Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 April 2011

Tak Sabar Untuk Esok !!!

Posted by LeptoSpyra at Rabu, April 13, 2011
Salam.

Aku tak sabar untuk esok.

Walaupun akan terdapat sedikit kesakitan, aku ku gagahkan juga.

Cewaahhh~ Bukan apa pun.

Esok aku 'terpaksa' pergi hospital untuk 'mengeringkan' darah.

Tak sabar bukan apa, dah 3 bulan aku tak jejak hospital.

Dan dalam tempoh tu, kadang-kadang aku rasa macam body aku ni ada something wrong.

Tapi tak tau la apa benda yang 'wrong' tu.

Itu pasal la aku kena pergi hospital. Kasi cucuk. Kasi keluar itu darah. Kasi test sama itu darah.

Bukan darah sahaja. Urine test pun mau kena buat.

Dah lama tak buat urine test. Sebab last appointment, aku diharamkan membuat urine test.

Ngah~ ngah~ ngah~

Buat-buat faham je la ye kenapa.

Rindu sama bekas ini :



Rindu? Sila muntah. Aku teringat time buat urine collection untuk 24 jam.

Gila la. Hanya orang senasib dengan aku je faham kesusahan dan kepayahannya.

Tapi, aku bersyukur sebab tak seteruk orang lain.

Em, aku teruja bukan sebab apa. Nak tau result dia je.

MAna la tau tiba-tiba bacaan urine protein aku positif pulak.

Maklumlah, makan-makan semua aku bedal tak ingat.



Owh tapi gerun jugak. Adakah 'nurse ganas' tu yang akan menggodek urat halus aku esok.

Seram. Dia selalu cucuk tak kena urat. Lepas tu suka godek-godek jarum kat bawah kulit.

Ingat aku ayam apa?


Hai.. entah syringe besar mana la dia guna esok.



Wayar-wayar ni wajib ada. Alaaa~ tak pakai wayar ni tak boleh ke nurse? Lambat la darah tu nak travel ke dalam syringe.

Pakai syringe siap dengan jarum terus tak boleh ke???



Then tangan aku dicucuk. Glove diikat pada bahagian atas siku. Ketat gila! Kebas tangan aku. Sakit la woooiiii!!!



Dan yang pasti. Banyak tiub untuk collect darah esok.
Esok sure kena tegur dengan pak cik dan mak cik kat situ :

"Apo banyak bona botol tu dik?"

"Apo banyak bona darah kono amik?"

"Humangaiiii~ sakit apo ni dik? Banyak bona tiub eh"

Aku senyum kambing je laaa~

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

jage kesihatan ye hana

Unknown on 13 April 2011 pada 12:41 PTG berkata...

wow dasyatnya.. be strong k..^_^

aimaniman on 13 April 2011 pada 4:52 PTG berkata...

ish23x.. kesian tengok adik..akak x pernah kena amek darah2 ni sampai aa time muntah2.. kalau x.. x kene amek pon.. alhamdulillah x ada sakit.. bersabar k
jom join contest nieh
http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html

Tanpa Nama berkata...

gud luck for blood test tomorrow


: )

semoga sihat-sihat saja

esya ecah on 13 April 2011 pada 7:55 PTG berkata...

hahaha hana....huhuhu...kite nie..slg 4 hari skang amek drh tau..seksa dooniaaa...hahahahah...tp mang r..lau appoiment...smpi acik2 kt situ tgk sleck..6-7 btol skali..urine collection smpi 2 btol..tue xkire lau 24hr container punyer..haha pe2 pun be strong keh..lau die godek2 lebih...ckp..akak..sy nie mnusia..bkn patung..hahahaah ^_^

Unknown on 13 April 2011 pada 8:38 PTG berkata...

aaaaa..rindu dengan botol tu?haishhh

Fifieyqa on 14 April 2011 pada 10:44 PG berkata...

ee,,takutla nak kena cucuk2 ni..hana sakit ape??

hazam on 14 April 2011 pada 1:10 PTG berkata...

sabar ye hana...tabahkan hati...

iny on 14 April 2011 pada 4:52 PTG berkata...

maaf tanye,hana sakit ape??
n besenye klu gune syringe plus wire tu lagi mudah nak dapatkan darah klu susah cari urat.
hope u sihat n kuat ok!

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez