Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 18 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 4

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Mei 18, 2011
Day 4 : 10 things you want to say to one person



Baru hari ke 4. Tsskk. Tsskk. Tsskk. Lambat lagi la nampaknya nak masuk hari ke 10.

Okey, back to the challenge.

Orang yang aku pilih : Along aku.

Ni yang aku nak katakan padanya :

1. Along, aku rindu...

2. Along, aku sunyi...

3. Along, kenapa kau pergi dulu...

4. Along, aku dah tak ada teman bermain & bergurau senda...

5. Along, aku harap kau yang akan memberi tunjuk ajar pada aku. Beri aku panduan dalam hal berkaitan perempuan, hati dan perasaan serta berkongsi cerita. Tapi apakan daya...

6. Along, bila aku kahwin nanti, aku harap kau jadi pengapit aku. Kau tolong solek kan aku. Tolong siap kan diri aku sempena hari bahagia aku. Tapi...

7. Along, bila mak dan abah dah tak ada nanti, aku macam mana? Dapat kah aku teruskan hidup ini bersendirian...

8. Along, aku nak mintak maaf sangat-sangat kalau dulu aku pernah sakitkan hati kau. Gurau kasar dengan kau. Tu semua memang sifat aku. Maafkan aku. Aku tahu dah terlambat sekarang...

9. Along, walaupun kau jauh, aku sentiasa doakan kau. Percayalah. Walaupun aku jarang jenguk kau di sana, tak bermakna aku lupakan kau. Mak dan abah pun tentu selalu ingat pada kau...

10. Along, damailah di sana. Tunggu kedatangan aku. Entah bila...

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

saya pon buleh jadi along kamu :D jgn sedih2 ye..

Abu Bagi on 18 Mei 2011 pada 8:04 PTG berkata...

sya pun jgk :D

adan on 19 Mei 2011 pada 10:15 PG berkata...

ahahaha... kejam sungguh panda ni.. boleh pulak buat dajjal kat orang lain..

Putera Jon on 26 Mei 2011 pada 12:44 PTG berkata...

jangan takut & jangan bersedih... sesungguhnya Allah bersama kita.. :)

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez