Ahad, 7 Mac 2010
No Title
Salam...
Hmm.. lama sungguh tak update blog. Agak sibuk kebelakangan ni. Last event aku
bersuka ria adalah pada majlis perkahwinan kawan sekolah dulu. Tahniah Maslia Bt
Abdullah. Tanggungjawab makin berat lepas ni =)
Terpanggil rasanya nak tulis blog. Actually, lately ramai kawan-kawan sekolah aku
dulu telah meng-add facebook aku. Hehe. Bertemu kembali. Syukurlah semuanya hidup
dengan gembira.
Tapi yang sedihnya, sayang seribu kali sayang, ramai antara mereka yang dah tak
bertudung. Kata orang FREE HAIR = RAMBUT MEREKA FREE UNTUK TONTONAN UMUM. Alahai.
Dulu di sekolah manis je. Pakai tudung putih bersih.
Ada juga yang pakai tudung atas tuntutan kerja sahaja, di luar, tudung pun terbang
melayang. CUBA PAKAI TUDUNG ATAS TUNTUTAN AGAMA. Bukan kerana tuntutan kerja.
Lagi satu la aku yang hina ni nak menegur... Kalau ada pakwe pun, berpada-pada lah.
Tak payah la nak tunjuk yang kamu itu saling menyayangi dengan cara yang kurang
sedap mata memandang. Tak perlulah berpeluk-peluk. Aku tengok gambar kawan aku dulu,
rasa macam nak bertempik je pada dia. Peluk-peluk di tepi pantai. Peluk belakang,
peluk depan, paut leher. Aduh!!! Ni ke anak bangsa Melayu sekarang??
Bukankah kamu tu student? Banyak lagi perkara lain yang kamu patut buat. Kamu tak
rasa rugi ke, kalau si dia yang kamu peluk-peluk sekarang ni bukan jadi milik kamu
akhirnya?? Kamu ingat, nanti kamu kawin, mesti dah tak ada feel (maaf bahasa kurang
sikit)
Sedih...sedih...yang aku tegur ni, kawan-kawan aku jugak. Walaupun tak rapat sangat,
tapi kita saling mengingatilah... Ni selemah-lemah iman aku tegur ni. Tegur secara
in-direct.
Maaf kalau orang itu membaca penulisan ini. Tapi aku rasa dia takkan baca. Ni blog
picisan je. Dia lebih berminat dengan dunia artis dan fesyen..
Maaf kalau terkasar bahasa, segala yang baik datang dari Allah, yang buruk semua
datang dari diri aku sendiri.. Wassalam.
Aku tau, kamu tak membaca blog aku ini. Sebab tu aku berani tulis. Huhu~
Categories
member,
tak puas hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
assalamualaikum hana!
tahniah! ini adalah satu nasihat yang baik tak kira siapa yang membaca blog hana. hana telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
itu lah... tiada yg benar2 membimbing.. atau mungkin tidak mahu diri dibimbing....
sekolah zaman sekarang pun teruk hana
aish..xsgka nm aku de hana..huhu.wlupun terlmbt bc,by da way..thanx..(aku dh nk meletup bru bc blog ko,huhu)..sory..-mas-
Catat Ulasan