Salam..
Ni luahan hati lagi. Hahaha~ Sejak akhir-akhir ni blog aku memang ternyata bosan. Tak habis-habis dengan luahan hati.
Kali ni mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang pengotor.
Sesiapa yang tengah makan, aku sarankan jangan baca.
Tapi kalau korang jenis hati kering, tak apa. Carry on je la ye?
Hari tu aku masuk tandas.
Tak sabar nak masuk sebab tak tahan. Yelah, sejuk kot tempat kerja aku.
Masuk ke, terus gi jamban la kan. Nak tunggu apa lagi.
Aku tengok mangkuk tandas tu, aku dah meloya.
Laaaa siapa la yang kencing tak siram ni.
Adoi sapa punya kerja ni wey?
Seperti yang korang tahu, mangkuk tandas berwarna putih.
Jadi memang obvious sangat la kalau ada kesan-kesan orang tak siram kencing kan?
Cuba teka warna apa?
Warna kuning pekat. Baik punya.
Uwekkk~ aku duk taip ni pun masih meremang kegelian.
Dah la tak siram, air kencing bertabur sekeliling mangkuk tandas.
Memang aku blah terus lah.
Takkan aku nak tolong siram kencing 'tikus' tu kan?
Banyak lagi benda baik aku boleh buat.
Ok, suatu hari, pada hari yang berlainan.
Same place la. Tandas.
Tak payah tengok mangkuk tandas la kali ni.
Pergi je kat sinki.
Hajat di hati nak basuh tangan.
Sekali.....
Ada muntah dalam sinki tu.
YA ALLAH ya tuhanku...
Aku tak faham la..
Susah sangat ke ko nak siram balik muntah ko tu?
Ye, aku tahu muntah ko besar-besar..
Tak muat nak melalui lubang-lubang sinki tu.
Aku cadangkan, sebelum ko muntah, ko kunyah makanan ko 44 kali.
For sure lepas ni muntah ko keluar dalam butiran yang lebih kecil.
Maka muntah tu pun muatlah melalui lubang sinki tu.
Tak pun, ko muntah direct dalam lubang tandas. Boleh?
Takkan la ko nak harapkan cleaner je bersihkan tandas.
Lepas guna tu, tolong la jangan tinggalkan benda-benda kotor.
Tu bukan tandas bapak ko.
Faham?
Macam ni kakitangan kerajaan.
Teruk betul la.
Takda common sense langsung.
Kalau time sekolah dulu, selalu jumpa benda lain.
Terutama tandas perempuan.
Faham-faham je la.
Masuk alam pekerjaan, jumpa benda lain pulak.
Tapi masalahnya, masing-masing dah besar.
Takkan kencing dan muntah sendiri tak pandai nak siram.
Dasar PENGOTOR!!!
Jumaat, 3 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
uu...Campap marah..Hehehe..Relaxlah campap.Bila nak jumpa aku???
Catat Ulasan