Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 9 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 3

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Mei 09, 2011
Day 3 : 10 things you hate

1. Serangga

Serangga yang paling aku benci, toplist adalah LIPAS. Come on, siapa yang nak bergurau dengan aku, tolong jangan bagi lipas dekat aku. Aku boleh putus sahabat pasal lipas. Serius ni.







Tangga kedua jatuh kepada RIANG-RIANG. Tapi nasib baik riang-riang jarang didapati. Alhamdulillah. Pendek kata, aku benci serangga yang ada bendalir badan. LIPAS, RIANG-RIANG & BELALANG KUNYIT paling aku benci!!

2. Asap rokok



Memang aku suka bau rokok. Tapi asap dia, mintak maaf la. Tambah pulak kalau asap jenis serobong kapal. Tak pun macam ekzos kereta kebal.

3. Penipu & cakap berbelit

Ni pun aku benci jugak. Nak tipu orang, ingat orang tak tau ke yang ko tu penipu. Grow up la. Tipu la benda yang logik sikit.

Lagi satu spesis aku tak suka, cakap berbelit. Mula-mula ko kata macam ni. Pastu ko kata camtu pulak. Mana satu ni woii?? Boleh hilang mood aku kalau jumpa orang macam ni.

4. Plan cancel last minit

Ni pun aku benci jugak. Orang dah excited, tiba-tiba tak jadi. Waarrrgggggggghhhhhh! Ada yang makan kasut pulak karang.

5. Sidai baju

Aduh, aku benci bukan sebab apa. Time nak sidai mesti ada orang skodeng. Malu la aku nak sidai baju 'anak-anak'. Asal nak sidai baju je, dia keluar. Asal dia keluar je, aku sidai baju. Tensi.

Aku tak suka sidai baju sebab aku tinggi. Susah la.. Kepala asyik tersangkut kat wayar penyidai tu. Adehhh~

6. Tempat sesak dan bising

Ko tak payah ajak aku gi clubbing. Memang aku takkan jejak. Sesak, bising, busuk. Lupakan je la. Nak gi KL pun aku fikir 24 kali dulu.

7. Bila perut lapar, tapi makanan yillek

Memang tak syok lansung. Benci dengan situasi macam ni. Paling malas nak gi kedai beli makanan. Leceh la. Dah la aku perempuan. Kena siap-siap bagai. Kalau aku lelaki, rileks je gi kedai pakai seluar pendek. Busuk pun tak apa sebab tak ada orang yang kisah.

8. Sakit perut

Tak kisah la sakit sebab angin ke, ceri-beri ke, lapar ke atau senggugut. Serba tak kena jadinya. Hahaha~ tak suka, tapi makan tak jaga, main bantai je. memang patut la aku selalu dapat sakit perut.

9. Bila makanan tak seperti yang diharapkan

Aku tak suka la mee aku banyak taugeh. Taugeh lagi banyak dari mee kot. Pastu tabur daun bawang sampai tutup mee. Aku order mee goreng, tapi dia bagi 'taugeh' goreng. Lagi aku tak suka ada bawang goreng. Nak letak boleh, tapi jangan la banyak sangat. Hilang rasa selera aku.

10. Menyanyi dalam jamban



Aku ada jiran belakang rumah. Dia selalu menyanyi dalam jamban. Ingat aku tak tau? Dia punya gema aku boleh cam. Kot iye pun sembelit, tak payah la menyanyi kuat sangat. Aku rasa dia menyanyi sambil meneran. Wakakakaka~

K. Salam, tiba-tiba ada kerja.

6 comments:

ILA HonEyBuNNy on 11 Mei 2011 pada 12:08 PTG berkata...

owh...paling geli dengan lipas....eeee...hehe...

betul tu..kalau plan cancel last minit mmg hangin sedunia la..heheh...

Si KuCar KaciR on 11 Mei 2011 pada 12:22 PTG berkata...

xsuka tempat sesak and bising gak. serabut2.

hafizmd on 11 Mei 2011 pada 1:07 PTG berkata...

Dlam byk2 senarai ni...paling tak suka ialah manusia yg hisap rokok tapi tak reti nak hisap rokok jauh2...sakit kepala!

Unknown on 11 Mei 2011 pada 1:13 PTG berkata...

nape tak suka Riang Riang to comey apa

cik sakdi on 11 Mei 2011 pada 10:42 PTG berkata...

riang riang? xpernah tau. hehe

ziana on 12 Mei 2011 pada 10:51 PG berkata...

Ya Allah dik, teringat masa kakak akak masih kat IMR before fly to London further study..ada asid namer apa ntah yg macam dalam TERMINATOR tu tumpah..kawan dia siap putus jari..Ya. Allah ngerinyer..Hati-hati la..Safety First

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez