Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 25 Disember 2010

Surat Kepada Bos Besar

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Disember 25, 2010


Bos besar,

Walaupun saya bukan student, saya tak sabar nak naik sem baru. Sesi January 2011 ni. Cepatlah.. cepat lah.. Dah bosan tahap gaban ni. Lagipun saya nak menajamkan lagi bakat saya membuat kultur bakteria. Asal buat, mesti ada yang contaminate. Aiseh, belum boleh jadi microbian sejati la ni.

Tak lupa juga tanggungjawab saya untuk membuat sampel untuk subjek Biochemistry. Perrrgghhhh~ membeli jantung ayam dengan banyaknya. Ye, jantung. Bukan hati. Susah jugak nak dapat. Dah la jantung ayam tu kecik, berapa banyak ayam la kena sembelih untuk dapat jantung ayam yang mencapai berat yang diidamkan.

Subjek apa ye yang bakal saya pegang? Sama macam sem lepas ke? Banyak ke student saya? Adakah saya akan dapat student A-Level lagi? Peh, seksa la. Dah la ramai. Sample kena prepare sorang satu pulak tu. Mau pengsan saya nanti. Kalau dah dapat A-Level, for sure “besen ajaib” saya besar dan banyak. Hua ha ha

Bos besar,

Saya harap ada staff baru. Amik la barang 2 orang lagi untuk lab ni. Penat bossss.. Amik yang lelaki (Paul Wesley) la kalau boleh. Boleh jugak cuci mata. Keh..keh.. Dalam lab ni semua perempuan. Takda penyeri la. Hahaha~ yang sebenarnya, saya tak larat nak angkat benda-benda berat. Tolonglah ambil staff lelaki yang betul-betul lelaki. Bukan yang awwww~



Harap-harap saya tak pegang banyak subjek chemistry. Saya benci lab chem. Bau bahan kimia dia kuat gila. Datang situ gerenti sakit hidung. Dah la sejuk macam kutub utara. Air-cond centralize tak boleh nak adjust. Lepas tu, suis fume hood adalah dalam sebatu jauhnya dari fume hood itu sendiri. SENGAL!!

Tu belum fizik pulak. Macam-macam mesin/apparatus kena angkut. Besar gedabak. Kalau ringan macam kapas takpe, saya boleh terima. Ni berat macam tong gas. Dah la kadang-kadang kena buat wiring. Pasang wire kat ‘buaya’ dan ‘pisang’. Ahahahaha~ mesti bos tak faham kan? Layan je. Tapi hati terubat kalau dapat kelas Mr Shankar.. segala penat lelah terbayar kerana beliau amat rajin dan independent.

Bos besar, sila ringankan tugas saya ye. Saya dah banyak suffer keje di sini. Walaupun saya enjoy, tapi saya kurus. Keje di sini membuatkan hasrat murni saya untuk gemuk terbantut.

Bos besar, adalah demikian, sila belanja kami KFC setiap petang. Bagi menggantikan kalori yang terbakar akibat kerja berlebihan.




Sekian,
Saya yang terseksa.

1 comments:

Ayuni Ismail on 13 Januari 2011 pada 4:11 PTG berkata...

Hah, sekarang mesti ko tgh bz kn..Bl start ader kelas blk????

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez