Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label kerjaya sucks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerjaya sucks. Papar semua catatan

Selasa, 25 Oktober 2011

Bekeng!!

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Oktober 25, 2011 0 comments


Sangat bekeng…
Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan pada seseorang.
Aku tau la aku orang baru. Jangan ingat sebelum ni aku ada posting mana-mana ye? I am totally fresh. Jadi aku dahagakan ilmu.

Apa yang aku nampak hari ni, aku tak pernah nampak pada masa lalu. Kalau ada dulu pun masa praktikal dulu. That was 4 years back. Ko ingat tak apa yang ko belajar 4 tahun lepas? Samar-samar kan?

At first, memang BELIAU tak pandang aku langsung.. Yelah, ikan bilis je. BELIAU tu dah tahap otai. Bila bercakap pun tak pandang muka. Takpe, aku sabar dulu. Demi secebis ilmu.. Aku tahan dan sabar. Then aku terfikir jugak. Macam mana nak ambil hati BELIAU ni.

Masuk hari kedua, baru aku tahu. BELIAU bukan bekeng. Bukan sombong dan bukan garang. Cuma BELIAU mahu aku sendiri yang banyak bertanya. Cara paling senang nak buat, adalah memperbodohkan diri sendiri.

Maksudnya di sini, kita pura-pura bodoh. Apa benda yang kita tahu, kita buat-buat tak tahu. Kita tanya je semua benda. Then, bila BELIAU lihat yang kita ni bodoh, BELIAU akan rasa kasihan. Dan rasa tanggungjawab untuk mengajar tu datang.

Lepas tu, kalau kena marah, kena perli, senyum je. SENYUM! TAK PERLU KATA APA-APA!
Buat-buat bodoh je. Anggap je yang dia paling pandai. Tapi memang la dia lagi pandai. Otai tu, berapa tahun dah kerja. Aku ni...

Maka bermulalah episod baru. Sekarang BELIAU kurang bekeng dah. Alhamdulillah. Kalau tak, terketar jugak lutut tu. Pagi-pagi stress wooo nak masuk keje. Macam-macam dalam kepala ni duk fikir : Hari berapa kali la aku kena marah? Hari ni dia tengking aku kuat tak?

Hahahaha.. harap-harap BELIAU tak marah-marah lagi..

Selasa, 12 Julai 2011

Tekanan

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Julai 12, 2011 6 comments



Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Gov buat kerja LEMBAP!

Tapi suruh lapor diri nak CEPAT!

MANGKUK!!!!!!!!!!!!!!!

2 Bulan Yang Bakal Menyesakkan

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Julai 12, 2011 6 comments
Salam..
Macam mana nak buat diri jadi lebih tenang?
Ada tak doa kasi segalanya berjalan dengan lancar dan mudah?

Aku bakal menghadapi 2 bulan yang sungguh menyesakkan nafas di dada.
Aku mungkin bakal kehilangan separuh dari duit yang aku kumpul selama ini.

Okey, aku terpaksa berangkat ke Pulau Pinang 18 Julai ni.
Honestly aku dapat kerja kat sana.
Masalahnya sekarang, company lama aku mintak 2 bulan notis berhenti.
That mean paling koman pun aku kena letak jawatan pada 11 September.
Sedangkan lapor diri 18 Julai.

Aku doa sangat orang Pulau Pinang tu baik hati bagi aku masuk kerja lepas raya.
Ya Allah, tolonglah..
Tolonglah permudahkan segala urusan hambaMu in Ya Allah..
Lembutkanlah hati mereka agar aku dapat tangguh dulu masuk kerja.

Kalau tak boleh tangguh, aku bakal berdepan dengan penalti company lama.
Tak cukup dua bulan notis means aku kena bayar 2 bulan gaji.
Sebulan gaji RM 1900.80
Kalau 2 bulan RM 3801.60
Parah...parah..

Bulan Ogos aku kena renew roadtax pulak.
Seribu lebih lagi.
Parah..parah..

Pastu kena servis kereta.
Mau 2 ratus jugak la.
Parah..parah..

Kira-kira balik, dalam 5K ke atas jugaklah bakal habis dama 2 bulan ni.
Sedihnya..

Duit mengalir macam air sungai.
Kalau mengalir masuk macam sungai tak apa.
Ni mengalir keluar macam sungai.
Masuknya lambat macam siput sedut.

Lagu ini sebagai pengubat hati.



So today were gonna
Take a time to show ya
The br- br- bright side of the dark side
Only think you oughta
No, you really gotta
See the br- br- bright side of the dark side
Ruby Gloom, Ruby Gloom...

Ya Allah, tolong tunjukkan aku "the bright side" daripada semua kejadian ini.

Khamis, 12 Mei 2011

Eksiden Kat Tempat Kerja Pulak!!!

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 12, 2011 9 comments


Okey, minggu ni memang busy sikit memandangkan ada exam A-level.

Jadi aku dan kawan-kawan memang bertungkus lumus menyediakan segala bahan-bahan untuk exam.

Dan semalam adalah kemuncak kepada segala kekalutan apabila aku kena simbah dek asid sulfurik. Yang concentrated punya. Asid pekat okey.



Macam ni lah lebih kurang botol yang jatuh semalam.

Tu lah hasil dia. Kain memang koyak rabak. Dan kaki aku ada kesan melecur dan terbakar sikit.

Paling pedih bila kain baju kurung aku cair, menitis & melekat kat betis kaki aku.

Gambar betis tak payah tunjuk okey? Aku lempang karang!!!

Nasib baik semalam aku pakai kasut bertutup dan stokin.

Kalau tak, mesti nampak daging dah kaki aku ni. Eh silap, nampak tulang. Maklumlah daging aku nipis je.

P/S : Bila lecturer halau ko balik sebab masuk lab pakai selipar, ko balik je la. Ada sebab kenapa lecturer buat macam tu.

Jumaat, 22 April 2011

E-mel Dari Jamaluddin Bahari : WTF, Makin Susah La Gamaknya

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 22, 2011 5 comments
Kopipes je dari inbox e-mel ku.

Sesiapa yang subscribe kerja kerajaan ni, confirm dapat e-mel ni jugak.



Salam hormat Hana,


Di pagi Jumaat ini, saya cuma ingin sampaikan satu
info.


Kini..


Kaedah pengambilan yang dijalankan SPA telah berubah.
Dahulu, calon yang layak akan terus dipanggil temuduga.
Kini dah berubah secara beransur-ansur....


Proses saringan dilakukan oleh SPA seperti di bawah:


1. Tapisan Awal
===============
- calon yang mendaftar online ditapis samada
penuhi syarat atau tidak.


2. Peperiksaan
===============
- calon dinilai pengetahuan am, pengetahuan
bidang, kemahiran bahasa dll. Ujian SAHSIAH
dan MINAT juga diadakan.


3. Penilaian Kompetensi
========================
- Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi
calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge
(ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon.


4. Temuduga
=============
- Uji kesesuaian dan perwatakan calon.


Ini bermula dengan pengambilan jawatan pengurusan
dan professional - Gred 41. Mereka akan lalui
4 peringkat penilaian ini. Ianya dilakukan secara
berperingkat bagi semua jawatan Gred 41.


Dan bermula 2012, ianya akan digunapakai dalam
pengambilan jawatan sokongan iaitu gred 29 ke bawah.


Hana boleh tahu lebih detail lagi di link
di bawah:
http://www.kerja-kerajaan.com/blog/umum/kaedah-pengambilan-kakitangan-awam-di-spa/



Sekian info dari saya.



Daripada,
JaMaL
admin kerja-kerajaan.com

Punya la susah nak dapat kerja kerajaan, tapi apasal orang yang dah diterima sebagai kakitangan kerajaan, aku tengok kerjanya lebih kurang je?

Bukan semua, okey?

Tapi segelintir. Nak angkat phone pun malas.

Susah la macam ni. Tak tahu bersyukur punya manusia.

Isnin, 28 Mac 2011

Aku Kerja Lab Je Laaaaa~

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mac 28, 2011 7 comments
Salam.

Ada kawan blogger tanya : Cik Hana ni kerja apa ya?

Jawapan : Aku kerja lab.










































Ni semua bukti aku kerja lab.

Lagi satu. Aku lulusan Mikrobiologi.

Bukan Mass Communication.

Adoi jauh menyimpang wey.

Sedap kau je kata aku amik mass comm.

Putus urat perut aku gelak hari tu.

Takpe dik, akak maafkan kau.

Boleh dia kata muka aku ala-ala budak mass comm.



Ko tengok gambar ni memang la macam budak mass comm


Cuba tengok gambar ni, memang microbian sejati. Spek tebal gitu.
Hahahahaha~

Selasa, 22 Februari 2011

Pizza Trebaik Dari Ladang

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Februari 22, 2011 2 comments
Ini adalah pizza terbaru keluaran Domino’s.
Topping dia memang superb.
Berdebu beb!
Jangan tanya aku apa rasa dia.
Sebab ia bukan untuk dimakan.













Baiklah aku tipu.
Ini adalah moldy bread.
Nama kampungnya roti berkulat.

Bahan-bahan :
Roti gardenia expired
Udara lembap
Air
Beg plastik sayur

1.Ambil sekeping roti gardenia yang expired. Pastikan permukaan roti bebas
dari sebarang anasir mikroorganisma

2.Dedahkan roti tersebut di dalam persekitaran lembab. Contonhnya, kau pergi la letak roti tu atas pam tandas rumah kau.

3.Jangan lupa untuk menyiram permukaan roti dengan air. Untuk menambahkan tahap kelembapan

4.Biarkan selama beberapa hari sehingga sekumpulan kulat mula kelihatan di atas permukaan roti

5.Ambil beg plastik sayur dan isikan air sehingga membasahi plastik tersebut.

6.Letak roti tadi di dalam beg plastik dan ikat

7.Biar selama seminggu. Pada masa inilah koloni kulat tersebut akan berkembang dengan jayanya

Banyak ooo spora. Berdebu-debu. Aku nak potong pun kena buat dalam fume hood.
Ha la, karang tersedut spora dia, mau bercambah dalam paru-paru aku. Dah la sistem imun aku ni tak berapa ’cerdik’

Jangan buat jahat dengan aku, kalau tak nak air minuman korang dicemari spora.
Hahahahaha~

Ni untuk kelas BIO 119.

Jumaat, 28 Januari 2011

Nak Muntah !!!!

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Januari 28, 2011 2 comments
Aku betul-betul dah penat dangan semua ni
























http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez