Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 7 Mei 2011

My First Time

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Mei 07, 2011



First time kemalangan memang sangat cuak okey!
Tambah pulak time tu aku drive sorang.
Pihak satu lagi tu pulak ada 3 orang. Tapi pemandu dia adalah cina okey. Cina.

Orang yang pertama aku call waktu tu adalah abah aku.
“Abah, Nana eksiden”
“Oooooooooo.... yeke?” (Ooooooo dia memang panjang dan suara agak sugul)
Selepas menceritakan butir-butir eksiden, abah pun kata
”Kalau nak report polis boleh. Tapi leceh sikit la. Lama”

Pengalaman aku buat report polis yang pertama : Perfect!!!
Siyes ni, perfect.

Aku pun pelik kanapa orang selalu anggap nak buat report polis selepas eksiden adalah sangat rumit dan leceh.

Tak leceh pun sebenarnya kalau ko faham prosedur dia. Even nak makan pun kena ada prosedur : Basuh tangan --> Duduk --> Baca bismillah --> Makan

Nak beyak pun ada prosedur kot!!

Aku bersyukur sebab guy yang langgar aku tu tak melarikan diri. Sebab aku memang tak tahu langsung jalan nak ke balai polis waktu tu.

Dia dengan baik hatinya suruh aku ikut belakang kereta dia. (baik kot, tapi dalam hati sure dia tengah maki aku)

Aku kata dia baik sebab dia tak lari. Itu sahaja. Yang lain-lain memang aku hangin jugaklah.

Sebab apa? Sebab dia berlagak nak mampus. Lepas eksiden, berhenti tepi jalan, tak habis-habis dia nak salahkan aku.

”You langgar saya” aku tak tau berapa kali dia sebut ayat tu. Setiap ayat dia mesti ada ”You langgar saya” cuba ko ulang ayat tu banyak kali. Memang hangin aku dengar.

Okey berbalik pada report, lepas sampai kat balai, tak payah susah-susah cari polis. Polis tu datang kat ko.

Polis tolong ko parking kereta. Ha.. leceh ke tak leceh? Baik ke tak baik? Kih kih, terima kasihlah... Macam tau tau je lutut aku tengah menggeletar.

Masuk balai, duduk, tunggu turn nak buat report. Time ni, apek tu buat report dulu.
Okey, yang ni memang sengal. Polis tu suruh aku gi kedai, fotostat sendiri IC dan lesen.
Ah sudah. Aku tanya dia :

“Mana nak fotostat?” (dah mula rasa leceh, tapi maintain sabar dulu)
“Awak nampak depan tu? Ada Esso kat situ, kedai gambar ada kat sebelah tu. Boleh fotostat kat situ. Bawak kereta, lepas tu park kat atas sana, saya nak amik gambar” kata beliau sambil menunjuk arah sekian-sekian.

Punya lah jauhhhhhh!!!!!!!!! Arggggghhhhhhhh. Aku jalan kaki je. Sebab jalan tengah sesak. Sebab ada stesen bas kat situ. Stesen bas okey, bukan perhentian bas. Memang bas dan kereta banyak sangat.

Lagipun aku dah tak berani nak bawak kereta time tu. Lutut menggeletar.

Pastu dah selesai, sampai turn aku buat report. Masuk je, dia mintak IC dan lesen ori aku. Selamba badak dia fotostat pakai mesin dalam tu.

Musibattttt!!!!! Dalam hati aku… apalah dosa aku sampai ko buli aku macam ni.
Musibat..musibat..musibat..

Ok, musibat terhenti di situ. Layanan memuaskan. Gambar kereta-kesan dari kemalangan pun dah diambil. Pukul 5 lebih aku masuk balai, keluar dalam pukul 7. Not bad la. Tak la seleceh yang aku bayangkan.

Lama sikit bukan sebab apa, kena cerita pasal butir-butir eksiden tu 2 kali. Dalam 2 bilik berlainan, dengan 2 orang yang berlainan. Aku pun tak pasti tu memang prosedur dia atau apa.

Cit chat punya cit chat, sarjan tu pun cakap : ”Saya dah saman dia” (cina itu)

Ahhh lega aku dengar. Aku syak sarjan tu asal Kedah sebab loghat dia memang pekat.
Nak je aku tanya : ”Sarjan, hang orang Kedah kaaa?” Nasib aku berjaya menahan diri.

Kahkahkah~

Rupanya masuk balai polis ni macam masuk pejabat pos je. Sebab tak la formal sangat. Aku je duk bayang lebih-lebih. First time la katakan. Nervous je lebih.

Layanan pun mesra.

Ini bukan entry bodek polis. Ada faham?

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

igtkn 1st time apa td. huhuhu suspen ja.
anyway, awk nsb bek kot sbb dpr lynn mesra dorg

hunybela berkata...

Uit hana..Mcm mn ko blh eksiden..Cer cite kat aku....Sape yg salah??Bl kejadian pahit tue blaku???

LeptoSpyra on 16 Mei 2011 pada 4:07 PTG berkata...

yunie,

aku telah dilanggar oleh keta feberet ko iaitu kenari.

mamat cina bawak. dia bawak aku g balai sebab dia igt dia betol kot.

Last2 aku menang kes ni. aku bolot claim dr insurans dia.

berlaku di bulatan depan INTI ni ha..

LeptoSpyra on 16 Mei 2011 pada 4:08 PTG berkata...

3 may hari tu. br lagi. tapi skrg keta dah cantik balik dah =)

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez