Keh keh, tak sangka betul ada orang tegur nama aku.
Hari tu aku saja gatal-gatal tukar nama di facebook. Aku guna nama samaran 'Keropok Lekor'
Sekejap je aku tukar. Dalam 2 hari je kot. Aku rasa, tak ada orang pun yang perasan aku tukar nama tu.
Tapi lepas tu ada hamba allah ni tegur nama aku.
Sila lihat mesej ini :
Keh keh, ala, aku saja je tukar. Facebook je pun. Bukan aku tukar nama kat mykad aku.
Aku rasa nama keropok lekor tu takde la hina pun. Dan aku tak berniat nak hina siapa-siapa pun.
Bukan aku mencarut pun. Tapi since hamba allah ni tegur aku secara baik, aku pun balas la baik-baik.
Aku hormat pandangan dia. Lagipun sah-sah dia tua dari aku kan? No offence ok?
P/s : Jangan emosi sangat
Sabtu, 4 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
poyo..benda tu pun nak tegur. busy body gile.
kah..kah.. tau xpa, layan je la
Catat Ulasan