Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Gula-gula Mahal : RM 1.30 Sebiji & Encik Polis

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, April 22, 2011 3 comments
Alhamdulillah, suara dah kembali merdu.

Terima kasih kepada sesiapa yang mencadangkan air asam jawa, air limau, dan sebagainya.

Betul-betul ho-liao. Memang berkesan.

Err sebenarnya aku tak tau apa benda yang menyebabkabkan suara aku kembali merdu. Sama ada air asam jawa atau difflam tu.

Aku juga dapat glycerin of thymol dari HTJS. Jadi, gabungan kesemua bahan itu telah menyembuhkan aku (dan kuasa Allah, of course)

Tak kisah lah. Janji boleh bercakap semula.

By the way, lozeng difflam tu boleh tahan mahal jugak. Sebiji RM 1.30

Wahhhh~ aku beli la sepapan yang ada lapan biji. Takkan nak beli sebiji je kot. Mau kena maki dengan nyonya farmasi tu nanti.

Rasa pun sedap, rasa ceri. Wakakaka~ bajet macam makan gula-gula biasa.




Ohhh~ pagi ni aku rasa nikmat sangat!!!

Kenapa? Nikmat dapat potong kereta peronda polis kat highway.

120km/j tu.




Hahaha~ entah la, aku pun tak tau apasal aku rasa puas..

Rabu, 20 April 2011

Tolong : Tak Boleh Nak Cakap !!!!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 20, 2011 7 comments


Salam

Hari ni dah masuk hari kedua dah sakit tekak + batuk + suara hilang.

Seksa woo menahan perit tekak ni.

Time aku tak ada suara ni, ramai pulak nak ajak berborak.

Apekehal ni wey?

Saja nak kenakan aku ke?

Ke sedap dengar suara aku yang serak-serak basah ni. <--- tipu : bukan serak basah, tapi suara macam mak nyah

Ala-ala ella gitu.

Ah, tak nak la ella, ella macam terlebih manja je.


Semalam kat petrol pump aku dah kena gelak sebab 'keunikan' suara aku ni.



Kurang asam kau ye gelakkan aku.

Memang aku dah mesra dengan kau, aku regular customer kau.

Tapi... jangan gelakkan wey, tak baik.


Doakan aku cepat sembuh ye.

Sebab esok (khamis 21 April 2011) aku ada pertandingan karoke. (tipu)

Hahahaha~ Esok nak jumpa doktor. Kalau suara tak ada, macam mana nak bincang dengan doktor tentang kesihatan aku ni.

Yang paling aku ngeri, kot-kot esok dia rajin pulak pi check tekak aku pulak. Siap jolok-jolok guna batang aiskrim tu. Haruuu~



Petua Indon mari :

- Jangan berbicara suara apalagi berbisik ketika sedang serak, jangan gunakan suara untuk sementara waktu. Jangan bicara apalagi berbisik, karena berbisik dapat lebih menegangkan pita suara ketimbang bicara normal.

Laaa~ yeke? Baru tau. Tak boleh bercakap. Aku pulak gi bantai nyanyi kuat-kuat dalam kereta. Konon nak bagi suara keluar. Hahahahaha~



Balik ni nak terjah farmasi untuk rembat benda alah ni :



Rabu, 13 April 2011

Tak Sabar Untuk Esok !!!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 13, 2011 9 comments
Salam.

Aku tak sabar untuk esok.

Walaupun akan terdapat sedikit kesakitan, aku ku gagahkan juga.

Cewaahhh~ Bukan apa pun.

Esok aku 'terpaksa' pergi hospital untuk 'mengeringkan' darah.

Tak sabar bukan apa, dah 3 bulan aku tak jejak hospital.

Dan dalam tempoh tu, kadang-kadang aku rasa macam body aku ni ada something wrong.

Tapi tak tau la apa benda yang 'wrong' tu.

Itu pasal la aku kena pergi hospital. Kasi cucuk. Kasi keluar itu darah. Kasi test sama itu darah.

Bukan darah sahaja. Urine test pun mau kena buat.

Dah lama tak buat urine test. Sebab last appointment, aku diharamkan membuat urine test.

Ngah~ ngah~ ngah~

Buat-buat faham je la ye kenapa.

Rindu sama bekas ini :



Rindu? Sila muntah. Aku teringat time buat urine collection untuk 24 jam.

Gila la. Hanya orang senasib dengan aku je faham kesusahan dan kepayahannya.

Tapi, aku bersyukur sebab tak seteruk orang lain.

Em, aku teruja bukan sebab apa. Nak tau result dia je.

MAna la tau tiba-tiba bacaan urine protein aku positif pulak.

Maklumlah, makan-makan semua aku bedal tak ingat.



Owh tapi gerun jugak. Adakah 'nurse ganas' tu yang akan menggodek urat halus aku esok.

Seram. Dia selalu cucuk tak kena urat. Lepas tu suka godek-godek jarum kat bawah kulit.

Ingat aku ayam apa?


Hai.. entah syringe besar mana la dia guna esok.



Wayar-wayar ni wajib ada. Alaaa~ tak pakai wayar ni tak boleh ke nurse? Lambat la darah tu nak travel ke dalam syringe.

Pakai syringe siap dengan jarum terus tak boleh ke???



Then tangan aku dicucuk. Glove diikat pada bahagian atas siku. Ketat gila! Kebas tangan aku. Sakit la woooiiii!!!



Dan yang pasti. Banyak tiub untuk collect darah esok.
Esok sure kena tegur dengan pak cik dan mak cik kat situ :

"Apo banyak bona botol tu dik?"

"Apo banyak bona darah kono amik?"

"Humangaiiii~ sakit apo ni dik? Banyak bona tiub eh"

Aku senyum kambing je laaa~

Selasa, 1 Februari 2011

Hambik!!!!

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Februari 01, 2011 1 comments


Tambah lagi 2 koleksi ubat.

Tak kebah jugak demam, tak tau la nak cakap apa

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Cepatlah sembuh~

Ahad, 23 Ogos 2009

Xde BeNDa LaiN NaK CeRiTa

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Ogos 23, 2009 3 comments


Hmm Ramadhan dtg lg
Alhamdulillah, aku masih sempat menyambut kedatangannya
20 hb 8 hari tu g jumpa Dr kat HTJS
Sekali lagi aku masuk spital bare face
Selamber je aku..
Ntah pape ntah
Sekali kene virus, baru tau
Huhu~
Yang check aku Dr india (perempuan)
Muda lak aiii…
Hmm, layanan ok la
Lemah lembut
Rasa cam xmau keluar dr blk dia
Haha~
Aku pun cerita la psl masalah aku
Tapak kaki ni rasa kebas2
Bila berjalan, x dapat nak bezakan
Antara permukaan lantai gn benda lain
Aku ckp cmni bukan apa
Hari tu ada kes
Selipar aku sendiri tercabut pn aku x perasan
Yela, tapak kaki x rasa pape..
Dr tu pun melakukan beberapa ujian kat kaki aku
Habis dia cucuk2 kaki aku
Pastu dia ketuk dgn menatang apa ntah
Habis la badan aku dia check
Kemudian dia pun memanggil Dr Gun
Pakar rheumatologist
Aku dah berdebar2
Pesal kne pggl pakar?
Sakit aku makin teruk ke....?
Xla, Dr tu cume pelik je
Aku punya urine dah xde protein lg dah
Urine protein = negative
Dulu ada
Maknanya, fungsi buah pinggang dah bertambah baik
Alhamdulillah..
Tapi yeke?
Entah2 org lab tu buat silap
..hwa..
Tapi secara keseluruhan
tu puas hati la dgn condition aku sekarang
Kalau x, masakan dia :
Cut down dos steroid aku – makan 2 dan 3 bijik berselang selama 2 minggu. Kemudian teruskan
2 bijik sampai next app.
Next app pulak bulan 10. Haha, lambat lagi tu.. Dr dah mula lepaskan aku.. yahooo...
Hmm pastu amik ubat kat farmasi
Peh, byk betul
Maklumlah stok untuk 2 bulan
Kenyang la aku dok makan ubat jek~

Ahad, 2 Ogos 2009

Hai ObaT Hai ObaT, MaRi MaKaN ObaT

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Ogos 02, 2009 0 comments
Senarai pil yang aku amik untuk mengawal SLE

  • Prednisolone- sejenis steroid. Fungsi, melemahkan sistem imun bg jgn terlalu aktif. Kalau sistem imun tu aktif sgt, habis la sume organ aku dia gi attack.
  • Kalsium- oleh sbb aku amik steroid, tulang aku blh jd mudah patah. So, kalsium membantu menguatkan tulang dan gigi juge.. :)
  • Rocaltrol calcitriol- pil couple gn kalsium. Rupa mcm telur cicak, tapi lembut. Membantu tubuh menyerap kalsium di dalam tubuh
  • Hydroxy chloroquine sulphate- ubat anti malaria sebenarnya. Tp sejarah membuktikan, ubat ni mampu mengurangkan gejala-gekala penyakit SLE. So, makan je la..
  • Vitamin B Complex- menambahkan sel darah merah aku yg low giler ni
  • Asid Folik- juge menambahkan sel darah merah
  • Iron tablet- darah lagi la.. haiyyo botui
  • Transfer factor- kolostrum lembu + egg yolk. Makanan tambahan ni. Kirenye ubat alternatif la.. mahal gile. Aku ni mmg menghabskan duit parents jekk.. :(

ChEck Up... Apa YanG BaGuS

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Ogos 02, 2009 0 comments



Semalam g check up kat HTJ. Fuh buat pertama kalinya aku rs sekejap je kne tggu.

Slalunya lame giler.. sampai tersengguk2 jgk la menahan ngantuk. Dr kali ni best

sbb friendly, sbb dia perempuan kot that’s y aku rs selesa ble nk bercerita.

Dr kata keputusan ujian darah makin baik.. Alhamdulillah..

Dan..yang paling best, steroid telah dikurangkan dosnya. Slalu kne amik 4 biji tp skrg 3 biji je..

hehe. Tapi 4 biji tu kire sikit jgk la bbanding patient lain. Sampai 10 biji sehari. Gile wei..

Next app 20 ogos.. aiseh, sehari slpas konvo tu.. dan klinik pn da tukar. Dr klinik rheumatologi

ke klinik SLE. Ni kre klinik yg sbnr2nya utk patient mcm aku ni.

Selama mengambik steroid ni, mcm2 perubahan da blaku dlm diri aku. Meh sni aku buat list

  • Selera makan makin mengganas, asyk mau mkn je. Tp xde benda nak makan. Perut x penah kenyang! (tp x gemuk lg la)
  • Berat badan makin naik. Tp skt2 je.. tp bgusla. Aku kan kurus tahap gaban
  • Senang bpeluh ma.. peluh lepas makan nasi = peluh lepas maraton 50 km!!!
  • Muke dah mule tumbuh acne.. wa... tp slamber je la..
Tp yg bagusnye, skrg sakit dah terkawal.. alhamdulillah. Dulu mmg penat gle, asyk demam je n

selera makan xde lgsg. Nak jalan pn tak larat. Seksa... tp skrg, Allah dah beri aku kesihatan.

Syukur.. yg penting, think positive!!

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez