Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label tak puas hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tak puas hati. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2012

Hang Memang Sah Pengotor!!

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Februari 03, 2012 1 comments
Salam..

Ni luahan hati lagi. Hahaha~ Sejak akhir-akhir ni blog aku memang ternyata bosan. Tak habis-habis dengan luahan hati.

Kali ni mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang pengotor.
Sesiapa yang tengah makan, aku sarankan jangan baca.
Tapi kalau korang jenis hati kering, tak apa. Carry on je la ye?




Hari tu aku masuk tandas.
Tak sabar nak masuk sebab tak tahan. Yelah, sejuk kot tempat kerja aku.
Masuk ke, terus gi jamban la kan. Nak tunggu apa lagi.

Aku tengok mangkuk tandas tu, aku dah meloya.
Laaaa siapa la yang kencing tak siram ni.
Adoi sapa punya kerja ni wey?

Seperti yang korang tahu, mangkuk tandas berwarna putih.
Jadi memang obvious sangat la kalau ada kesan-kesan orang tak siram kencing kan?
Cuba teka warna apa?
Warna kuning pekat. Baik punya.
Uwekkk~ aku duk taip ni pun masih meremang kegelian.
Dah la tak siram, air kencing bertabur sekeliling mangkuk tandas.
Memang aku blah terus lah.
Takkan aku nak tolong siram kencing 'tikus' tu kan?
Banyak lagi benda baik aku boleh buat.




Ok, suatu hari, pada hari yang berlainan.
Same place la. Tandas.
Tak payah tengok mangkuk tandas la kali ni.
Pergi je kat sinki.
Hajat di hati nak basuh tangan.

Sekali.....

Ada muntah dalam sinki tu.
YA ALLAH ya tuhanku...
Aku tak faham la..
Susah sangat ke ko nak siram balik muntah ko tu?
Ye, aku tahu muntah ko besar-besar..
Tak muat nak melalui lubang-lubang sinki tu.
Aku cadangkan, sebelum ko muntah, ko kunyah makanan ko 44 kali.
For sure lepas ni muntah ko keluar dalam butiran yang lebih kecil.
Maka muntah tu pun muatlah melalui lubang sinki tu.
Tak pun, ko muntah direct dalam lubang tandas. Boleh?

Takkan la ko nak harapkan cleaner je bersihkan tandas.
Lepas guna tu, tolong la jangan tinggalkan benda-benda kotor.
Tu bukan tandas bapak ko.
Faham?

Macam ni kakitangan kerajaan.
Teruk betul la.
Takda common sense langsung.

Kalau time sekolah dulu, selalu jumpa benda lain.
Terutama tandas perempuan.
Faham-faham je la.

Masuk alam pekerjaan, jumpa benda lain pulak.
Tapi masalahnya, masing-masing dah besar.
Takkan kencing dan muntah sendiri tak pandai nak siram.
Dasar PENGOTOR!!!

Ahad, 29 Januari 2012

Blog Ini Sudah Gila

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Januari 29, 2012 0 comments
Bila masa pulak aku suka kasut?




Isk.. Ni yang nak marah ni..
Blog aku telah tersangkut dengan blog orang lain.

Actually, dulu blog aku guna URL lain. Sekarang URL tu dah diambil oleh tuan punya blog yang suka kasut ni.
Tak kisah la kan sebab aku pun dah tak nak guna URL tu.
Tapi tak sangka jadi macam ni.

Dan bila aku klik link "Saya Suka Kasut" tu, dia terus membawa aku ke blog yang satu lagi..

Adoi, sabar je la.

Ada sesiapa tahu macam mana nak menyelesaikan masalah ini?

Inilah padahnya kalau guna nama pena yang sama dengan orang lain.

Tapi... aku dah tukar nama, still tak jalan jugak.

So..HOW??

Jumaat, 11 November 2011

Bagaimana Nak Tahu Yang Dia Ada Hati Pada Ko

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, November 11, 2011 2 comments
http://www.emocutez.com

Tajuk seperti di atas.

Bagaimana nak tahu kalau orang itu sebenarnya menyimpan perasaan @ ada hati pada ko? Tapi dia jenis 'lambat' dan takut untuk meluahkan isi hatinya...

Aku bukanlah pandai sangat. Tapi it's so obvious la beb!

Situasi :

Ko kawan dengan dia (si lambat). Kawan macam biasa. Hari-hari jumpa. Hari-hari cakap dalam telefon, dan hari-hari SMS..

At the end of the day, ko reveal yang ko dah berpunya. Then 'si lambat' macam mengelak diri daripada ko.

No more phone call, no more SMS and of course, makan pun tak duduk semeja dah.

See? Alasan yang 'si lambat' selalu bagi adalah : Ala, you tu hak orang. Dah berpunya.. Takkan saya nak kacau lagi..

Nampak sangat 'si lambat' tu ada hati kat ko. So selama ni dia kawan dengan ko dengan harapan ko akan menjadi pacarnya..

Kalau 'si lambat' tu betul-betul ikhlas nak kawan dengan ko, mesti dia tak kisah apa status ko. Bini orang ke, laki orang ke, tunang orang ke, kekasih orang ke.. Yang penting tau batas-batas sebagai seorang kawan.

Ini tak, tau-tau je dah lesap. Nampak sangat tengah patah hati duk layan perasaan sedih.. Paling tak boleh tahan siap mengelak lagi..

Lantak hang la.. Setiap orang ada prinsip dia kan..

By the way, i'm talking about men and women relationship ya!!
Bukan lesbian dan gay.
Ada faham??

Selasa, 12 Julai 2011

Tekanan

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Julai 12, 2011 6 comments



Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Gov buat kerja LEMBAP!

Tapi suruh lapor diri nak CEPAT!

MANGKUK!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 10 Julai 2011

Luahan Hati. Tak Payah Baca Pun Takpe....

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Julai 10, 2011 2 comments
Nampaknya Jeng Jeng Jeng yang ni lambat lagi akan berlaku.
Tapi Jeng Jeng Jeng lain pula akan muncul.
Jeng Jeng Jeng yang pertama mungkin tertangguh sebab Jeng Jeng Jeng kedua tiba-tiba datang dalam hidup aku.

Luahan :

(1)



Arghhh~ aku letih la.
Dorang ni nak cepat, tapi buat kerja lambat.
Effect kat aku jugak!
Ko lambat, tapi suruh aku cepat.
Aku pun ada benda lain jugak nak buat.
Banyak benda aku nak selesaikan.
Kerja aku lagi.
Hospital lagi.
Nanti aku kena minta surat rujukan hospital lagi.
Sedangkan next appointment aku adalah 21 Julai.
Tekanan!!!!!
Mental aku! Nampak je macam ok. Dalam otak serabut macam penggosok kuali.



(2)



Aku sakit hati ni.
Nampaknya semua orang tak sabar nak suruh aku pergi.
Hari-hari bukak cerita pasal ******
Rancang itu, rancang ini..
Aduh... bagilah aku masa berfikir dulu.
Jangan desak-desak.
Cuba dengar pendapat aku pulak.
Bagi peluang aku buat keputusan sendiri.



(3)



Tadi pagi aku buat medical check-up.
Kat tempat swasta. Kerajaan punya lambat.
Bayar RM80.
Doktor macam hampagas.
Ujian buat cikai-cikai je.
Agak-agak la nak telan duit aku pun.
Aku rasa dia lelap mata je time isi borang check-up aku tu.
Takut jugak aku kalau laporan tu tak valid.
Ah! Lantak la kau!
Hah! Biar aku dedahkan..
Doktor tu Graduate IMU.
Patutlah...



(4)



Aku rasa teruk sangat sebab tak datang wedding kawan sekolah dulu.
Maaflah wei. Aku buat medical check-up tadi.
Lepas tu aku pergi pesuruhjaya sumpah.
Tak sempat nak datang wedding ko.
Sebenarnya sempat je kalau aku pergi terus rumah ko tu.
Tapi aku segan nak datang wedding ko dengan pakai baju kemeja.
Siap berlengas lagi.
Segan aku nak datang sana busuk-busuk.
Akhirnya aku pergi kenduri depan rumah aku je.



(5)



Aku marah sangat dengan budak yang main dengan arnab aku tadi.
Begini, depan rumah aku ada orang kawin.
Tetamu kat situ semua gayat tak pernah tengok arnab.
Semua budak-budak duk kerumun rumah arnab aku.
Habis arnab aku dorang buat main.
Huaaaa~~~ aku tengok ada sekor dah monyok je dalam tu.
Mesti sakit sebab budak-budak tu kerjakan.
Tsskkk....Tsskkkk... (T_T)



(6)



Aku suka.
Sebab ada orang tu panggil aku tiny bone.
Macam comel je nama tu.
Hahahahaha~
Tiny Bone..

Isnin, 4 Julai 2011

Iklan Ketiaq

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Julai 04, 2011 2 comments


Macam manalah dorang casting pelakon iklan ubat ketiak?

Ubat ketiak = deoderant

Aku terbayang :

Setiap calon yang datang casting iklan ubat ketiak ni kena datang dan beratur.
Masing-masing pakai baju sleeveless.

Lepas tu sorang-sorang angkat tangan tunjuk ketiak depan produksi iklan..
Macam nak buat kawad cam. Orang produksi iklan jalan mundar mandir sambil mengusha ketiak terdedah.
Hidangan free beb! Hidangan!

Lepas tu masing-masing tunggu result casting.
Orang produksi pun menjerit:

Si Polaaaaaaaaaannnnnnnnn…….ketiak ko itam – Okey, you’re out
Si Polonngggggggggg…..ketiak ko putih – Okey, you’re in

Wakakakakaka new method of humiliation

Jumaat, 17 Jun 2011

Petang Jumaat : Ramai Kena Ceri-Beri

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 17, 2011 1 comments
Sebelum tu, nak buat iklan sikit.

Berkenaan entry ini ianya bukan kisah peribadi aku.

Hahahaha~ jadi tak payahlah ucap takziah segala.

Tapi apa pun, terima kasih atas keperihatinan KO wahai Ayuni aka Hunny Bela(hantu).

kih~ kih~ kih~


Cakap pasal petang Jumaat, betul ke ramai yang kena ceri-beri?

Ceri-beri tu apa?

Cirit-birit ko tau tak?

Aku tau la esok cuti, ko nak balik kampung kan?

Tapi tak payah la memandu secara melulu.

Aku pun ada kereta jugak.

Aku pun bayar road tax jugak.

Tol pun aku bayar tau?

Ko ada? Ada jugak kan?

Jadi, mari sama-sama kita jadi pemandu yang reti hormat pemandu lain ye?

Jadi pemandu yang ada sivik, boleh tak?


Aku kalau nampak kereta laju macam pelesit, mesti hati aku duk fikir :

"Ouh, sian, tah* dah nak keluar tu. Tak tahan nak ke tandas tu"

"Ouh, ni kena jangkitan E.coli ni. Cirit birit teruk ni. Tak apa lah, bawak la laju lagi, nanti tah* keluar pulak"

Kalau aku baik, aku maafkan. Anggap je la dia ada emergency case.

Saudara mara meninggal ke, nak lawat orang nazak ke kan?


Tapi hari ni aku jahat.

Kah~ Kah~ Kah~

WRU ****

Ko sekeluarga cirit-birit ye?

Makan apa tadi?

Isnin, 13 Jun 2011

Ye. Memang Aku Tengah Marah !!!

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Jun 13, 2011 4 comments



Life memang menyakitkan!

Tambah pulak kalau ia melibatkan orang yang tak reti bahasa!

Baru semalam aku buang barang-barang mamat tu.

Pagi ni dia 'muncul' balik!

Mak aku pun satu. Layan dia buat apa!

Marah betul aku dengan mak!

Tak terbendung lagi. Tapi sabagai anak yang baik, aku simpan marah aku dalam hati.

Takkan aku nak tengking atau cakap kasar dengan mak aku sendiri pulak.


Cerita bermula awal pagi ni.

Aku baru lepas mandi. Keluar dari bilik air.

Tengah jalan-jalan nak menuju ke bilik dan bersiap, tiba-tiba mak panggil aku.


Mak : Ngah! (aku adalah kak ngah)

Aku : Ye?

Mak : Si Bongok (bukan nama sebenar) SMS mak. Dia kata ada kerja kosong kat XXX jawatan XXX. Nanti angah tengok la ye? Angah dah check ke?

Aku : Lantaklah dia!!!!!!

See??? Sebab si bongok, aku dah cakap kasar dah dengan mak aku. Ko memang bongoklah!

Aku tak boleh dengar pun nama ko. Faham tak bongok!!!


Ko sibuk dengan life aku apasal, bongok??

Bongok, aku percaya, ko ada banyak lagi kerja lain nak buat kan?

Kenapa ko nak ambil tahu pasal life aku lagi?

Peduli la aku nak kerja swasta ke, kontrak ke, kerajaan ke? Ko apa susah?

Ko tu tak ada kena mangena dengan aku. Terimalah kenyataan.

Boleh tak untuk kali ni ko berpijak di bumi nyata??


Aku tau, niat ko nak menolong. Tak pun ko kesian kat aku sebab kerja swasta kan?

Yelah, kerja swasta ni tak menjamin masa depan. Tak stabil. Tak menyumbang pada ekonomi negara???

Suka hati aku la deyyyy!!!


Yang ko nak contact mak aku tu apahal??

Pagi-pagi dah buat aku tension. Sengal la ko!!

Tak malu, sibuk-sibuk hal orang.

Aku tak tau la nak cakap apa lagi.

BONGOOOOOOOOOOOOOOOOOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perangai ko, tak melambangkan kerjaya ko.

Macam ni ke? MENTAL betul!!!


Cepatlah aku kawin! Cepatlah! Cepatlah!

Agaknya time tu baru dia berundur buat selamanya!!!


Mak, Nana minta maaf cakap kasar tadi. Walaupun sepatah. Rasa menyesal sangat ='(


Kepada Bongok, wake up la!
WAKE UP!
Ko faham tak bila orang tak nak ada kaitan dengan ko lagi?
Apa lembab sangat ko ni?

Ye! Memang aku tengah marah!!!

Rabu, 8 Jun 2011

'Busuk' Sangat Ke Perempuan & 'Wangi' Sangat Ke Lelaki Ni?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 08, 2011 2 comments



Hari tu aku ada jalan-jalan dekat 1 forum ni. Cerita pasal seorang customer perempuan yang tak puas hati dengan servis 1 perkhidmatan kesihatan. Tak payah la aku cerita pusat kesihatan mana.

Aku tertarik pada 1 komen. Dan aku rasa dia ni meniaga jugak. Dia seorang lelaki. Lebih kurang macam ni la komen dia berhubung dengan ketidak puasan hati customer perempuan tu.

''Aku takkan jual produk aku pada customer perempuan. Banyak songeh, banyak complain''

Lagi...

''Aku boleh beli produk dari perempuan, tapi jual pada perempuan, sorrylah''

''Kalau ada customer perempuan nak beli, aku cakap je dah SOLD. Leceh''

Lebih kurang macam tulah ayat mamat tu.
Aku malas nak quote balik ayat-ayat poyo tu.
Lagipun thread tu dah ke laut dah kot.

Time baca komen tu, dalam hati aku fikir. Apa masalah mamat ni? Teruk sangat ke orang perempuan? Ko buat bisnes tapi tak nak jual kat customer perempuan.

Sanggup tu tak ada sale asalkan tak jual barang dia kat perempuan.

Statement dia tu poyo gila. Seksis kot. Macam menggambarkan perempuan ni adalah ibu segala JERK.

Tapi aku berjaya menenangkan hati aku serta berfikir secara rasional. Dan aku rasa :

1. Mamat tu jual ubat kuat lelaki. Sebab tu dia tak nak deal dengan customer perempuan. Malu kot nak cerita hal dalam boxer. kahkahkah~

2. Mamat tu tak berkahwin lagi. Kalau dah kawin pun, maybe dia tak bahagia dengan bini dia. Atau paling teruk, mamat tu kawin dengan mak nyah (maaf gurau kasar)

3. Mamat tu pernah dikecewakan dengan teruk oleh awek dia dulu. Tu pasal dia prejudis kat semua perempuan.

4. Mamat tu tak tahu pasal kuasa pengguna. Yelah, kalau tak puas hati, memanglah kita boleh complain. Segala complain dan rungutan, boleh jugak ko gunakan untuk improve lagi servis ko tu

5. Mamat tu dulu sekolah semua lelaki. Dari tadika sampai form 5, semua lelaki. Sambung pulak degree, master, phD, pun semua lelaki jugak. Sebab tu dia fikir lelaki je YANG PALING BAGUS.

Kahkahkah~ maaflah kalau ada pembaca blog ni yang terasa dengan entry aku.

Kepada MAMAT : Tak payahlah ko kutuk sangat kaum perempuan ni. Mak ko tu perempuan jugak. Bini ko pun perempuan.

Okey, segala keceluparan amat dikesali.

Sabtu, 4 Jun 2011

Stigma Lelaki Melayu

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Jun 04, 2011 9 comments
Gambar hiasan semata-mata



Ini entry sentap melibatkan perbualan antara seorang adik lelaki yang laser dengan seorang kakak yang lemah lembut.

Aku tak amik hati pun. At least dia tegur aku tak pandai masak.

Layannnn~~~



Jumaat malam. 10 pm. Aku dan mak kenduri megi. Nasi dah makan ok? Dah makan. Saja nak supper megi. Mak kata dia teringin, jadi masak je la kan.

Dah siap megi, datang adik aku. Statement poyo dia :

''Makan megi. Apa la makan megi. Ko tak reti masak ke wei? Apo nak kawin nanti ko nak bagi laki ko makan megi?
Kalau aku, aku takkan habiskan 10 ribu untuk kahwin dengan orang macam ko''

Sentap gila aku dengar. Tapi aku diam je. Aku tahu dia bergurau sebab dia gelak-gelak. Lagipun dia ni kalau bergurau memang laser. Banyak kali dah aku kena.

Adikku sayang, walaupun kakakmu ini tak pandai masak, tapi tak bermakna kakakmu ini buta dalam hal-hal masakan.

Tak bermakna kakakmu ini tak tahu masak langsung.

Aku tahu masak la. Cuma malas aku nak tunjuk. Nanti ko jugak yang compare rasa masakan aku dengan masakan mak. Time tu mungkin mulut ko jadi lebih laser. Hahahahah~

Yang aku nak tekankan ni. Stigma orang melayu. Macam adik aku ni, muda lagi. Tapi fikiran kolot gila.

Ada dia kata takkan habiskan 10 ribu untuk perempuan yang tak pandai masak??

Ko nak kawin dengan perempuan tu ke? Atau ko nak kawin dengan skill memasak perempuan tu?

Kiranya, skill memasak tu harga dia 10 ribu la ye?

Lagi satu kakakmu nak cakap ni, wahai adikku.
Duit hantaran 10 ribu yang ko kata tu, bukanlah semata-mata nak 'membeli' perempuan itu. Tetapi lebih kepada nak buat belanja kenduri. Nanti siapa yang nak makan, dik? Family belah laki jugak nak makan. Duit tu pusing balik kat ko. Tak lari mana pun. Jangan la ko kedekut sangat.

See?? Apa rasional ko nak buat statement seperti di atas tadi?

Pandai betul kamu, wahai adikku.

Adikku sayang, duit hantaran bukan untuk membeli atau membayar perkhidmatan isteri ko. Faham????

Tak terbayar kot khidmat isteri pada si suami. Tak dapat nak bayar guna duit hantaran. Faham tak ni dik?

Lagi satu akak nak cakap.
Akak kalau boleh tak nak mintak pun duit hantaran ni.
Ada mas kawin pun cukuplah. Lepas tu support kenduri sikit-sikit.
Bukan apa, akak pun ada duit jugak. Takkan nak harap lelaki je kan?

Kahwin grand-grand, duit hantaran puluh-puluh ribu, tapi lepas kahwin papa kedana buat apa?
Adikku Amir, jangan buat statement poyo depan akak ye?

Akak sentap, okey!!!!

To Amir : Wey! Aku nak tengok la bakal bini ko tu, pandai masak ke tak? Wakakakakakaka~
Berapa hantaran ko nak 'beli' dia wei?
Hahahahahahhahaah~

Nilai skill memasak aku mungkin kurang.
Tapi nilai harga diri, kehormatan, dan maruah diri aku tinggi.

P/S: Tak pandai masak, boleh belajar. Harga diri dah tak ada, boleh buat apa-apa? Tak kan?

Assalamualaikum adikku~

Rabu, 1 Jun 2011

"Burung Punai" - Marah Betul Aku

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Jun 01, 2011 3 comments
Tak pernah seumur hidup aku rasa tension macam ni.

Tak pernah dalam hidup aku, main game baca bismillah dulu.









Lepas berkali-kali main, baru dapat yang ni :




Puas hati aku!!!

Angry bird memang buat aku angry!!

Sakit hati aku.

Nampak Amir rasa macam nak lempang dia.



Stop level ni dulu!

Mau maghrib.

Nanti tuhan ANGRY sama aku.

Selasa, 31 Mei 2011

Tegak Bulu Roma Aku

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 31, 2011 5 comments
Sebelum tekan play, toleh kiri kanan dulu.

Video lucah di blog Hana Hamzah.

Bila confirm line clear, tekan PLAY bebeh~



1 je perkataan sesuai :

SAMPAH

Ya Allah, tak tahu malu langsung.

Yang si Prema ni apahal?

Dah la muka out, mekap macam orang tua.

Ketiak jangan cakap la...



Bluuuweeeekkkk~

Baju ketat habis.

Siapa stim tengok video ni memang tak ada taste la.

Eeeee~ geram pulak aku. Rasa macam nak cucuk si Gambit dengan Kerambit.

VONGOK

Siri Awkward Yang Macam ..........

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 31, 2011 2 comments


Hujung minggu. Banyak betul kenduri kawin. Mak aku suruh aku siap-siap teman beliau pergi ke dewan untuk majlis kawin.

Sampai kat sana.. Oooo kakak dia yang kawin. Sumpah aku tak tahu yang family dia punya kenduri. Kalau aku tau, aku tak jejak sana. Ini serius!!

Aku dan mak pun pergi ke arah tuan rumah, untuk salam-salam. Okey di sini awkward bermula...

Sepatah kata pun tak keluar dari mulut dia. Pandang aku pun macam nak tak nak. Pandangan mata dia memang buat aku tak selesa langsung. Hulur tangan untuk salam apatah lagi.

Bila aku tengok riak muka dia macam tu, aku pun tak jadi nak hulur tangan dan salam. Bukan apa, takut huluran tangan aku tak bersambut.

Kisahnya berlaku lama dulu. Waktu aku kecik-kecik. Aku dan geng aku ada ejek dia. Well, budak-budak kan? Dia pun lancang jugak mulut ejek kita orang balik.

Kemuncaknya, dia pergi report kat mak dia. Kahkahkah~ wey apa ni main mak bapak pulak. Adoiii, memang teruk jugak aku kena basuh dengan mak dia dulu. Siap ugut-ugut nak bagitau mak aku.

Tapi itu kan lama dulu. Yang ko nak simpan-simpan dalam hati tu apasal? Aku datang kenduri ko, tapi sikit pun ko tak layan aku sebagai tetamu. Ko tu tuan rumah.

Buang lah yang keruh, amik yang jernih. Lagipun tu kisah berapa tahun dulu tu.

Sumpah menyesal aku datang. Aku datang untuk teman mak aku je.. Kalau aku tau kenduri kau.... Kim salam je la aku nak datang.

Oh lupa, dulu aku ejek dia HITAM.

Isnin, 25 April 2011

Kau Fikir Kau Hot?

Posted by LeptoSpyra at Isnin, April 25, 2011 3 comments


Dah la bapak orang.

Laki orang.

Bajet hot.

Simpan je la bajet kau tu.

Kau ingat aku nak sangat ke jumpa kau?

Kalau tak terpaksa, aku pun tak hingin.

Berlagak habis.

Weyyy.... Blah la!!!

Selasa, 12 April 2011

Kenapa Penunggang Motor Macam Tu???

Posted by LeptoSpyra at Selasa, April 12, 2011 8 comments


Gambar di atas adalah dirujuk.

Selalu aku pergi kerja naik kereta.

Bukan selalu, tapi hari-hari.

Dah masuk 8 bulan aku drive sorang-sorang, ada satu tabiat penunggang motor ni aku perhatikan.

Let say aku nak masuk kiri, dan aku memberi signal la untuk menukar lorong.

Dan ada motor kat situ. Dia pulak nak masuk lorong kanan.

Kira macam aku nak masuk lorong dia, dia nak masuk lorong aku.

Okey yang pasti, motor tu hanya memberikan isyarat kepala.

WTH ??? (What The Horse)

Bila motor nak masuk kanan, dia toleh kanan (2-3 kali).

Bila dia nak masuk kiri, dia toleh kiri (2-3 kali jugak).

Tu namanya isyarat kepala hangguk dia.

Mana signal motor kau bro?

Kalau signal motor rosak, pakai isyarat tangan la bro.

Mana ada belajar kat JPJ pakai signal kepala hangguk.

Bro, aku tak boleh baca apa yang ada dalam kepala kau.

Kalau kau nak tukar lorong, bagi signal.

Bukan main toleh-toleh je.

Aku cakap ni bukan apa. Aku selalu hampir menabrak (melanggar) motor yang penunggangnya pakai isyarat kepala hangguk.

Kalau eksiden, ko jugak yang penyek.

Aku steady je kot dalam kereta.

Please la hargai sikit nyawa tu.

Sabtu, 26 Mac 2011

Apekahhhhh???

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Mac 26, 2011 2 comments
Ramai jugak yang komen pada entry yang salah.

Nak komen entry yang tu, tapi taip kat entry yang ni.

Jangan confused. Link untuk kotak komen adalah di bahagian atas setiap entry.

Bukan di bawah.

Ye, blog ni memang 'lain' sikit.

Agagagaga~

Khamis, 24 Mac 2011

Kenapa Cantik Sangat?

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mac 24, 2011 8 comments
Aku telah berjaya add seorang gadis yang sungguh cun di Facebook.

Anehnya, walaupun dia tak kenal aku, dia tetap approve aku sebagai rakan.
(Setakat rakan Facebook, apalah sangat kan)

Sebab dia, lama aku online semalam. Time kerja pulak tu.

Terpegun. Mesmerizing.

Tu je yang boleh aku cakap.

Huaaa~ kenapa kau cantik sangat?

Beratus-ratus gambar dia aku tengok.

Jangan salah faham. Aku tengok dengan perasaan kagum okey?

Bukan tengok dalam keadaan bernafsu. Ish ish ish. Otak kuning la korang ni.

Dan si gadis itu nampaknya seperti orang baik-baik.

Ayu bertudung. Bertuah siapa yang dapat dia.

Tengok pun nampak macam kaya gila je. Huhuhu~ untung kau ye?

Cantik, kaya, akhlak baik.

Hahahaha~ kenapa aku buat post ni ye?

Memang aku suka tengok perempuan cantik. Tak salahkan?

Aku perempuan, perempuan ada banyak nafsu.

So aku ada nafsu untuk melihat benda-benda cantik.

Dalam konteks post aku kali ni, 'benda' cantik itu adalah gadis.

Gadis yang bernama Balqis.


Oooo~ dia pernah buat iklan rupanya, jadi tak salahkan kalau aku letak gambar dia kat sini?


Qis, kalau awak baca post saya ni, satu je saya nak cakap :

Awak sangat cantik!!!!!!!!!!

Jumaat, 25 Februari 2011

Hantu Tepung

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Februari 25, 2011 0 comments
Apasal la budak sekarang ni.

Time birthday je mesti nak main baling-baling tepung.

Habis kotor jalan depan rumah aku.

Ni kejadian ke-2 untuk tahun ni.

Basuh balik la woi!!!!!!!!!!!









Cantik tak hantu tepung?

Gambar hiasan: GOOGLE

Sabtu, 15 Januari 2011

Rampas Merampas : Aku Kena Ugut

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Januari 15, 2011 7 comments
Miahahahaha~

Aku kena ugut.

Takutnya.



Kah kah kah.

Sila cuba lagi.

Wey, aku tak takutlah.

Amik la Abang Ooi kau tu.

Amik la Abang Shank kau tu.

Aku tak main lelaki tua ni.

Hahahaha~

Sabtu, 1 Januari 2011

Suka Hati La!!!!

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Januari 01, 2011 3 comments


Kita orang Islam memang tahun baru 1 Muharam.

Kita orang dah wish dah sempena 1 Muharam hari tu okey?

Siap baca doa akhir & awal tahun lagi.

Jadi tak salah kan, kalau nak wish tahun baru 2011 pulak?

Kami just wish via facebook & sms.

Bukan nya kami gadai maruah, dan jerit-jerit countdown tengah-tengah malam buta serta buat benda yang runtuh akhlak.

Orang lain, tak tau la pulak.

Boleh tak open sikit fikiran sempit tu??

Wish selamat tahun baru, doakan kejayaan dan doakan agar azam tercapai.

SALAHKAH??

K.O.L.O.T
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez