Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label member. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label member. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

Tally

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, November 04, 2011 1 comments
Salam Aidiladha!!!

Sekarang aku baru je menjejakkan kaki ke rumah.
Seremban la, mana lagi. Tak senonoh punya perangai. Sampai-sampai terus online. Bukan nak mandi ke, makan ke. Hahahaha~ anak siapa lah ni.

Aduh, perjalanan dari Penang ke Negeri Sembilan hari ni memakan masa selama 6jam. Lama tu. Selalu 5jam dah boleh sampai. Mana taknya, highway sesak. Semua nak balik kampung sempena raya haji ni. Tu belum kira lagi accident. Huh! Melecet badan aku duduk dalam kereta lama-lama.

Abah pulak tak bagi aku drive, bertambah bosan aku dibuatnya. Ala, tau dah. Abah tak bagi aku drive sebab takut kena saman lagi. Hahaha~ anak dara dia ni suka bawak laju-laju. Tak mainlah bawak slow-slow, orang tua je bawak slow. Kah~ kah~ kah~

Sebelum balik kerja tadi, aku mendapat kabar yang tak berapa gembira...
Nawwal, aku luahkan kat sini je lah. Walaupun ko jarang-jarang bukak blog aku ni.

Nawwal,12/11/11 ni sempena perkahwinan ko, aku terpaksa bekerja, sayang.
Aku terpaksa! Aku terpaksa sebab on-call. Tu la ko! Pilih tarikh kahwin tak tally dengan jadual kerja aku. Huhuhuh~ maaf lah ye Nawwal.

Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi memandangkan aku belum mandi....
Aku nak... CABUUTTTTTTTTTTTTTTTTTT~~

Bye!

Sabtu, 17 September 2011

Yesss!!! Ada Orang Rindu Aku

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, September 17, 2011 3 comments
Salam.

Sebenarnya banyak aku nak cerita pasal kehidupan baru aku sekarang ni.

Tapi memandangkan masa tak banyak, internet pun susah nak dapat, maka tak dapatlah aku nak update blog selalu.

Minta maaflah kepada sesiapa yang follow aku selama ni. Dulu aku rajin update blog. Sekarang aku rajin kira kuman kat hospital. Kih kih kih~

Pokoknya sekarang, ada orang rindu kat aku..
Aku pun rindu kat ko wey!
Aku ingat lagi 1st day kita jumpa. Pakaian ko memang skema gila.
Siap pakai heels lagi.

Paling tak boleh blah, 1st day kerja ko dah kena bind buku kan?
hahahhaa!!

Ni lah orang yang duk rindu kat aku tu



Ok aku nak tido.
Bye.

Rabu, 6 Julai 2011

Nak Rembat Siapa Ye?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Julai 06, 2011 3 comments


Sekapur sireh seulas pinang,
Semekar senyuman seikhlas hati,
Dengan rasa kesyukuran kami mengundang Tuan/Puan/Encik/Cik

"NANA & PASANGAN"


Wahahahaha~ aku nak paksa siapa jadi pasangan aku ni??

Zurai.. boleh tak ko tolong aku..

Tolongla..

Tolong..

TOLONG JANGAN KAWIN DULU!!

Kasi majlis aku langsung dulu, aci tak?? http://www.emocutez.com

Apa-apa pun, tahniah la wey..

Jumaat, 3 Jun 2011

Okey, Lagu Ini Sangat Cute

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Jun 03, 2011 2 comments


Member sebelah siap goyang kepala lagi.

Kahkahkah~

P/S : Tengah menahan diri dari goyang kepala jugak

Isnin, 23 Mei 2011

Tak Ada Lagi Dah

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mei 23, 2011 1 comments


Berita dah lama. Tapi saje nak buat post bagi memperingati arwah.

Last aku borak dengan arwah 3 May hari tu. Tapi sekarang dia dah tak ada.

Arwah memang suka mengusik. Tapi hati dia baik.






Maaf Telor, Hana tak sempat nak belanja Burger King.

Lama dah Telor kenen-kenen kat Hana kan?


Paling tak boleh lupa, boleh pulak dia panggil aku akak.

Padahal dia lagi tua dari aku.

Dan aku 'tertipu' sebab memang ingat dia lagi muda.

Tak apalah. Arwah memang suka bergurau.

Al Fatihah untuk Hakim Kamal.

Kenal tak sampai setahun, jumpa pun tak pernah. Tapi kehilangan tetap dirasai.

Jumaat, 25 Mac 2011

Manjakan Perut

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Mac 25, 2011 3 comments
Perut aku ni dah lama tak makan makanan segera.
Selalu suci je, makan masakan mak.
Mak, terima kasih ye?
Masakan mak memang terbaik dari ladang!

Tapi sekali sekala, tak salahkan nak tukar selera.
Makan makanan yang selain masakan mak.
Orang belanja pulak tu.
Wahhh~ rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.

Kami makan di Domino's Pizza.



Mahal beb. Nasib member ada kupon. Dapat diskaun.
Ceh, mahal pun orang belanja. Ada aku kisah? Hahahaha~
Wey, serius mahal. Kalau aku, mau fikir 80 kali jugak la nak makan benda ni.



Harga sebelum tunjuk kupon : RM 80.80
Harga selepas tunjuk kupon : RM 56.50

Jom tengok apa yang kami mencekik
Cekidaut!!!





Tengok dekat-dekat :


Garlic Cheese Ring (entah betul entah tak)



Apple Aloe Vera



Crazy Chicken (eh, betul ke camni nama dia?)


Pizza Extravaganza Entahapakebenda


Pizza BBQ Chicken Entahapakebenda

Ada lagi 1 lupa snap : Garlic Bread dia.

Mana tak mahal, banyak benar order.
Makan 3 orang je.

Kaya dengan inti :



Bila dah separuh jalan :





Tak ada cili sos. Hampeh gila!!
Ni je ada. Chilli flakes.




Tak senonoh, serbuk cili blender tak siap.
Siap ada biji-biji. Biji dia, bila semai kat tanah, confirm tumbuh pokok cili kot.


Amik gambar kenangan jap.
Gambar aku wajib tak ada.
Sebab aku camera-woman on duty.


Budak ni tunjuk cincin tunang dia.
Hahahaha~ sebanarnya dia tutup muka sebab dia kata : muka dia tembam



Muka kenyang, perut sudah sendat

Seriously, makanan memang sedap.
Tapi cara hidangan macam tak kena la.
Makan pizza dalam kotak?
Tak apa pinggan ke wey?

Wey, cawan kaca tak ada ke?
Minum dalam polistrin je.
Gila jugak Domino's ni.

Agak-agak la wey.
Macam nak gi piknik pun ada jugak aku rasa tadi.

Last, aku ada tinggalkan sesuatu :



Ye, aku gigit-gigit cawan tu.
Tanda aku protes dia serve cawan polistrin je.
Cantik tak gigitan cinta aku?
Hahahahahaha~

Take a closer look :



Hahahahahahahahahahahahahahahaha~

Thanks to Faizah Paiwai dan Nawwal Izzah Nordin sebab belanja Siti Nurhana Hamzah.
Sila belanja lagi!

Selasa, 22 Mac 2011

I Miss My Bodyguard

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mac 22, 2011 7 comments
Aku dah parking tadi, ada lori duk hon-hon aku.

Aku toleh kat lori tu, ada mamat sengih-sengih.

Okey, dah nampak kerang busuk, aku pun buat tak tahu je la.

Then dia hon lagi.

Tinnn... tin... (hon dia memang bunyi macam tu okey?)

Aku tengok la kat kereta aku, kot-kot dia nak bagitau yang aku lupa kunci keta ke, lupa tutup lampu ke.

Tapi time tu tengah hari buta, aku takkan pasang lampu. Dan kunci kereta memang selamat dah dalam poket.

Aku berjalan dengan pantas untuk masuk ke dalam pasar raya.

Tin.. tin.. tiinnnnn... tinnnnnnn~~~~

Mamat lori tu hon aku lagi.

Kuat dan panjang bunyinya.

Walaweyh... ko ni bangsa apa? Key pad lock betul.

Malu aku, orang tengok.

Panas! Aku berjaya menahan diri dari menunjukkan jari tengah aku pada mamat kerang tersebut.

Kalau berani, turun la. Setakat main hon atas lori, mak nyah pun boleh buat.

Ni kalau Ayuni ada teman aku ni, confirm mamat tu kecut nak buat camtu.

Ayuni tu bodyguard aku, tapi sekarang dia dah pindah tempat kerja dah.

Sob~ sob~

Wakakaka~ Ayuni, kalau kau baca, jangan bunuh aku. Aku gurau je.

Sampai dalam Giant... aku pun bershopping sakan.

MOTIF??

Aku rindu Ayuni.
Wakakakakaka~


Ni bukan Ayuni. Ayuni lagi cun.

Isnin, 22 November 2010

Special Entry For My Friend

Posted by LeptoSpyra at Isnin, November 22, 2010 7 comments
Assalamualaikum..

Entry kali ni khas di karang untuk my friend iaitu : Nur Makkiah..
Aku tak tau la ko baca ke tak entry ni. Tapi aku buat khas untuk ko ni ha.. Bacalah kalau ada masa.

Ko ingat tak bila kita first time kenal? Aku ingat-ingat lupa la. Tapi yang pasti, kita sekelas dulu. 4 Oren. Darjah 4 tau. Bukan tingkatan 4. Sekolah Kebangsaan Senawang (SKS) Perrrghh dari umur 10 tahun tu. Sekarang dah 23 tahun. Maknanya 23-10=13 tahun dah kita berkawan. Boleh tahan jugak lama. Hihi.

4 oren ni tak salah aku, kelas corot jugak la. Hihi dulu aku memang corot pun. Haha~ ko ingat tak dulu, kalau ada sukan waktu petang, aku mesti tumpang bapak ko. Hahaha, segan gila aku. Ko dengan aku rumah merah kan dulu??

Dulu mengaji pun sama-sama. Hahaha naik basikal ko yang merah tu. Aku jadi penumpang setia. Petang pulak main getah pulak dengan syima, azah. Kadang-kadang ponteng ngaji. Haha gi padang depan masjid, buat BBQ. Sapa entah bawak ikan mak dia. Ko ke?? Baik ko mengaku.



Ni biodata ko time kecik-kecik dulu. huhu~ simpan lagi beb!!




Kawan punya kawan, tak sedar dah habis sekolah rendah, kita masuk sekolah menengah pulak. Dulu kita sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Dua (SMKSD) huhu aku masuk 1 UKM dan ko masuk 1 UUM kan? Tengok, memori aku kuat lagi tau. Hehehe. Time ni ko asyik cerita pasal kawan baik ko, sapa nama dia? Siti Zubaidah ke apa? Tak pasti la pulak. Setahun je kita sekolah situ.

Masuk tingkatan 2, kita daftar masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (SMKTTJ). Nak tak nak kita daftar jugak kan? Sebab dekat dengan rumah. Masa tu, SMKTTJ tak siap lagi. Kita pun menumpang di SMKSD, tapi kelas kita sesi petang. Huhu seksa kan, menumpang sekolah orang. Kita asyik dituduh je. Kalau kelas kotor, budak SMKSD tuduh budak SMKTTJ yang buat. Sedih gila~



Ni pulak gambar kira berempat. Siapa yang snap gambar ni ha? Pn Rodziah kan? Cikgu pendidikan seni kita dulu. hehe~ ingat, ingat..


Ko ingat tak, kita sama sama jadi pengawas dulu. Haha siapa yang interview? Cikgu Yazid dengan cikgu Zainab Bibi. Kita sekelas kan dulu? 2B haha, sama dengan Zurai dan Robaiyah. Ko ingat tak dulu, kita kena piat telinga dengan Cikgu Zainab Bibi. Ni suma sebab kelas bising. Ceh! Tapi tak adil, aku kena piat dua dua belah. Ko sebelah je kan? Sioot betul la. Sampai terjungkit-jungkit kaki aku kena piat. Dulu aku tak tinggi lagi. Hahaha~





Benda ni ko kasi aku time birthday aku, sebelum PMR. hehehe~


Tingkatan 3 kita dah lain lain kelas dah. Aku 3A ko 3C. Still geng pengawas lagi. Tapi tak lama ko stay sini. Lepas PMR ko masuk sekolah teknik kan? Kat Rembau. Kau bawa bersama kawan baik kita iaitu si Zurai. Kih..kih.. Tinggal la aku meneruskan pelajaran di SMKTTJ. Time ni kita berbalas surat. Haha dekat je pun Seremban-Rembau. Dah la rumah dekat, still main surat-surat jugak. Haha~ berbekalkan stem 20 sen, aku setia membalas surat ko.









Contoh-contoh surat tak rasmi kiriman ko kepada aku. aku simpan beb! hahaha~


Sedar tak sedar, masing-masing dah makin sibuk. Lepas SPM masing-masing bawa diri. Aku ke KMNS, pastu terus masuk UKM. Ko pulak membawa haluan ko sendiri. Jumpa balik masa akak ko kawin. Hihi. Sekarang akak ko pun dah ada puteri pulak. Sekejap je masa berlalu.

Tapi kita still berkawan kan? Alhamdulillah. Aku doakan ko berjaya dalam hidup ko. Semoga apa yang ko hajatkan semua termakbul. Tapi hajat ko tu baik-baik la. Jangan buat hajat yang bukan-bukan pulak ye?

Ok la, panjang sangat dah ni. Letih aku menaip. Otak pun dah sakit sebab aku duk korek memori lama je. Hope ko happy dengan entry ni. Ni tanda penghargaan aku untuk ko sebab sudi jadi kawan aku. Sob..sob...

Sabtu, 27 Mac 2010

Having So Much Fun =)

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Mac 27, 2010 2 comments
Assalamualaikum...

Update time =)

Ni la gelagat staf lab **** bila tengah dalam mood gila-gila.

Sape kata duk lab itu membosankan? Ceriyooo je kitaorg. Hehe..

SEBELUM.........




SELEPAS.......



















































Sorry guys, letak gamba korang... Ehehe... Bile lagi mau enjoy mcm ni.. =)
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez