Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 21 November 2010

Membuli Bata

Posted by LeptoSpyra at Ahad, November 21, 2010


Assalamualaikum..

Aku tengah sakit hati ni. Walaupun dah 3 hari berlalu, tapi rasa geram ni ada lagi. Begini, hari jumaat hari tu aku bershopping. Yes, alone! Sebab geng suma tak ada. Depa masing-masing busy. Aku je yang cuti panjang. 5 hari tu. Puas duduk rumah. Asyik tengok arnab je. Haha rasanya arnab tu pun duk complain :

Si ibu : Tak ada muka lain ka yang bagi kita makan?

Si anak pulak berkata : Mommy, kenapa asyik dia ni saja yang basuh rumah kita?

Hahaha layan je la.

Ok back to the story, aku shopping. Beli la barang sikit. Teringat pulak kasut keje aku tu dah lunyai. Air pun boleh masuk melalui tapak dia. Hard core tak hard core aku pakai kasut? Huhuhu lantas aku pun masuk kedai bata.
Biasa la kan sebelum beli mesti la nak survey dulu. Aku pun bertawaf dalam kedai tu. Masa tu ada 2 pekerja.

Haissyy!! Rimas betul aku. Dah la kedai tu kecik je, si pekerja tu asyik ikut je mana aku pergi. Aku masuk kanan, dia masuk kanan, aku masuk kiri, dia masuk kiri. Aku berhenti, dia berhenti. Aku terjun gaung, dia ikut aku terjun gaung???? Gila fed up. Pastu duk pandang aku dari atas ke bawah. Apa punya sengal macam tak pernah tengok orang. Hahaa maybe i'm the first costumer on that day. Tu yang macam excited kot. Hahaha.

Sampai kat satu corner, aku pun terkepung oleh kedua dua pekerja tu. Like hello, aku nak pilih barang ni, bukan nak main galah panjang. Demi membalas dendam, aku pun mencuba pelbagai jenis kasut. Then, aku suruh diaorang ambil kasut yang sesuai dengan saiz aku. Hahahahah, mesti ko penat gila kan layan karenah aku? Sapa suruh ko buat aku fed up.

Aku pun tak tahu berapa lama aku duk buli diaorg. Hehehe last last aku beli la sepasang kasut. Ha, nasib baik aku beli. Kalau tak beli, for sure aku kena cursed dengan pekerja tu. Haha kesian la, dia dah penat penat selongkar stor cari kasut saiz kaki aku.

Pengajaran dia kat sini, bagilah ruang untuk curtomer cari dan memilih barang dengan selesa. Ni tak, asyik folllow orang, kot muka manis tak apa, ni muka macam cuka getah. Kita jadi tak selesalah nak pilih kan? Betul tak?

P/s : Rasanya diaorang lagi sesuai jadi escort kot. Body guard ke. Takpun PA artis. Huhuhu

0 comments:

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez