Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 7 November 2010

Kesayangan ku.. Pujaan Hati ku

Posted by LeptoSpyra at Ahad, November 07, 2010 6 comments
Bermain~












Tidoooo~









Kenapa haiwan berbulu sangat comel??
Tahu tak, sekarang ni rasa macam nak gigit-gigit je mereka ni.
Geerrraaaaammmmmm!!!!

Sabtu, 6 November 2010

Serebelum & serebrum saya sudah berehat. Anda bila lagi??

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, November 06, 2010 3 comments
Assalamualaikum....

Setelah sekian lama, akhirnya aku pulang ke pangkal jalan.. ehehe~ rindu sama tempat ini. Mana lagi kalau bukan kampungku.. Kampung Selemak, Rembau N. Sembilan. Alahai dekat je kan? Ok what, tiap kali raya mak abah aku tak pernah gaduh nak balik mana dulu.

Our ride



Our driver. Kantoi di situ. Abah ku tahu kot yang aku snap gambar dia curik curik. Sebab boleh nampak dari side mirror.. Haiyyzzz!!



Aktiviti dimulakan dengan upacara makan-makan.. memang terbaikk!!
Ini dia, popia goreng bersama kuah yang maha pedas. Dibeli dari makcik kueh. Hahaha.



Dan yang ni pulak bebola ubi goreng. Ek? Betul ke nama dia macam ni? Hentam sajalah..



Ni pulak jagung. Air tangan wan kesayanganku~ Jagung rebus di leraikan dari tongkolnya. Pastu dicampur dengan isi kelapa muda yang dikukur. Tak lupa gula melaka @ gula anau. Kadar campuran adalah 1:1:1 baru dapat rasa yang sedap macam ni. Ececeh~



Mai sechawann~



Kemudian, jalan jalan tengok kolam ikan. Ala, kolam kanvas je weii.. Tak merasa la aku nak celup celup kaki dalam tu. Lagipun bela ikan keli. Karang tak pasal pasal kena gigit atau sengat nanti..

See?? Nampak tak sesungut dia? Baik ko nampak sekarang! Kalau x!!! Ahahaha~ siap ada pokok kiambang bagai dalam tu..









Yang ni pulak, rumah arnab ni progress. Hehe~ tipu je. Ni bak kata wan aku : rumah keto. Aku pun pelik, kereta pun ada rumah.. setelah beberapa lama berfikir, baru aku tahu. Ooo~ nak buat garaj kereta.. aduyaii...



Ni yang paling best time balik kampung : dapat jumpa kucing oren yang super duper manja.. Layan kan je la budak sekor ni. Hehehe~















Trade mark rumah kampung : jamban kat luar dan pokok kelapa. Stylo tak jamban tu? Cat kuning tu.. hehehe~



Konon nak amik gambar macam professional photographer... tapi hasil macam haram je.. Ampun! Saya amatur.

Ayam pun aku skodeng.. Hamik kau.. ni la kojo den bilo takdo kojo.




Wan aku... rock tu. Hehehe~ kasi censor sikit =p



Motor buruk. Nasib baik no plat dah pecah, tak payah susah susah aku edit kasi censor. Hahaha~



Kepok aka stor.. betul ke ejaan dia camtu? Sapa orang nogori tau la kot. Orang ganu tak paham kot. Hehehe banyakkn basikal? Ni kalau time cuti sekolah ni, jangan harap boleh jumpa basikal tersadai macam ni. Suma berebut nak kayuh basikal.




Ni permandangan sekitar rumah wan.. Familiar tak? Sapa rasa familiar, boleh la datang singgah. Ekekeke..











Mak, abah, minggu depan kita balik lagi ye?? hehehe~

Sabtu, 23 Oktober 2010

Yes baby…. I am that simple..

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Oktober 23, 2010 14 comments


Assalamualaikum…
Wah, lama sudah diriku tidak mengupdate blog.. Siapa je la yang nak baca kan?
Tapi takpe, menulis (menaip) blog adalah terapi bagi diriku.. thehehehe~

Entry kali ini nak menggambarkan diri aku sebagai seorang yang sangat simple..
Yup, I’m just a typical girl.. Tipikal bermakna biasa.. sering dijumpai (kamus dewan edisi hana hamzah)

Lihat sajalah alat bantuan perkemasan diri aku (skema gila ayat) Errr? Habis tu takkan nak panggil make-up. Walhal seketul make-up pun takde. Ni je la yang aku ada.. Tak macam perempuan lain.. ada blusher Maybelline, gincu MAC, eye liner Bobby Brown, eye shadow Loreal, lips liner Silky Girl, dan segala macam liner lagi lah..

Kalau nak suruh aku berhias menggunakan bahan jenama di atas, amatlah tak sesuai okey? Sebabnya memang aku ni simple.. Lagi satu sebab memang tak pandai la bab-bab ni.

Okey ni dia




1.NIVEA SUN – oleh sebab aku ada SLE maka benda ni memang wajib.. SPF haruslah 50 PA++ ye adik adik? Tak suka pakai ni.. cepat berminyak la kulit.. Tapi terpaksa.. Kata NAJIB... eh eh... WAJIB

2.FAIR & LOVELY Multivitamin – Ni paling tak boleh tahan.. Ye ye, ni memang budak sekolah slalu pakai.. Tapi aku suka krim ni. Memang dah pakai dari sekolah dulu pun.. Murah, berkesan, dan wangi.. I like.. Thumbs up!!

3.JOHNSON’S BABY Powder perisa nourishing with milk – Erk? Memang tu ke perisa dia? Hehe~ taram je la. Sedap pakai sebab wangi...

4.REXONA Women perisa Cool White – Harus.. Untuk kesegaran yang nyata dialami. Hahahaha~ Kering dan tak melekit. Bagi aku la, lain orang, lain kadar perpeluhan.. Ada equation dia : Sweating rate is propotional to physical activity and amount of under arm’s pore (hana et. al) miahahahaha~

5.AIKEN Tea Tree Oil – Kecik je, tapi susah nak habis. Krim ni di tepek pada jerawat sahaja. Oleh sebab kulitku jarang tumbuh jerawat, maka lambatlah krim ni habis.. Bagi aku, krim ni mempercepatkan tahap pemasakan sesebuah jerawat. Bila cepat masak, picit la.. Bila bubuh krim ni, macam takde parut jerawat pulak.

6.NIVEA Lip Care – Perisa cherry dan repair & protection. Cherry untuk bibir kelihatan segar, repair & protection merawat masalah bibir pecah

7.SILKY GIRL Lightening Pressed Powder – Saje, pakai. Tak tau apa motif. Hehehe~

8.GARNIER Aqua Defense Eye Roll On – Mata sembab & sembab.. Tak nampak lagi hasilnya sebab selalu lupa nak letak. Boleh gitu? Hahahaha~

p/s : aku bukan duta kepada mana mana produk di atas..

Itu je la barang aku.. Korang punya mesti berjela-jela banyak kan?
Eh, kejap-kejap. Sila Compare bilangan alat bantuan perkemasan diri aku dengan bilangan ubat yang perlu aku makan sebagai pesakit SLE? Agak agak mana lagi banyak? Hehe~ Ubat lagi banyak weiiiii....!!!




Kesimpulannya : Siti Nurhana memang SIMPLE.

Akhir kata, POSITVE ATITUDE COMES FROM POSITIVE MIND...

Isnin, 27 September 2010

Rindu…….Giler

Posted by LeptoSpyra at Isnin, September 27, 2010 6 comments






Assalamualaikum..

Lama dah tak menjengah ke blogger.com. Lama jugak tak buat entry baru dan mengushar blog kawan kawan. A lil bit busy lately. Hehehe~

Entry kali ni pasal rindu. Bukan rindu pada manusia, tapi rindu pada kenangan.. Rindu yang dimaksudkan adalah rindu pada zaman zaman study dulu. Yup, bagi sesiapa yang berada di alam pekerjaan pasti terdetik perasaan ni kan?

Rindu sangat zaman degree dulu... UKM dihatiku... lalalala~ hehe.

1st year di UKM, terkapai kapai lagi. Kawan pun tak ramai. Err.. jadi kau bajet masa 3rd year kawan kau ramai ke? Hahaha... yela, 1st year semua malu malu. Baru nak berkenalan antara satu sama lain. Bila kenal kenal tu mesti ada yang bertanya

Si X : Kau kolej mana
Aku : Kolej amin
Si X : Best la kau, kolej dekat dgn fak. Tak payah naik bas, takkan lambat g
kuliah bla bla bla dan segala macam kebaikan lagi duk kat kolej amin tu..

Aku mmg beruntung dapat kolej dekat, nak gi kuliah, jalan kaki. Gap sejam antara kelas, boleh balik lagi pi tido kat bilik. Takda hal la. Tapi bila amik subjek luar dari fak, aku menerima tamparan hebat..

Aku : Errr... kalau nak g tempat ni kena naik bas no berapa ek?
Si X : La... kau ni, takkan tak tau. Bas no sekian sekian la.
Aku : Kalau nak g komuter plk naik bas no berapa?
Si X : Ish ish ish kau ni, dah berapa lama kau duk UKM ni?
Aku : Errrr... Kolej zaaba yang ada bangunan tinggal tu kan?
Si X : Tu Keris Mas la

Tak ke tamparan hebat tu? Hidup ibarat katak di bawah tempurung. Hahaha~

Masuk tahun berikutnya, boleh la sikit. Aku makin selesa duk kat UKM tu.. Still kolej yang sama.. Aminuddin Baki. 2nd year duk sorang2. Aku bagai dlm syurga. Hehehe~ Aku berdikari, aku buat apa yang aku suka. Segala keputusan yang aku buat, semuanya daripada diri aku sendiri.

Aku pun langgar peraturan kolej jgk.. Masak dalam bilik. Masak dlm periuk nasi pn jadilah. Bila ada fello dtg check, mcm lipas kudung sorokkan periuk nasi dalam baldi berisi kain baju. Hahahaha~ takkan si fello sanggup geledah baldi berisi kain baju tak bercuci kan?

Rindu...

Rindu basuh kain secara berjemaah. Kalau basuh kain sorang2, mesti basuh sambil dgr radio kat handset. Handset je, aku mana ada mp3 player time tu. zaman kegelapan la katakan...Skrg pun xda jugak. hehe~ Sidai kain waktu malam2 buta..

Aku tgk semua member2 kat blok tu mesti pakai softener jenama downy. Macam jadi trend pulak ek. Well, aku tak pakai benda tu semua, sebab aku basuh baju confirm wangi punya. Heheheh~

Lepas tu study.. buat nescaffe pekat punya. Nescaffe 3 in 1 buat dua peket dalam 1 cawan.. peerrrrggghhhhh! Memang buntang mata sepanjang malam. Esoknya, aku bantai tido sampai lunch (buruk bebenor perangai)

Petang plk lalu jalan belakang untuk ke kafeteria. Beruk memang bersepah kat situ. Tawakkal je la kalau nak lalu situ. Pernah aku dikejar dan diacah oleh si beruk! Kurang peradaban punya beruk. Lepas tu sumpah aku tak ikut jalan belakang lagi kecuali berteman.

Tahun ke 3 di UKM, still di kolej yang sama.. Ate kena aktif untuk stay kolej kan? Hehehe~ 3rd year mmg serius dan hectic. Tesis beb!! Tesis!! There was so many things to do but so little time.

Time ni lah kerajinan aku terserlah. Pergi library siang malam cari jurnal. Duk jinjing lap top ke sana ke mari. Poyo jer! Macam aku sorang kena buat tesis time tu. Padahal boleh je online dari bilik utk dapatkan jurnal. Hahaha~ aku mmg suka buat benda bodoh.

Time dekat nak exam, time ni la duk mesej kawan sekuliah, tanya macam macam. Bilik member aku kunjungi. Tak kurang juga si member mengunjungi bilik aku. Kita sama sama buat soalan past year. Main soal soal.

Si X : Berikan urutan kitar Kreb?
Aku : Err anu… anu… errr…
Si X : Apakah produk glikolisis?
Aku : Err apa ek? Lupa la..
Aku : Tau ke apa jawapan dia?
Si X : Okey, kitar Kreb....... bla bla bla dan bla lagi. Produk glikolisis adalah
sekian sekian.

Kau tengok, betapa lemahnya aku nak menjawab soalan lisan.. tengok! Tengok! Mujur exam bukan secara lisan!

Tapi semua dah tinggal kenangan... sob..sob..
Kalau aku nak smbung belajar lagi, mesti dah tak macam dulu..
Sebab kadang kadang, apa yang berlaku dalam hidup kita ni, hanya datang sekali sahaja.
Jadi walau apa pun keadaan kita sekarang : susah, senang, gembira atau sedih, hargailah ia. Sebab apa yang kita rasa sekarang, mungkin tak akan berulang lagi...
Dan pada masa itulah, rindu itu hadir....

Ahad, 5 September 2010

Dah Nak Raya Ke??

Posted by LeptoSpyra at Ahad, September 05, 2010 1 comments


Makin nak raya makin takde mood la pulak.

Tak tahu pasal apa.

Macam takde makna je raya kali ni.

Tipu... tahun lepas pun takde makna.

Dah dua tahun aku tak membuat persiapan raya.

Maksud aku, persiapan diri sendiri.

Rakan sebaya sibuk mencari baju baru, kasut baru, tudung baru.

Tapi aku?

Aku sibuk mencari kekuatan diri.

.......

.......

(Penulisan terhenti seketika sambil mengelap air mata yang tumpah)

Control hana, mak dengan abah ada di sebelah.

Karang panjang pulak kena jawab.

I just missed her...

Maafkan diri ini...

Diri ini masih belum bersedia menatap pusara mu..

Biarlah doa ku utuskan dari kejauhan..

Buat yang membaca entry ini..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Maafkan segala salah & silap hamba selama 23 tahun hamba hidup di muka bumi Allah ini.
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez