Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 6 Mei 2011

Cabaran 10 Hari : Hari 2

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Mei 06, 2011 3 comments


Day two : 10 things you love

Aku confuse sebenarnya. 10 things you love ni pasal benda/perkara yang aku suka ke, benda yang aku sayang? English ni memang la!!! 1 perkataan ada banyak makna. Contoh : FIRE. Api ke tembak?

Ha, siapa nak jawab tu? Sorry off topik pulak.

Jadi aku akan menggabungkan kedua-dua elemen di atas.

1. Handphone Nokia E63



Ni paling sayang ni. Penting untuk percintaan jarak jauh. Kahkahkah~ Dulu aku pakai handphone cikai-cikai je. Tak la aku kata handphone ni power bebenar, cuma ada extra fuction. Pilih handphone ni dulu sebab ada 3g, 'dia' suruh aku beli handphone ada 3g. I ingat lagi. U jangan nak nafikan okey? Hahahaha~

2. MyVi Grey Aku



Sayang ooooiii~ Aset ni. Harta pertama aku beli. Harap-harap kereta ni bertahan la sampai aku tua. Gila, dah tua pakai MyVi. Ahhh, peduli apa. Aku punya duit kan. Aku yang bayar. Kau kisah apa.. Aku cakap camni bukan apa, ramai kata MyVi ni kereta untuk orang muda, kereta perempuan, dan macam-macam la lagi. Ada aku kisah...
Huhuhu~

3. Key Chain Bentuk Love



Ni gambar hiasan je. Huhuhu penting benda ni. Kenapa? Pemberian pertama ni. Pemberian pertama. Selalu bagi makan, makanan tu jadi darah/daging/bahan buangan (kahkahkah) Ni first time dapat barang. Jadi teramatlah sayang

4. Cincin



Penting jugak ni. Benda jarang dapat. Ko hari-hari dapat cincin ke? Aku tak, jadi aku sayang benda ni. Miahaha~ Cincin ni ada sentimental value. Lagipun cincin ni sesuai untuk penyamaran. Ha, dengan memakai cincin, aku lebih selamat kerana ramai lelaki beranggapan aku dah kahwin. So, peluang untuk mendengar ayat-ayat lelaki mengorat adalah sangat rendah.

5. Baju



Baju? Ha'ah, baju. Takda baju macam mana nak keluar rumah? Macam mana nak pergi kerja? Tutup pakai daun keladi? Mau miang satu badan gatal-gatal. Jadi, aku sangat sayang baju aku. Walaupun koleksi baju aku buruk dan hodoh serta ketinggalan zaman, aku tetap sayangkan mereka. (Ini bukan baju aku)

6. Dompet



Ini bukan dompet aku. Dompet aku murah je. Warna hitam, ada gambar teddy bear warna pink. Huhuhu~ sayang kerana ia adalah tempat menyimpan kekayaan aku. Kaya ke? Tak jugak. Sebab dalam dompet ni la aku simpan IC, lesen, duit, dan segala kad yang ada. Kalau dompet tak ada macam mana? Nak simpan dalam plastik sayur ke? See?? Penting kan? Sebab tu aku sayang.. Hehehe~

7. Rokok



Bukan untuk aku. Sebenarnya aku tak suka rokok. Apatah lagi asap rokok. Apatah lagi orang merokok depan aku. Lemas! Lemas! Kalau ada orang merokok depan aku, selamba je aku tutup hidung depan dia. Sambil buat muka kelat. Biar dia tau aku ni benci asap rokok.

Tapi.. Aku suka rokok sebab : Bau lelaki lepas merokok tu.

Bukan bau semua lelaki. Tapi bau lelaki 'tertentu' sahaja. Bau yang menarik kalbu ni mungkin bergantung kepada jenis rokok yang dia hisap. Well, kedengaran agak jalang?? Suka hati la ko nak cop apa. Ni blog aku.

8. Laptop



Arrrggghhh~ cantik laptop ni. Laptop aku biasa-biasa je. Tapi aku suka sangat. Sebab laptop tu banyak jasa kat aku. Untuk taip entry baru pun aku guna laptop dulu. Ada banyak gambar dalam tu. Nak harap simpan dalam handphone, alamat selalu hang la handphone aku.

Sekarang laptop aku lebih banyak terperuk je. Melainkan nak taip entry baru atau nak tengok movie. Edit-edit gambar pun boleh la. Zaman kegemilangan laptop aku adalah pada zaman aku buat tesis dulu. Memang on je 24 jam

9. Arnab dan Binatang Berbulu



Benda kah arnab itu? Kahkahkah kihkihkih kehkehkeh. Tapi aku sangat suka benda berbulu ni. Kecuali bulu dada. Hahahahaha.

10. TV Kecik



Bila semua orang sibuk, dan tak mahu layan aku. Aku cari TV la. Apa nak buat. Aku sayang ko TV. TV, ko lah segalanya. Muah~ Muah~ Muah~

Hahahaha~

Ok. Bye.

Khamis, 5 Mei 2011

Hina Sangat Ke Dia Ni??

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 05, 2011 5 comments
Walaupun dia ni najis mughallazah, aku tetap kesian dengan dia.

Ahli akrobatik tuuuu~













Fuhhh~ tabik dengan uncle ni sebab sanggup bela babi ni. Dan sanggup mengajar dia berjalan menggunakan 2 kaki sahaja.

Bini uncle ni dulu suruh babi ni dibuang, tapi uncle ni sayang dan berasa kasihan pada babi ni.

Sekarang babi ni sudah besar dan gemuk. Ada juga orang yang nak beli babi ni dari uncle tersebut. Tapi kasih sayang mengatasi segalanya.

"Uncle tetap akan bela babi ini" ---> ayat uncle (aku wakil dia)

P/S : Tak lama lagi jadi lauk la ni. Hahahaha~

Cabaran 10 Hari : Hari 1

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Mei 05, 2011 2 comments


Day 1 : 10 Things about you.

1. Aku seorang yang pendiam. Memang jarang aku nak memulakan sesuatu
perbualan, melainkan pada hari tertentu. Hari tertentu itu termasuklah pada hari-hari
aku berasa happy, mood pun tengah high. Dan bila aku tak dapat menahan marah pun, aku
akan menjadi tidak pendiam. Hahaha~


2. Aku seorang yang sensitif. Yes!!! Sangat sensitif. Kalau ko ada tersalah
cakap sikit pun, aku boleh sentap. Jadi jangan guna bahasa kasar dengan aku. Kecuali
aku pun guna bahasa kasar dengan ko. Aku kasar-kasar dengan member lama aku je.
Terutama yang watak ala-ala 'perempuan ganas'


3. Aku ni mudah ketawa. Kadang-kadang benda kecik pun aku boleh ketawa sampai
10 minit. Orang lain dah stop ketawa, aku boleh lagi terbahak-bahak kat situ. Well,
that's me. Pernah aku ketawa sampai sakit pipi. Orang yang tak biasa dengan aku
memang akan anggap benda ni pelik. Siapa yang tau perangai aku, maafkan je la ye?


4. Suka ketawa tiba-tiba. Bukan apa, kadang-kadang imaginasi tinggi. Selalu pikir
benda-benda yang mengarut. Benda tak berlaku lagi, aku dah bayang yang bukan-bukan.
Dan bayangan tu selalunya kelakar la. Kalau tak, takkan aku nak ketawa kan. Huhuhu~
Contohnya aku bayangkan paip tercabut time Dr Palsan cuba membuka set degassed.
Hahaha sengal Hana.


5. Aku confirm akan menyanyi dalam kereta. Confirm. Fullstop.


6. Plain. Aku ni bukan kaki make-up dan memang tak pandai nak dress lebih-lebih. So
ko kalau tengok personaliti aku yang selenga, ala-ala kampung, ko maafkan je la. Ni
kat muka aku ni, memang aku tak tempek apa selain bedak. Tak ada blusher, tak ada
eye-shadow, lipstik pun tak ada. Okey, lip balm ada. Hahaha~


7. Aku tak pernah basuh kereta. Huaahahahahahaha! Tapi tak bermakna kereta aku buruk
dan kotor. Abah aku yang rajin sangat nak basuh. Aku tak boleh nak buat apa. Tapi aku
rasa mak aku pun tak pernah basuh kereta dia. Berapa tahun tu. Lagi lama. Abah
penyelamat kami kaum perempuan. Hahahaha~


8. 1 abah, 1 mak, 1 adik, 1 kakak dan 1 teman hidup. Harap-harap semua ni kekal.
Kawan lain tau? Kawan tak sama dengan teman hidup. Kahkahkah~


9. Umur 24 tahun ni. Haisyyyhhh~~ bila nak kawin ni? Anybody? Halooo~ anybody nak
ambil aku sebagai life time partner? Sure ko tak nak kan? Selepas membaca 10 things
about aku ni. Wakakaka~


10. Aiseh, dah 10? Banyak lagi list ni. Em.. anu..anu tak ada idea la pulak secara
tiba-tiba. Hah! Last pasal aku, aku ni baik hati. Hahaha~ baik apa. Cuba ko compare
aku dengan Obama. Tak pun Hitler. Mana lagi baik? Of course la aku menang. Hahahaha~
Baik la tu.

Okey, habis sudah. Tunggu 'Day 2' nanti ye?

Selasa, 3 Mei 2011

Gila La Mamat Spam Ni

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 03, 2011 1 comments











































Sah la tak ada kerja.

Kalau page aku kena macam ni, mau aku block dah mamat ni.

Hahahaha~

Ni la page yang dia buat spam tu : GELI-GELI

Memang patut pun kena spam kot.

Hahahahah~

Dey Thambiii...

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Mei 03, 2011 1 comments


Aku tau, ada yang mengadu tak dapat bukak blog aku.

Miahahaha~

Sebab aku dah tukar url blog ni.

Siapa yang bukak url lama tu akan jumpa perkataan: blog not found.

Nasib la, bagus jugak ada yang tak dapat bukak.

Sebab ada manusia yang stalk dan kacau aku kat FB.

Dey thambiii... ko dah tak ada kerja ke??

Dalam pada itu, ada orang ajak aku buat benda ni :

day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words

Jom, lagipun tak payahlah aku perah otak nak fikir entry apa nak buat. Hahah~

Sapa nak join, boleh join. Tak kena bayar pun hokey!!
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez