Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 9 Mei 2011

Entry Ala Diari : Nostalgia Ahad Malam

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mei 09, 2011
Ahad. Malam.
Sambil menonton tv, fikiran aku melayang. Ditemani sebuah tv kecik dan perasaan sunyi, aku teringat zaman persekolahan yang pernah aku lalui satu ketika dulu. Zaman persekolahan yang dah 7 tahun aku tinggalkan.

Peh, kalau ingat balik memang seronok. Pada ahad malam macam ni la aku selalu kalut.



Dulu dalam pukul 8 malam, aku akan kapur kasut sekolah aku. Memang jadi tabiat aku kapur kasut pada ahad malam. Kasut putih yang separa kepam aku kapur dengan tebal. Dan esoknya, akan nampaklah rekahan kapur atas kasut aku. Time nak ikat tali kasut, sampai boleh terbang debu kapur tu. Punyalah tebal aku kapur. Nak putih punya pasal.



Ahad malam jugaklah aku gosok uniform sekolah aku. Dulu rumah ni tak ada ironing board. Jadi memang aku bersila sambil gosok baju. Berpeluh jugak la. Susah tu gosok atas lantai. Paling sakit hati, alas kain gosok tu ikut bergerak time menggosok. Iron pulak jenis yang berat tu. Pehhh~ memang merana aku setiap ahad malam.



Tak lupa jugak, aku akan check balik buku kot-kot ada homework yang belum siap. Ko janganlah ikut perangai aku ni. Ahad malam baru nak selak. Kahkahkah. Masa form 5 dulu aku memang cukup takut dengan cikgu BM aku. Kalau homework tak siap memang dia bantai kepala. Tak kira laki ke, perempuan ke, semua kena. Nasib aku tak pernah kena dengan dia. Tu lah penangan Cikgu Ismail Seman.





Dah siap selak buku, tiba masa untuk susun buku ikut jadual. Hari isnin, ikut jadual isnin. Time ni la berbelah bahagi, nak bawak buku teks ke tak nak. Kalau bawak, tengok-tengok tak guna. Tak bawak karang kena hempuk dengan cikgu.. Bawak je la. Dulu aku gi sekolah jalan kaki. Semput jugaklah kalau bawak buku teks banyak-banyak. Susun punya susun, pastu sumbat buku dalam beg. Kalau beg tak muat, ikat la pakai book-band tu. Memang popular benda tu dulu. Siap ada seni mengikat benda alah tu. Hahahahaha~ kelakar betul kalau ingat balik.

Kadang-kadang aku kesian dengan budak sekarang. Buku banyak nak kena bawak. Beg dorang kalau angkat memang berat. Kadang-kadang ko boleh tengok penyandang beg dia ada kesan koyak. Kesian. Bawak buku sampai koyak beg. Dah la badan budak tu kecik.

Okey, sambung balik...

Sebelum tido, aku isi air dalam botol. Buat bekalan nak bawak gi sekolah. Sangkut uniform siap-siap. Stokin, baju kecik, seluar kecik, singlet, kain dalam, semua aku letak kat satu tempat. Memang dah jadi tabiat aku macam tu. Esoknya senang, capai je. Tak payah pening-pening nak cari. Time tu nak pakai, time tu la ko nak cari!! Takde, aku bukan jenis macam tu.



Esoknya (isnin pagi) pergilah aku ke sekolah. Time siap-siap pakai uniform, aku selalu tertunggu-tunggu panggilan dari mak aku. Sebab apa? Duit belanja. Kihkihkih. Mak aku panggil je, time tu la dapat duit belanja. Dulu duit belanja aku RM2 je.



Bila aku habis sekolah, aku dapat tahu adik aku dapat duit belanja RM5-RM10, aku memang tak puas hati. Wakiman betul. Apasal ko dapat lebih ha??? Dah la dia buat beli rokok. Musibat betul. Tak pa la, rezeki ko wakiman.


Bersambung....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

saye pun xsuke perokok.. =P

~mY LiFe~ on 16 Mei 2011 pada 11:32 PG berkata...

haha.. mmng hazab la klu dpt cikgu ISMAIL SEMAN tu... kna tahan je la spe jd mngsa baling kapur.... kuikui... aku pun jd mngsa gak... gare2 xnk jd asst monitor 5 Cekap..

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez