa boleh buat... saat ni dapat la aku bayangkan betapa sunyinya hidup tanpa teman.

Kesunyian mencengkam. Lihatlah nabi Adam.. sedangkan baginda di syurga pun terasa

sunyi. Apa yang tak ada di syurga? Semua nikmat ada. Tapi nabi tetap berasa sunyi.

Maka, dengan kasih sayang Allah, maka diciptakan Hawa sebagai teman nabi Adam.

Aku percaya, Allah juga kasih pada diri aku.. Kalau tak, takkan sebegini banyak

rahmat yang DIA berikan pada aku. Rahmat kesihatan, rahmat keamanan.. Rezeki yang

boleh kata stabil la jugak.. Walaupun hidup cukup makan saja, AKU BERSYUKUR =)

Aku juga percaya, Allah sayang pada aku... Hambamu ini berharap ya Allah, agar kau

kurniakanlah aku jodoh secepat mungkin.. Berikanlah aku **teman yang mampu mengubat

kekosongan di dalam hati hamba Mu ini...

Aku serius ni!! Dah sampai seru agaknya.. hehehe..

**teman = jodoh = suami hehehe...

2 comments:

~farah on 30 April 2010 1:24 PTG berkata...

haha.
eh?eh?
hehe.
jemput tau! =)

Insan Biasa on 27 Mei 2011 3:56 PTG berkata...

ku seru nama mu ..... :P

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez