Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 April 2011

Gemuk Time Bercinta : Kenapa? Kenapa? Why?? Why??

Posted by LeptoSpyra at Isnin, April 25, 2011






Seriously, why people easily put on their weight??

Kenapa aku tidak??

Kenapa??

Kenapa time bercinta semua orang mudah menjadi gemuk?

Kenapa aku tidak??

Why? Why?

Hahahaha~ sengal la.

Kenapa time bercinta orang lebih gemuk dari biasa :

1- Hati senang dah ada buah hati
Bila dah bercinta ni, semua indah kot. Nampak kari berselera, nampak minyak pun rasa nak togok. Semua nampak indah je. Tapi, kalau buah hati asyik buat hal, hati senang ke? Boleh tumpul apa selera makan kalau buah hati merajuk. Ai.. leceh lah..

2- Sentiasa memasak untuk praktis time kahwin nanti
Logically, bila ko masak dengan banyak, makan pun mesti banyak kan? Ye ke ni wey? Sampai tak sedar badan ko pun membulat..

3- Asal dating je makan, asal makan je dating
Hah! Ni menyumbang percentage untuk jadi montel jugak ni. Makan order banyak pulak tu. Bila ko order banyak, nak makan pun ambil masa, dapat dating lama sikit. Ye tak? Ye... Akuinya!!

4- Bila dah ada buah hati, forget to work out
Ha la.. dah ada buah hati kan. Lebih masa diluangkan bersama si dia. Jadi, lupakan sukan-sukan di waktu petang. Lupakan gym, bola sepak dan bola jaring. Balik kerja, mesej si dia, sambil baring atas katil. Siap mengunyah jajan lagi. Mana tak chubby der..

5- Bila dah sayang
'sayang dah makan ke belum?'
"dah makan dah tadi"
'ala, sampai hati tak tunggu Baby. Jom la teman Baby makan'
"erm, yela..yela"

Tu dia... ko makan 2x. First tadi sebab ko lapar, second ko makan sebab nak teman si dia, konon nak jaga hati la tu kononnya. Tau-tau je perut dah muncit. Agagaga~

6- Kekasih yang pemurah
Kekasih ko asyik masak untuk ko je. Rajin betul dia masak ye? Saje la tu nak menunjukkan bahawa ko tak tersilap memilih dia. Yelah, pandai masak. Bak kata orang calon bini mithali. Walaupun tak sedap, ko main telan je. Ala, nak jaga hati. Karang merajuk pulak. Tup-tup, naik 10 kilo. Amekkau!!


Okey, masalah kita dah tau. Kita dah identify. Sekarang aku nak bagi jalan penyelesaian pulak.

Penyelesaiannya : Jeng.. jeng.. jeng...

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jangan bercinta. Hahahahaha~

Mampukan melawan perasaan?

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

no,no, no, no cannot.
we cant against that feeling :D

Unknown on 25 April 2011 pada 10:02 PTG berkata...

bercinta itu boleh..couple ? tetttt~
gemok elok gak pas kawin..klu dah gemuk pas kawin lg tak best..kang suami takleh trima kita lak..sbb sebelum kite slim..haha..

LeptoSpyra on 27 April 2011 pada 10:20 PG berkata...

farah : ahahaha~ orang tengah bercinta, mmg la akan cakap macam tu. kan? hahaha

Amira : suami camtu tak boleh pakai. sebab memandang luaran saje.. huhu~

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez