Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 21 Februari 2011

Boleh Claim Meh?

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Februari 21, 2011
Baru ku tahuuu....



Ok, saya nak cerita sikit kisah saya hari ni. Pagi tadi dalam pukul 11am saya bertolak dari KL pergi ke Cameron Highland mengunakan lebuh raya utara selatan.

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 15KM sebelum R&R Bikam, saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak teruk, maka saya meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai di R&R Bikam saya berhenti untuk merokok dan saja-saja nak tengok kerosakan bumper. Emmmm... Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menghubungi pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti di office toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti di toll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch & go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya.
Seperti cermin depan pecah disebabkan batu-batu diatas lebuh raya.
Mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

Sorry saya online guna phone.

Apa yang plus perlukan .
1) salinan asal kos baik pulih kenderaan/bukti pembayaran.
2) salinan asal lapuran polis.
3) resit tol atau number siri kad touch&go
4) gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki
5) salinan kad pendaftaran kenderaan
6) salinan kad pengelaman dan lesen memandu
7) salinan polisi insuran kenderaan "cover note"

Dah cukup semua perkara-perkara 1-7 baru hantar kat pejabat plus yang berhampiran dalam masa 14 hari.

Kena baiki dulu menggunakan duit sendiri lepas tu baru dia orang hantar cek.

SUMBER

Aku edit sikit post bro ni sebab ada kesalahan ejaan.

0 comments:

 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez