Entry kali ni khas di karang untuk my friend iaitu : Nur Makkiah..
Aku tak tau la ko baca ke tak entry ni. Tapi aku buat khas untuk ko ni ha.. Bacalah kalau ada masa.
Ko ingat tak bila kita first time kenal? Aku ingat-ingat lupa la. Tapi yang pasti, kita sekelas dulu. 4 Oren. Darjah 4 tau. Bukan tingkatan 4. Sekolah Kebangsaan Senawang (SKS) Perrrghh dari umur 10 tahun tu. Sekarang dah 23 tahun. Maknanya 23-10=13 tahun dah kita berkawan. Boleh tahan jugak lama. Hihi.
4 oren ni tak salah aku, kelas corot jugak la. Hihi dulu aku memang corot pun. Haha~ ko ingat tak dulu, kalau ada sukan waktu petang, aku mesti tumpang bapak ko. Hahaha, segan gila aku. Ko dengan aku rumah merah kan dulu??
Dulu mengaji pun sama-sama. Hahaha naik basikal ko yang merah tu. Aku jadi penumpang setia. Petang pulak main getah pulak dengan syima, azah. Kadang-kadang ponteng ngaji. Haha gi padang depan masjid, buat BBQ. Sapa entah bawak ikan mak dia. Ko ke?? Baik ko mengaku.

Ni biodata ko time kecik-kecik dulu. huhu~ simpan lagi beb!!

Kawan punya kawan, tak sedar dah habis sekolah rendah, kita masuk sekolah menengah pulak. Dulu kita sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Dua (SMKSD) huhu aku masuk 1 UKM dan ko masuk 1 UUM kan? Tengok, memori aku kuat lagi tau. Hehehe. Time ni ko asyik cerita pasal kawan baik ko, sapa nama dia? Siti Zubaidah ke apa? Tak pasti la pulak. Setahun je kita sekolah situ.
Masuk tingkatan 2, kita daftar masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (SMKTTJ). Nak tak nak kita daftar jugak kan? Sebab dekat dengan rumah. Masa tu, SMKTTJ tak siap lagi. Kita pun menumpang di SMKSD, tapi kelas kita sesi petang. Huhu seksa kan, menumpang sekolah orang. Kita asyik dituduh je. Kalau kelas kotor, budak SMKSD tuduh budak SMKTTJ yang buat. Sedih gila~

Ni pulak gambar kira berempat. Siapa yang snap gambar ni ha? Pn Rodziah kan? Cikgu pendidikan seni kita dulu. hehe~ ingat, ingat..
Ko ingat tak, kita sama sama jadi pengawas dulu. Haha siapa yang interview? Cikgu Yazid dengan cikgu Zainab Bibi. Kita sekelas kan dulu? 2B haha, sama dengan Zurai dan Robaiyah. Ko ingat tak dulu, kita kena piat telinga dengan Cikgu Zainab Bibi. Ni suma sebab kelas bising. Ceh! Tapi tak adil, aku kena piat dua dua belah. Ko sebelah je kan? Sioot betul la. Sampai terjungkit-jungkit kaki aku kena piat. Dulu aku tak tinggi lagi. Hahaha~


Benda ni ko kasi aku time birthday aku, sebelum PMR. hehehe~
Tingkatan 3 kita dah lain lain kelas dah. Aku 3A ko 3C. Still geng pengawas lagi. Tapi tak lama ko stay sini. Lepas PMR ko masuk sekolah teknik kan? Kat Rembau. Kau bawa bersama kawan baik kita iaitu si Zurai. Kih..kih.. Tinggal la aku meneruskan pelajaran di SMKTTJ. Time ni kita berbalas surat. Haha dekat je pun Seremban-Rembau. Dah la rumah dekat, still main surat-surat jugak. Haha~ berbekalkan stem 20 sen, aku setia membalas surat ko.




Contoh-contoh surat tak rasmi kiriman ko kepada aku. aku simpan beb! hahaha~
Sedar tak sedar, masing-masing dah makin sibuk. Lepas SPM masing-masing bawa diri. Aku ke KMNS, pastu terus masuk UKM. Ko pulak membawa haluan ko sendiri. Jumpa balik masa akak ko kawin. Hihi. Sekarang akak ko pun dah ada puteri pulak. Sekejap je masa berlalu.
Tapi kita still berkawan kan? Alhamdulillah. Aku doakan ko berjaya dalam hidup ko. Semoga apa yang ko hajatkan semua termakbul. Tapi hajat ko tu baik-baik la. Jangan buat hajat yang bukan-bukan pulak ye?
Ok la, panjang sangat dah ni. Letih aku menaip. Otak pun dah sakit sebab aku duk korek memori lama je. Hope ko happy dengan entry ni. Ni tanda penghargaan aku untuk ko sebab sudi jadi kawan aku. Sob..sob...

















