Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label diri aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diri aku. Papar semua catatan

Khamis, 16 Ogos 2012

Missing Me? Update Diri Yang Dah Lama Menghilang

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Ogos 16, 2012 1 comments
Assalamualaikum..


Kepada sahabat-sahabatku.. Terima kasih coz sudi jenguk blog ni.
Dah lama kot aku menghilang.
Aku notice yang follower dah berkurang. Yelah blog lama tak ber-update, siapa nak follow kan?

Update yang pertama..

AKU DAH KAWIN.
Tanggal 1 Jun 2012, dengan 2 kali lafaz (laki aku nervous), aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang sangat aku cinta & sayang.


Abaikan muka aku yang berlengas tu...
Terima ksih pada tetamu yang hadir.


Update kedua..

Aku STRESS.
Hari tu aku muntah kat office.
Semua ingat aku pregnant.
Sekarang dorang duk tanya : Dah ada isi ke?
And the same question again and again....................................




Isi apa? Isi hati? Isi perut?
Aduiyai.. Sabar la beb! Dah la aku duk jauh dengan laki aku.
Sorang Terengganu, sorang Penang..
Ko nak expect aku pregnant cepat ke?
Daripada ko duk tanya-tanya tu, baik ko doakan aku.
Tak gitu??


Update ketiga..

Aku dah sampai rumah.. Negeri Sembilan.
Aku drive dari Penang ke sini selama 5 jam seorang diri.
Waaaa satu pencapaian buat aku.
Mak abah terbeliak biji mata sebab aku sampai lebih awal dari jangkaan dorang.

Dont worry Ma, Pa (cewahhh) saman speed trap nanti Nana bayar ye?
Muahahahahaha~


Update keempat..

STRESS lagi. Ahhhh~ manjang stress la ko ni Hana.
Stress sebab laki aku tak balik raya lagi.
Jadi aku keseorangan.
Harap-harap beliau berjaya menceluskan diri pada malam raya.
Amik off ye? Simpan off menimbun tu buat apa???
Harap-harap pagi raya ni dapat salam dan cium tangan suami..
Huhuhu barulah feel kali pertama beraya sebagai suami isteri.
Tak gitu?


Update kelima..

Ni saja nak bagi tau..
Aku suka pakai jeans lelaki.
Kalau nak beli jeans, aku selalu search kat bahagian jeans lelaki.
Senang nak cari..
Lepas tu jeans dia tak low cut..
Pinggang bukan bawah pusat.
Kalau jeans perempuan, banyak yang low cut..
Rasa macam nak terlondeh..

Lagi satu jeans lelaki sesuai dengan ketinggian aku.
Tak payah tawaf 1 kedai tu.
Hahahahaha~

Itu sahaja.. Sekian terima kasih..

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin. Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

P/s : Raya tahun ni tak banyak iklan touching-touching kan?


Ahad, 19 Februari 2012

Bersediakah Aku?

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Februari 19, 2012 3 comments
Assalamualaikum..

Lama rasanya tak membebel dalam blog sendiri. Huhuhu~
Harap pembaca blog ni taklah bosan membaca. Terutama sekali Ayuni.
Ko kata ko rindu aku kan?
Nah, bacalah puas-puas.

Aku sekarang dah tak boleh nak kerap update blog macam dulu.
Sebab pertama aku sibuk dah sekarang. Kat lab tak boleh main internet.
Kena block kot. Lagipun aku duduk sebilik dengan senior microbiologist.
Sekali dia jeling aku, aku boleh pengsan!

Sebab yang kedua, aku tak tau nak update apa. Life aku dah jadi bosan duk kat rumah flat ni. Jiran-jiran aku pulak jenis bangsa yang tak reti tutup pintu. Asal aku keluar je, mesti nampak segala isi rumah depan ni. Yang lelakinya bertelanjang tak pakai baju. Yang perempuannya sedang sibuk menumbuk cili dengan lesung batu. Meh aku check tombol pintu rumah korang, rosak ke??

*************************************************************************************

Aku telah membuktikan bahawa aku mampu hidup sendirian di Penang. Ye, memang aku mampu. So sesiapa yang pernah kutuk aku dulu, sila buntangkan mata anda. Bukan nak cakap besar, aku akui memang ada kesukaran, tapi aku berjaya.

Ceritanya begini. Sedang elok aku dan abah aku hidup bahagia di Penang, tiba-tiba kami mendapat panggilan telefon yang mengatakan makcik aku sedang kritikal di Hospital Ampang. Lalu ayahku pulang ke Seremban meninggalkan anaknya di sini.

Tak lama selepas tu, makcik aku dijemput ilahi. Tapi, satu lagi berita sedih datang. Pak long aku pula sedang nazak di Hospital Seremban. Maka bertambah lamalah abah meninggalkan anaknya sendirian di Penang.

Kini, kedua-dua Makcik dan Pak Long aku dah kembali ke rahmatullah. Abah pun dah balik semula ke pangkuanku... Dengan attitude yang sama, abah masih nak teman aku di sini. Terima kasihlah abah.. Kasihmu ke syurga. Sob..sob..sob..

*************************************************************************************

Sekarang ni persiapan aku untuk menjadi halal kepada seorang lelaki masih lagi berjalan. Arrrrggghhhh~ serabut meh!

Kesian mak aku kat rumah. Mesti dia lagi serabut.

Since ini adalah langkah pertama aku, aku masih buntu nak tentukan pilihan terbaik. Woi! Bukan pilihan bakal suami. Tapi pilihan pakej-pakej perkahwinan la!! Bakal suami aku dah pilih awal-awal dah. Hahahaha~

Aku rasa semua mahal. Takkan aku yang kedekut kot?
Kalau boleh, aku nak cut bajet.
Tapi aku tak tau nak cut tang mana.
Patutkah aku cut baju? Dan bersanding menggunakan T-shirt?
Ataupun aku cut lauk kenduri? Dan membiarkan tetamuku lapar?
Aisyyy!!
Dan, apasal wedding photographer sangat mahal?
Amik gambar je kan?????
Hahahaha~
Ok, aku kedekut. Tapi, kedekut bertempat. Huhuhuhu!

*************************************************************************************

Aku ada peristiwa yang memalukan nak dikongsi.
Tapi patut ke aku kongsi?
Merah muka kot kalau ingat balik.
Setakat ni, hanya 3 orang je yang tahu kejadian ni.
Aku, orang itu, dan En. H.
Hahahahaha~ habis kena gelak.
Sesuatu yang buat aku fobia nak sidai cadar.

Sekian buat kali ini.
Ada masa, aku bebel lagi ye.

Nak mintak tolong sikit boleh?
Tolong sedekahkan al-fatihah buat kedua-dua arwah makcik dan paklong aku ye?
Terima kasih..
*wink*wink*

Isnin, 23 Januari 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Januari 23, 2012 4 comments
Salam. Maaflah kepada pembaca lama menunggu post baru dari aku. Terutama sekali kepada sahabat baikku Pn X dan En Y. Bukan aku tak nak update, banyak benda yang aku nak cerita. Tapi memandangkan line internet yang macam panggam (gampang), niat suci aku wajiblah ditangguh dahulu.

Keseriusan hidup aku bermula apabila aku difitnah oleh seorang Pak Aji di tempat kerja aku. Come on Pak Aji, be matured! Takkan benda kecik pun ko nak buat fitnah pasal aku. Aji, Aji, Aji... cantik kopiah ko. Putih bak salju. Namun itu tak menjamin keputihan hati ko.

Tak payahlah aku cerita fitnah apa yang dia buat. Korang akan gelak terguling-guling nanti. It’s really a small matter. Tapi itu Aji sudah putar belit cerita asal menjadikannya sebagai epik terulung abad ini.

Bila aku cerita pada En Tunang, beliau marah aku. Aku pun tak tahu kenapa. Layan je lah! Ingatkan saja nak menggedik, alih-alih aku pulak kena marah. Kih kih kih sabar jelah.

***********************************************************************

Aku sedih sebab hari ni aku kena marah lagi. Kali ni dengan Pak Lang aku. Dia marah sebab abah aku duk tunggu aku kat Penang. Sedih gila.

Bukan pintaku nak menyusahkan semua orang, tapi percayalah.. Dah berbuih mulut aku suruh abah balik. Tapi dia yang nak teman aku. Aku tak tahu pasal apa. Aku boleh hidup sendiri. Aku tak kisah. Susah mana pun kehidupan kat Penang tu, kalau terdesak, lama-lama kita akan cari jalan sendiri untuk survive.

Tapi abah aku ni lain. Nak jugak teman. Dia tak tahu aku malu. Sebab orang judge aku sebagai anak manja la. Anak bapak la. Kerja pegawai, umur 25 tapi still celah ketiak bapak. Ingat aku tak stress ke? Ko ingat aku suka sangat ke nak menyusahkan abah aku? Tu orang-orang kat lab tu.. Tak sanggup la aku nak dengar dorang duk perli aku.

”Ai, duk ngan abah lagi ke?”
”Ooo abah duk sini lagi ke?”
”Dah follow up ke kat kuarters?”
“Ko ni tak da effort ke nak berdikari?”

Lebih kurang begitulah ayat-ayat sembilu. Memang menghiris perasaan.

Aku ni manusia biasa. Aku try sekadar yang termampu. Kalau tiap-tiap hari aku follow up kuarters, duk sembah kaki pegawai perumahan tu, kalau still tak ada kosong nak buat macam mana?

Yang baik, memang baik. Tapi ada certain tu, memang macam duri dalam daging. Gunting dalam lipatan. Telur dalam mee. Haa kan dah mengarut dah.
Sakit hati aku tau.


***********************************************************************

Sekarang ni aku letih sangat. Semalam aku keluar berjemur bawah matahari semata-mata nak cari kedai fotostat. Aku yang duk TTJ ni boleh sampai ke Seremban Jaya sebab nak cari mesin fotostat.

Boleh pulak kan nak fotostat dokumen penting, tengok-tengok semua kedai tutup. Memang rasa nak nagis kat tepi koridor tu semalam. Kah kah kah.

Panas woo semalam. Aku ni dah la tak boleh kena panas. Sekarang terimalah padahnya. Rasa nak demam. Badan letih-letih. Sendi dan otot pun meragam dah. Ditambah pula dengan sakit tekak dan batuk (sebab overdose limau)

Besok nak drive balik Penang pulak. Haisyhhh~

Cukuplah membebel. Asyik mengeluh je aku ni. Blog je la tempat aku mengeluh. Nak mengeluh depan orang, nanti kena marah pulak. Baik aku taip je.

Semoga aku lebih tabah menghadapi dugaan hidup.
Kepada En Tunang, saya sayang kamu~

Jumaat, 4 November 2011

Tally

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, November 04, 2011 1 comments
Salam Aidiladha!!!

Sekarang aku baru je menjejakkan kaki ke rumah.
Seremban la, mana lagi. Tak senonoh punya perangai. Sampai-sampai terus online. Bukan nak mandi ke, makan ke. Hahahaha~ anak siapa lah ni.

Aduh, perjalanan dari Penang ke Negeri Sembilan hari ni memakan masa selama 6jam. Lama tu. Selalu 5jam dah boleh sampai. Mana taknya, highway sesak. Semua nak balik kampung sempena raya haji ni. Tu belum kira lagi accident. Huh! Melecet badan aku duduk dalam kereta lama-lama.

Abah pulak tak bagi aku drive, bertambah bosan aku dibuatnya. Ala, tau dah. Abah tak bagi aku drive sebab takut kena saman lagi. Hahaha~ anak dara dia ni suka bawak laju-laju. Tak mainlah bawak slow-slow, orang tua je bawak slow. Kah~ kah~ kah~

Sebelum balik kerja tadi, aku mendapat kabar yang tak berapa gembira...
Nawwal, aku luahkan kat sini je lah. Walaupun ko jarang-jarang bukak blog aku ni.

Nawwal,12/11/11 ni sempena perkahwinan ko, aku terpaksa bekerja, sayang.
Aku terpaksa! Aku terpaksa sebab on-call. Tu la ko! Pilih tarikh kahwin tak tally dengan jadual kerja aku. Huhuhuh~ maaf lah ye Nawwal.

Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi memandangkan aku belum mandi....
Aku nak... CABUUTTTTTTTTTTTTTTTTTT~~

Bye!

Selasa, 18 Oktober 2011

I'm Back And Enggaged

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Oktober 18, 2011 12 comments
Assalamualaikum...

Dengan adanya berukband, insya allah aku akan kembali aktif tulis blog.

Sekarang aku baru sahaja menjejakkan kaki di Pulau Pinang yang 'tercinta' selepas bercuti panjang.

Panjang ke? Rasa macam tak puas pun. Aaaaa kenapakah cuti ini harus tamat?
Orang tengah rasa bahagia, tiba-tiba cuti habis pulak.

Tak apa. Selepas ini aku akan kembali fokus kepada kerja aku sebagai Pegawai Sains.

Last sebagai penutup :



Terima kasih kepada sesiapa yang sudi hadir dan memeriahkan majlis. To all my friends, thanks sebab datang dan menghilangkan nervous aku ni.

p/s : spoil betullah dua budak kecik kat belakang tu

Rabu, 20 Julai 2011

Wordless Wednesday : Sedang Menunggu

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Julai 20, 2011 6 comments




Jumaat, 15 Julai 2011

Cari Duit Lebih

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Julai 15, 2011 3 comments
Memandangkan ekonomi aku sejak akhir-akhir ni meleset teruk, aku decide nak cari duit lebih sikit.

Bolehlah..

Kerja part time je. Kalau full time, kerja aku kat INTI macam mana pulak kan?

Jeng..Jeng..Jeng..



Boleh la..

Nak buat sara hidup..

Ahakkk~~

Setakat ni aku ada buat kontrak dengan syarikat cari gali minyak.

Rumah sewa pun banyak..

Yang bestnya, duit kutip setiap jam wo!!

Tanam jagung, 5 minit dah boleh jual..

Tanam nenas hari ni, esok dapat duit dah.

Alhamdulillah.. Kilang kayu aku pun maju jugak.

Bukan sikit pokok balak yang kilang aku proses.

Semua projek perumahan aku, kayu-kayu dia semua ambik dari kilang aku je..

Jimat sikit. Bukan apa, kalau beli dari kilang lain, for sure mahal kan..


P/S : Kalaulah duit-duit dalam ni boleh di cash out!!! Dah tentu aku kaya!!!

Selasa, 12 Julai 2011

2 Bulan Yang Bakal Menyesakkan

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Julai 12, 2011 6 comments
Salam..
Macam mana nak buat diri jadi lebih tenang?
Ada tak doa kasi segalanya berjalan dengan lancar dan mudah?

Aku bakal menghadapi 2 bulan yang sungguh menyesakkan nafas di dada.
Aku mungkin bakal kehilangan separuh dari duit yang aku kumpul selama ini.

Okey, aku terpaksa berangkat ke Pulau Pinang 18 Julai ni.
Honestly aku dapat kerja kat sana.
Masalahnya sekarang, company lama aku mintak 2 bulan notis berhenti.
That mean paling koman pun aku kena letak jawatan pada 11 September.
Sedangkan lapor diri 18 Julai.

Aku doa sangat orang Pulau Pinang tu baik hati bagi aku masuk kerja lepas raya.
Ya Allah, tolonglah..
Tolonglah permudahkan segala urusan hambaMu in Ya Allah..
Lembutkanlah hati mereka agar aku dapat tangguh dulu masuk kerja.

Kalau tak boleh tangguh, aku bakal berdepan dengan penalti company lama.
Tak cukup dua bulan notis means aku kena bayar 2 bulan gaji.
Sebulan gaji RM 1900.80
Kalau 2 bulan RM 3801.60
Parah...parah..

Bulan Ogos aku kena renew roadtax pulak.
Seribu lebih lagi.
Parah..parah..

Pastu kena servis kereta.
Mau 2 ratus jugak la.
Parah..parah..

Kira-kira balik, dalam 5K ke atas jugaklah bakal habis dama 2 bulan ni.
Sedihnya..

Duit mengalir macam air sungai.
Kalau mengalir masuk macam sungai tak apa.
Ni mengalir keluar macam sungai.
Masuknya lambat macam siput sedut.

Lagu ini sebagai pengubat hati.



So today were gonna
Take a time to show ya
The br- br- bright side of the dark side
Only think you oughta
No, you really gotta
See the br- br- bright side of the dark side
Ruby Gloom, Ruby Gloom...

Ya Allah, tolong tunjukkan aku "the bright side" daripada semua kejadian ini.

Ahad, 10 Julai 2011

Luahan Hati. Tak Payah Baca Pun Takpe....

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Julai 10, 2011 2 comments
Nampaknya Jeng Jeng Jeng yang ni lambat lagi akan berlaku.
Tapi Jeng Jeng Jeng lain pula akan muncul.
Jeng Jeng Jeng yang pertama mungkin tertangguh sebab Jeng Jeng Jeng kedua tiba-tiba datang dalam hidup aku.

Luahan :

(1)



Arghhh~ aku letih la.
Dorang ni nak cepat, tapi buat kerja lambat.
Effect kat aku jugak!
Ko lambat, tapi suruh aku cepat.
Aku pun ada benda lain jugak nak buat.
Banyak benda aku nak selesaikan.
Kerja aku lagi.
Hospital lagi.
Nanti aku kena minta surat rujukan hospital lagi.
Sedangkan next appointment aku adalah 21 Julai.
Tekanan!!!!!
Mental aku! Nampak je macam ok. Dalam otak serabut macam penggosok kuali.



(2)



Aku sakit hati ni.
Nampaknya semua orang tak sabar nak suruh aku pergi.
Hari-hari bukak cerita pasal ******
Rancang itu, rancang ini..
Aduh... bagilah aku masa berfikir dulu.
Jangan desak-desak.
Cuba dengar pendapat aku pulak.
Bagi peluang aku buat keputusan sendiri.



(3)



Tadi pagi aku buat medical check-up.
Kat tempat swasta. Kerajaan punya lambat.
Bayar RM80.
Doktor macam hampagas.
Ujian buat cikai-cikai je.
Agak-agak la nak telan duit aku pun.
Aku rasa dia lelap mata je time isi borang check-up aku tu.
Takut jugak aku kalau laporan tu tak valid.
Ah! Lantak la kau!
Hah! Biar aku dedahkan..
Doktor tu Graduate IMU.
Patutlah...



(4)



Aku rasa teruk sangat sebab tak datang wedding kawan sekolah dulu.
Maaflah wei. Aku buat medical check-up tadi.
Lepas tu aku pergi pesuruhjaya sumpah.
Tak sempat nak datang wedding ko.
Sebenarnya sempat je kalau aku pergi terus rumah ko tu.
Tapi aku segan nak datang wedding ko dengan pakai baju kemeja.
Siap berlengas lagi.
Segan aku nak datang sana busuk-busuk.
Akhirnya aku pergi kenduri depan rumah aku je.



(5)



Aku marah sangat dengan budak yang main dengan arnab aku tadi.
Begini, depan rumah aku ada orang kawin.
Tetamu kat situ semua gayat tak pernah tengok arnab.
Semua budak-budak duk kerumun rumah arnab aku.
Habis arnab aku dorang buat main.
Huaaaa~~~ aku tengok ada sekor dah monyok je dalam tu.
Mesti sakit sebab budak-budak tu kerjakan.
Tsskkk....Tsskkkk... (T_T)



(6)



Aku suka.
Sebab ada orang tu panggil aku tiny bone.
Macam comel je nama tu.
Hahahahaha~
Tiny Bone..

Rabu, 6 Julai 2011

Nak Rembat Siapa Ye?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Julai 06, 2011 3 comments


Sekapur sireh seulas pinang,
Semekar senyuman seikhlas hati,
Dengan rasa kesyukuran kami mengundang Tuan/Puan/Encik/Cik

"NANA & PASANGAN"


Wahahahaha~ aku nak paksa siapa jadi pasangan aku ni??

Zurai.. boleh tak ko tolong aku..

Tolongla..

Tolong..

TOLONG JANGAN KAWIN DULU!!

Kasi majlis aku langsung dulu, aci tak?? http://www.emocutez.com

Apa-apa pun, tahniah la wey..

Jumaat, 1 Julai 2011

2 Kes Bongok Serentak

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Julai 01, 2011 4 comments
Aku Bukan Seorang Pengguna Bijak..

Sadisnya hari ni.. 30 Jun 2011. Aku telah berjaya memokaikan diri sendiri.
Dek kerana tahap kerabunan yang melampau, RM 870 terbang. Spek mahal tu. Dah tu apa nak buat lagi.. Power naik mencanak.



Ikutkan spek aku ni tebal ni. Tapi nak nipiskan punya pasal, aku bayar je la buat kasi nipis. Kalau aku boleh rawat sendiri penyakit rabun ni, dah lama aku buat. Tak payah tempah spek mata.

Amik garam, gula, kunyit, tonyoh kat mata. BLINGGGG~ Mata ibarat dilahirkan semula. BONGOK!!!

Sakit hati bertambah bila balik tu. Ada orang membebel betapa aku bukan seorang yang pandai berbelanja..

Siap gelakkan aku sambil kata : Hahahaha... Blanja kne bijak .....

Nasib dalam SMS je dia gelak. Kalau depan-depan, aku tak tau apa jadi kat dia.
Tau-tau esok keluar berita muka depan Hariam(haram) Metroll

Arggghhhh~ dah tu nak pulangkan balik spek ni ke? Semudah itu?

Betul ke kalau buat spek kat luar lagi murah berbanding buat kat dalam??

Okey contoh : Ada Focus Point. Satu kat dalam Giant, satu kat luar Giant.

Betul ke kalau buat kat kedai Focus Point LUAR Giant adalah lebih murah berbanding buat kat Focus Point DALAM Giant??

Ada sesiapa boleh sahkan? Itupun kalau ada orang baca entry cabuk aku ni..

Lagi sakit hati bila nampak 2 kad. Ayat seribu dinar dengan ayat kursi. Wait! Dont get me wrong. Bukan aku benci sesuatu yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Tapi....

Lepas aku keluar dari Giant, menuju ke parkir, ada seorang umat manusia mengekori aku..

Dia panggil aku

“ka...ka...ka..”

Korang boleh agak dia orang mana kan?
Aku nampak dia pegang barang. SAH! Nak jual barang dengan aku.

Laju-laju aku jerit kat dia

”TAK NAK” (jerit sebab dia di seberang jalan. Bukan sebab aku monster)

Pastu dia cakap

”Saya nak bagi saja...”

Aku geleng dan terus melangkah.
Boleh dia ikut aku sampai kereta.

BushidoMaster betul!! Dah dekat dengan aku, mula dia membebel...
Dia hulur kad 2 keping. Ayat kursi dan ayat seribu dinar.

Aku amik la. Sebab tadi awal-awal dia kata nak bagi sahaja kan?
Tanpa aku perlu bayar!!

”Ka, Pakistan lagi banjir. Perlu derma bagi beli selimut”

SELIMUT!!!

Aku malas nak dengar dia bebel panjang.. Aku hulur not RM10..
Boleh pulak dia kata

”Ka, mau beli selimut 19 ringgit 90 sen. All muslim bagi ini..”

Sambil menunjuk sekepuk duit. Mostly not RM10

Aku tanya dia

”RM10 sahaja tak boleh ke?”

Dia balas

”Selimut harga 19 ringgit 90 sen”

BINGKAI UBI betul... Dari aku ikhlas nak bagi RM10, dia mintak RM20 pulak.

Dah lepas tu dia desak lagi. Aku ni malas nak layan panjang-panjang, aku bagi je la lagi RM10.

Damn.. RM20 dah lepas kat umat tu.
Lepas happy dapat duit, mula la dia mendoakan aku macam-macam.
Bagi sesiapa yang pernah terkena, korang tau la macam mana kan.

Damn. Aku ikhlas bagi RM10 je. Lagi RM10 tu aku tak ikhlas. Ko yang paksa aku.
Aku pun tak pasti ko nak beli selimut ke, atau memang saja nak pau duit aku.

Aku tau muka aku innocent dan baik(hahahahaha) sebab tu ko suka mintak duit kat aku.
Dalam seminggu, dua kali aku kena. Dua kali aku pergi Giant, dua kali aku kena pau.Geng ko jugak kot.

Hari tu aku ’BELI’ surah yasin dan ’kotak-kotak’
’BELI’ secara IKHLAS.
Nasib share 2 orang dengan Faizah. Kurang sikit BEBAN.

Duh!!! Aku bukan kaya. Sekali sekala tak apa. Ni banyak kali.
Mau je aku panggil Mazidul Akmal Sidek buat kerja kat situ.
Baru ’bersih’ sikit kot kawasan tu.

BONGOK 1- Beli spek harga sama dengan gaji sebulan pekerja kilang

BONGOK 2- Kena pau seminggu dua kali sambil ’TERBELI’ ayat kursi, ayat seribu dinar, surah yasin, dan kotak-kotak






Terima kasey!!!

Selasa, 28 Jun 2011

Ku Menunggu .......

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Jun 28, 2011 1 comments
Arrrggggghhhhhhhhh....

Penantian satu penyeksaan.

Jadi ke tak jadi ni?

Tak jadi, habaq awal-awal.

At least aku tak mengharap sangat.

Banyak tu nak kena siapkan.

MODE : Stress tahap gaban (tapi buat-buat cool) http://www.emocutez.com

Current activity :

Bersantai di rumah.. Hari ni aku cuti secara illegal. Hisyyy... Ini rahsia kita.

Gila aku nak pergi kerja dengan suasana sunyi macam tu.

Labmate telah terbang ke Sabah & Sarawak untuk bercuti.

Takkan la aku yang jarak 'kampung' hanya sekangkang kera kena pergi kerja pulak kan?

Ini tak adil. Hahahaha~

Tujuan utama lari (bercuti) :

Mengelakkan diri dengan jayanya daripada meeting.

Seriously meeting tu damn boring http://www.emocutez.com

Mana aku tau? Cit, from previous meeting la. From previous meeting aku dah boleh agak meeting hari ni memang boring.

Anyway, siapa yang suka meeting kan? Lainlah kalau datang meeting dapat hadiah snack plate KFC. Hahaha~

HOLD on.. aku diburu rasa bersalah kerana CTA (cuti tanpa izin)

MAKA ....



Hari ni cuti, hari ni apply. Apply pukul 2 lebih pulak tu.
REMARKS : Emergency <-- tak menahan!!

Jangan jadi macam aku.

Kerjalah dengan berdedikasi!!

Ya Allah, ampunkan aku.

Bos, I manyak soli arrr...

Sabtu, 25 Jun 2011

Teman Hujung Minggu : Baju Melayu Hijau Serindit

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Jun 25, 2011 1 comments



(I)

Hidup seorg Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).


Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?


"Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."


(II)

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!


"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."


Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah.


Baru baca prolog.

Macam best!

Tak sabar nak selak the next 430 pages!!

Hahaha~ sebenarnya aku jarang beli novel. Aku lebih banyak beli buku motivasi.

Tapi semalam 'tersambar' pulak novel ni.

Popular dekat 9Avenue Nilai baru bukak. So, ada diskaun sempena grand opening.

Harga asal RM19.00 tapi dapat beli dengan harga RM15.50 berbaloi-baloi.

Nampaknya aku akan memburu novel Jemari Seni pulak lepas ni..

Jumaat, 24 Jun 2011

Makna Ketenangan

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 24, 2011 3 comments



1. Memandu di lebuhraya pada kelajuan 100km/j

2. Memandu di jalan kampung dengan kelajuan 60km/j

Aaaaaaa~ sangat menenangkan!!

Cubalah!

Seronok sebenarnya memandu ni. At least bagi aku la.

Untuk orang yang jarang keluar macam aku, for sure teruja bila kadang-kadang dapat tengok dunia luar..

Cit! Dunia luar bagi aku adalah highway dan jalan lama Labu..

Tu je nak cakap..

Bye!

http://www.emocutez.com

Rabu, 22 Jun 2011

Wordless Wednesday : GUILT

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 22, 2011 0 comments








...

...

Ahad, 19 Jun 2011

Jeng..Jeng..Jeng..

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 19, 2011 4 comments
Nantikan ....

Doakan semuanya berjalan lancar ye?

Terima kasih..

Bila dah selesai, aku akan bagitau berita gembira ini..

Doakan ye???

Doakan ye???

Doakan ye???

Doakan ye???

DOAKAN YE???

Ko nak doakan ke tidak?

Baik ko doakan!!! Kalau tak ............... http://www.emocutez.com

Ahad, 12 Jun 2011

Selamat Tinggal Kenangan & Sesi D.I.Y

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 12, 2011 3 comments
Fuh, hujung minggu baru ada masa nak kemas bilik secara besar-besaran.

Dan selepas menggodek segala khazanah dalam bilik, terjumpalah barang-barang pemberian si dia yang dulu.

Diari :



Surat :



CD :



Barang-barang :



Kasi bungkus masuk plastik dan buang!



Ada satu benda je yang tak dibuang :



Bukan apa, takut dia mintak balik. So simpan la dulu.

Tak pernah pakai pun sebab longgar. Kahkahkah~

So segala benda telah selamat dibuang. Kasi clear sikit minda ini.

Kasi delete segala kenangan lampau.

ITS TIME TO MOVE ON.

Nota : Maafkan saya sebab buang barang-barang pemberian awak. Bukan saya tak menghargai. Jauh sekali tak bersyukur atas apa yang dah awak beri pada saya. Cuma... saya tak nak tengok lagi barang-barang tu. Semak la otak.

D.I.Y ni pulak sempena tak ada kerja pada hujung minggu.

Sambil layan hindustan TV3, cerita Ek Ajnabee (betul ke eja camni?)

Best la cerita hindustan minggu ni. Tak ada nyanyi atas bukit, golek-golek turun bukit, sari nampak pusat. Yuckksss~~

Hahahhaa~ ni adalah sengal. Nampak sangat aku kedekut nak keluar duit.










Pebenda nih?????

Kotak ubat la.

Sila gelak beramai-ramai.

Kahkahkahkahkahkah~~

Ini Adalah Bongok!!!

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Jun 12, 2011 6 comments
Hari ni aku bangun lambat.

Kenapa?

Kerana ini:

Aku sedang baring atas katil sambil nak tunggu mata ni terlelap.

Bosan tak dapat lelap, aku dengar lagu kat handset. Nilah padahnya tido awal. Bila terjaga, payah nak tido balik.

Bukak playlist : Recently added. Ada 4 lagu aku baru tambah. First song, lagu angry bird.

Layan je la lagu tema angry bird yang aku download.

Handset aku letak semula di hujung kepala katil. Jauh sikit dari tangan.

Lagu angry bird habis, next song. Jam sekarang lebih kurang 1 pagi.

Tiba-tiba lagu angry bird ulang balik!!!

Wahhh~ aku dah cuak. Siapa usik handset aku ni!!!!!

Aku dengar je lagi angry bird tu sampai habis.

Tiba-tiba ulang lagi angry bird!!!!

Aku dah telan air liur. Siapa usik handset aku??? Sampai ulang-ulang lagu. Gila cuak. Peluh dingin mula keluar. Aku tak bergerak seinci pun.

Nak berpaling tengok handset tak payah cakaplah. Memang aku tak berani. Aku keras je kat atas katil.

Dengar setiap alunan muzik angry bird yang bertukar menjadi seram!!!!

'Dia' ke?

Gulp. Air liur entah berapa kali aku telan. Tapi badan still keras.

Ala!!!!! Time ni la aku kena kacau!!! Aduh... Hati aku menangis.

Rumah semua dah gelap. Patut ke aku jerit??

Tak!!! Tiba-tiba aku dapat keberanian. Aku mengiring ke sebelah kanan untuk mengambil handset.

Dup dap! dup dap! jantung aku.

Belek-belek handset, tengok setting playlist.

Playlist---REPEAT---SONG

Bongok!!!! Patutlah angry bird asyik ulang-ulang.

Ini bongok okey???

Khamis, 9 Jun 2011

Normalkah Ini?

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Jun 09, 2011 0 comments
Salam..

Dalam sehari berapa kali korang duk taip username dan password korang??

Berapa kali korang login dalam sesebuah laman?

Tak kira la laman sosial, e-mel ataupun forum.

Dan berapa banyak e-mel, laman sosial, dan forum yang korang join?

Macam aku, dalam sehari, aku pasti tak miss nak login dalam 5 akaun ini :





SILA PERCAYA!!!
Pagi-pagi pada hari bekerja, aku akan login akaun e-mel INTI dulu. Nak pastikan ada tak arahan dari bos. Bosku pemalu. Dia suka bagi arahan by e-mel. Jadi sebelum start kerja, wajib check e-mel dulu.

Kalau hari cuti, jangan harap aku nak check e-mel company. Buang masa!!! Kahkahkah~




Lepas tu, bukak e-mel yahoo pulak. Kat dalam ni boleh tengok macam-macam. Notification Facebook pun boleh tangok dalam ni. Senang. Tak payah ko nak tengok benda lain. Kalau ada 50 e-mel, memang semua aku akan bukak. Kecuali e-mel tak tau asal-usul.

Paling penting, tengok e-mel kerja kosong. Damn~~ nampak sangat aku tak bahagia dengan kerja sekarang.
Huh!!! Bersyukur sudah!




Yang ketiga, aku akan bukak FB. Godek-godek. Aku jarang update status. Paling banyk pun, wish birthday kat orang.
Kalau ada orang post kat wall ke, komen gambar ke, aku balas lah. Kasi meriah sikit. Hahahaha~

Kalau tak ada, diam-diam sudah!!




Ni yang ke-empat. Paling lama aku spend masa online kat sini. Best wooo~ Banyak info menarik. Oh! Kaki porno pun boleh masuk sini ye. Tapi kena register. Pastu gi kat thread 21 years & above. Hahahahaha~ (ini sengal)

Gurau je. Setakat ni, ni la forum yang paling lama aku bertahan. Yang lain, sunyi je. Tak meriah.

Dan macam biasa, aku lagi banyak membaca dari mengomen.






Last aku bukak. Blogger la. Tengok dashboard, komen dan blog-walking.
Kalau rajin, buat entry baru.
Kebanyakkan entry aku taip dulu dalam handset. Taip cepat-cepat sebelum idea hilang. Then, transfer je la guna USB. Hahahaha~

Tu je. 5 je pun..

Masih di tahap normal kan?

Mesti korang lagi banyakkan?

Rabu, 8 Jun 2011

'Busuk' Sangat Ke Perempuan & 'Wangi' Sangat Ke Lelaki Ni?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 08, 2011 2 comments



Hari tu aku ada jalan-jalan dekat 1 forum ni. Cerita pasal seorang customer perempuan yang tak puas hati dengan servis 1 perkhidmatan kesihatan. Tak payah la aku cerita pusat kesihatan mana.

Aku tertarik pada 1 komen. Dan aku rasa dia ni meniaga jugak. Dia seorang lelaki. Lebih kurang macam ni la komen dia berhubung dengan ketidak puasan hati customer perempuan tu.

''Aku takkan jual produk aku pada customer perempuan. Banyak songeh, banyak complain''

Lagi...

''Aku boleh beli produk dari perempuan, tapi jual pada perempuan, sorrylah''

''Kalau ada customer perempuan nak beli, aku cakap je dah SOLD. Leceh''

Lebih kurang macam tulah ayat mamat tu.
Aku malas nak quote balik ayat-ayat poyo tu.
Lagipun thread tu dah ke laut dah kot.

Time baca komen tu, dalam hati aku fikir. Apa masalah mamat ni? Teruk sangat ke orang perempuan? Ko buat bisnes tapi tak nak jual kat customer perempuan.

Sanggup tu tak ada sale asalkan tak jual barang dia kat perempuan.

Statement dia tu poyo gila. Seksis kot. Macam menggambarkan perempuan ni adalah ibu segala JERK.

Tapi aku berjaya menenangkan hati aku serta berfikir secara rasional. Dan aku rasa :

1. Mamat tu jual ubat kuat lelaki. Sebab tu dia tak nak deal dengan customer perempuan. Malu kot nak cerita hal dalam boxer. kahkahkah~

2. Mamat tu tak berkahwin lagi. Kalau dah kawin pun, maybe dia tak bahagia dengan bini dia. Atau paling teruk, mamat tu kawin dengan mak nyah (maaf gurau kasar)

3. Mamat tu pernah dikecewakan dengan teruk oleh awek dia dulu. Tu pasal dia prejudis kat semua perempuan.

4. Mamat tu tak tahu pasal kuasa pengguna. Yelah, kalau tak puas hati, memanglah kita boleh complain. Segala complain dan rungutan, boleh jugak ko gunakan untuk improve lagi servis ko tu

5. Mamat tu dulu sekolah semua lelaki. Dari tadika sampai form 5, semua lelaki. Sambung pulak degree, master, phD, pun semua lelaki jugak. Sebab tu dia fikir lelaki je YANG PALING BAGUS.

Kahkahkah~ maaflah kalau ada pembaca blog ni yang terasa dengan entry aku.

Kepada MAMAT : Tak payahlah ko kutuk sangat kaum perempuan ni. Mak ko tu perempuan jugak. Bini ko pun perempuan.

Okey, segala keceluparan amat dikesali.
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez