Ingat tak kenangan kita yang ni?
Kita datang ke sini, tanpa tujuan kan?
Masuk-masuk je, melilau sebab tak tau nak cari apa.
Tempat ni memang besar. Sampai nak cari ATM pun kena tanya akak jual pizza.
Macam rusa masuk kampung.
Hahaha~
Masuk kedai itu, belek-belek.
Masuk kedai ini, belek-belak.
Tapi satu apa pun tak beli kan?
Sebenarnya letih tau, berjalan ke sana-sini.
Tapi tak beli apa-apa.
Entah berapa kali kita bertawaf kat situ kan?
Last-last, kita jumpa dengan ATM.
Cucuk duit, dah jadi kaya sikit.
Lepas tu, kita masuk kedai makan.
Kedai tut...
Tu pun puas la nak decide makan kat mana.
Hahaha~
Kita duduk je, terus datang si gadis pelayan.
Punyalah sedap si gadis tu goreng kita.
Macam-macam dia cakap. Sampai kita tergoda lalu memesan makanan yang sangat banyak.
Geram juga sebab kita macam termakan pujukan gadis tu.
Bermulalah episod sadis dalam hidup kita.
Hahahaha~
Makan memang tak habis sampai buncit, kembung dan perut hampir meletup.
Ini semua aku yang punya!!! Hahaha~
Ni pulak orang diet makan. Alahai, alahai, sikit je makan ye??
Apa cangkuk-cangkuk? Nak ambik makanan orang la tu.
Makanan yang super banyak.
Sangat banyak untuk 2 orang.
Dah la diriku ini perut kecik.
Memang saudara syaiton yang direjam betul kita hari tu.
Ni semua pasal gadis pelayan tu.
Hampeh!!
P/S: Tau, dah lama berlalu. Cuma terkenang. Tak salah kan?
Khamis, 17 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
tbe2 lapar nengok mknn tu.. :)
Catat Ulasan