Khamis, 5 Mei 2011
Cabaran 10 Hari : Hari 1
Day 1 : 10 Things about you.
1. Aku seorang yang pendiam. Memang jarang aku nak memulakan sesuatu
perbualan, melainkan pada hari tertentu. Hari tertentu itu termasuklah pada hari-hari
aku berasa happy, mood pun tengah high. Dan bila aku tak dapat menahan marah pun, aku
akan menjadi tidak pendiam. Hahaha~
2. Aku seorang yang sensitif. Yes!!! Sangat sensitif. Kalau ko ada tersalah
cakap sikit pun, aku boleh sentap. Jadi jangan guna bahasa kasar dengan aku. Kecuali
aku pun guna bahasa kasar dengan ko. Aku kasar-kasar dengan member lama aku je.
Terutama yang watak ala-ala 'perempuan ganas'
3. Aku ni mudah ketawa. Kadang-kadang benda kecik pun aku boleh ketawa sampai
10 minit. Orang lain dah stop ketawa, aku boleh lagi terbahak-bahak kat situ. Well,
that's me. Pernah aku ketawa sampai sakit pipi. Orang yang tak biasa dengan aku
memang akan anggap benda ni pelik. Siapa yang tau perangai aku, maafkan je la ye?
4. Suka ketawa tiba-tiba. Bukan apa, kadang-kadang imaginasi tinggi. Selalu pikir
benda-benda yang mengarut. Benda tak berlaku lagi, aku dah bayang yang bukan-bukan.
Dan bayangan tu selalunya kelakar la. Kalau tak, takkan aku nak ketawa kan. Huhuhu~
Contohnya aku bayangkan paip tercabut time Dr Palsan cuba membuka set degassed.
Hahaha sengal Hana.
5. Aku confirm akan menyanyi dalam kereta. Confirm. Fullstop.
6. Plain. Aku ni bukan kaki make-up dan memang tak pandai nak dress lebih-lebih. So
ko kalau tengok personaliti aku yang selenga, ala-ala kampung, ko maafkan je la. Ni
kat muka aku ni, memang aku tak tempek apa selain bedak. Tak ada blusher, tak ada
eye-shadow, lipstik pun tak ada. Okey, lip balm ada. Hahaha~
7. Aku tak pernah basuh kereta. Huaahahahahahaha! Tapi tak bermakna kereta aku buruk
dan kotor. Abah aku yang rajin sangat nak basuh. Aku tak boleh nak buat apa. Tapi aku
rasa mak aku pun tak pernah basuh kereta dia. Berapa tahun tu. Lagi lama. Abah
penyelamat kami kaum perempuan. Hahahaha~
8. 1 abah, 1 mak, 1 adik, 1 kakak dan 1 teman hidup. Harap-harap semua ni kekal.
Kawan lain tau? Kawan tak sama dengan teman hidup. Kahkahkah~
9. Umur 24 tahun ni. Haisyyyhhh~~ bila nak kawin ni? Anybody? Halooo~ anybody nak
ambil aku sebagai life time partner? Sure ko tak nak kan? Selepas membaca 10 things
about aku ni. Wakakaka~
10. Aiseh, dah 10? Banyak lagi list ni. Em.. anu..anu tak ada idea la pulak secara
tiba-tiba. Hah! Last pasal aku, aku ni baik hati. Hahaha~ baik apa. Cuba ko compare
aku dengan Obama. Tak pun Hitler. Mana lagi baik? Of course la aku menang. Hahahaha~
Baik la tu.
Okey, habis sudah. Tunggu 'Day 2' nanti ye?
Categories
diri aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
Ooo hana patutlah dlu, tyme tgh wat keje atau borak2 gn aku ko tiba-tiba gelak..Msti ko membayangkan sesuatu ke ats aku...
menarik juga anda ini..ya.. :D
Catat Ulasan