Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 6 November 2010

Serebelum & serebrum saya sudah berehat. Anda bila lagi??

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, November 06, 2010
Assalamualaikum....

Setelah sekian lama, akhirnya aku pulang ke pangkal jalan.. ehehe~ rindu sama tempat ini. Mana lagi kalau bukan kampungku.. Kampung Selemak, Rembau N. Sembilan. Alahai dekat je kan? Ok what, tiap kali raya mak abah aku tak pernah gaduh nak balik mana dulu.

Our ride



Our driver. Kantoi di situ. Abah ku tahu kot yang aku snap gambar dia curik curik. Sebab boleh nampak dari side mirror.. Haiyyzzz!!



Aktiviti dimulakan dengan upacara makan-makan.. memang terbaikk!!
Ini dia, popia goreng bersama kuah yang maha pedas. Dibeli dari makcik kueh. Hahaha.



Dan yang ni pulak bebola ubi goreng. Ek? Betul ke nama dia macam ni? Hentam sajalah..



Ni pulak jagung. Air tangan wan kesayanganku~ Jagung rebus di leraikan dari tongkolnya. Pastu dicampur dengan isi kelapa muda yang dikukur. Tak lupa gula melaka @ gula anau. Kadar campuran adalah 1:1:1 baru dapat rasa yang sedap macam ni. Ececeh~



Mai sechawann~



Kemudian, jalan jalan tengok kolam ikan. Ala, kolam kanvas je weii.. Tak merasa la aku nak celup celup kaki dalam tu. Lagipun bela ikan keli. Karang tak pasal pasal kena gigit atau sengat nanti..

See?? Nampak tak sesungut dia? Baik ko nampak sekarang! Kalau x!!! Ahahaha~ siap ada pokok kiambang bagai dalam tu..









Yang ni pulak, rumah arnab ni progress. Hehe~ tipu je. Ni bak kata wan aku : rumah keto. Aku pun pelik, kereta pun ada rumah.. setelah beberapa lama berfikir, baru aku tahu. Ooo~ nak buat garaj kereta.. aduyaii...



Ni yang paling best time balik kampung : dapat jumpa kucing oren yang super duper manja.. Layan kan je la budak sekor ni. Hehehe~















Trade mark rumah kampung : jamban kat luar dan pokok kelapa. Stylo tak jamban tu? Cat kuning tu.. hehehe~



Konon nak amik gambar macam professional photographer... tapi hasil macam haram je.. Ampun! Saya amatur.

Ayam pun aku skodeng.. Hamik kau.. ni la kojo den bilo takdo kojo.




Wan aku... rock tu. Hehehe~ kasi censor sikit =p



Motor buruk. Nasib baik no plat dah pecah, tak payah susah susah aku edit kasi censor. Hahaha~



Kepok aka stor.. betul ke ejaan dia camtu? Sapa orang nogori tau la kot. Orang ganu tak paham kot. Hehehe banyakkn basikal? Ni kalau time cuti sekolah ni, jangan harap boleh jumpa basikal tersadai macam ni. Suma berebut nak kayuh basikal.




Ni permandangan sekitar rumah wan.. Familiar tak? Sapa rasa familiar, boleh la datang singgah. Ekekeke..











Mak, abah, minggu depan kita balik lagi ye?? hehehe~

3 comments:

chokeLy on 6 November 2010 pada 8:49 PTG berkata...

bess nye..
^^

Tanpa Nama berkata...

mau ikut balik kg juge dear.

LeptoSpyra on 8 November 2010 pada 8:07 PG berkata...

jom sume, balik kg. hehehe~

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez