Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 23 Januari 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Januari 23, 2012 4 comments
Salam. Maaflah kepada pembaca lama menunggu post baru dari aku. Terutama sekali kepada sahabat baikku Pn X dan En Y. Bukan aku tak nak update, banyak benda yang aku nak cerita. Tapi memandangkan line internet yang macam panggam (gampang), niat suci aku wajiblah ditangguh dahulu.

Keseriusan hidup aku bermula apabila aku difitnah oleh seorang Pak Aji di tempat kerja aku. Come on Pak Aji, be matured! Takkan benda kecik pun ko nak buat fitnah pasal aku. Aji, Aji, Aji... cantik kopiah ko. Putih bak salju. Namun itu tak menjamin keputihan hati ko.

Tak payahlah aku cerita fitnah apa yang dia buat. Korang akan gelak terguling-guling nanti. It’s really a small matter. Tapi itu Aji sudah putar belit cerita asal menjadikannya sebagai epik terulung abad ini.

Bila aku cerita pada En Tunang, beliau marah aku. Aku pun tak tahu kenapa. Layan je lah! Ingatkan saja nak menggedik, alih-alih aku pulak kena marah. Kih kih kih sabar jelah.

***********************************************************************

Aku sedih sebab hari ni aku kena marah lagi. Kali ni dengan Pak Lang aku. Dia marah sebab abah aku duk tunggu aku kat Penang. Sedih gila.

Bukan pintaku nak menyusahkan semua orang, tapi percayalah.. Dah berbuih mulut aku suruh abah balik. Tapi dia yang nak teman aku. Aku tak tahu pasal apa. Aku boleh hidup sendiri. Aku tak kisah. Susah mana pun kehidupan kat Penang tu, kalau terdesak, lama-lama kita akan cari jalan sendiri untuk survive.

Tapi abah aku ni lain. Nak jugak teman. Dia tak tahu aku malu. Sebab orang judge aku sebagai anak manja la. Anak bapak la. Kerja pegawai, umur 25 tapi still celah ketiak bapak. Ingat aku tak stress ke? Ko ingat aku suka sangat ke nak menyusahkan abah aku? Tu orang-orang kat lab tu.. Tak sanggup la aku nak dengar dorang duk perli aku.

”Ai, duk ngan abah lagi ke?”
”Ooo abah duk sini lagi ke?”
”Dah follow up ke kat kuarters?”
“Ko ni tak da effort ke nak berdikari?”

Lebih kurang begitulah ayat-ayat sembilu. Memang menghiris perasaan.

Aku ni manusia biasa. Aku try sekadar yang termampu. Kalau tiap-tiap hari aku follow up kuarters, duk sembah kaki pegawai perumahan tu, kalau still tak ada kosong nak buat macam mana?

Yang baik, memang baik. Tapi ada certain tu, memang macam duri dalam daging. Gunting dalam lipatan. Telur dalam mee. Haa kan dah mengarut dah.
Sakit hati aku tau.


***********************************************************************

Sekarang ni aku letih sangat. Semalam aku keluar berjemur bawah matahari semata-mata nak cari kedai fotostat. Aku yang duk TTJ ni boleh sampai ke Seremban Jaya sebab nak cari mesin fotostat.

Boleh pulak kan nak fotostat dokumen penting, tengok-tengok semua kedai tutup. Memang rasa nak nagis kat tepi koridor tu semalam. Kah kah kah.

Panas woo semalam. Aku ni dah la tak boleh kena panas. Sekarang terimalah padahnya. Rasa nak demam. Badan letih-letih. Sendi dan otot pun meragam dah. Ditambah pula dengan sakit tekak dan batuk (sebab overdose limau)

Besok nak drive balik Penang pulak. Haisyhhh~

Cukuplah membebel. Asyik mengeluh je aku ni. Blog je la tempat aku mengeluh. Nak mengeluh depan orang, nanti kena marah pulak. Baik aku taip je.

Semoga aku lebih tabah menghadapi dugaan hidup.
Kepada En Tunang, saya sayang kamu~

Jumaat, 11 November 2011

Bagaimana Nak Tahu Yang Dia Ada Hati Pada Ko

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, November 11, 2011 2 comments
http://www.emocutez.com

Tajuk seperti di atas.

Bagaimana nak tahu kalau orang itu sebenarnya menyimpan perasaan @ ada hati pada ko? Tapi dia jenis 'lambat' dan takut untuk meluahkan isi hatinya...

Aku bukanlah pandai sangat. Tapi it's so obvious la beb!

Situasi :

Ko kawan dengan dia (si lambat). Kawan macam biasa. Hari-hari jumpa. Hari-hari cakap dalam telefon, dan hari-hari SMS..

At the end of the day, ko reveal yang ko dah berpunya. Then 'si lambat' macam mengelak diri daripada ko.

No more phone call, no more SMS and of course, makan pun tak duduk semeja dah.

See? Alasan yang 'si lambat' selalu bagi adalah : Ala, you tu hak orang. Dah berpunya.. Takkan saya nak kacau lagi..

Nampak sangat 'si lambat' tu ada hati kat ko. So selama ni dia kawan dengan ko dengan harapan ko akan menjadi pacarnya..

Kalau 'si lambat' tu betul-betul ikhlas nak kawan dengan ko, mesti dia tak kisah apa status ko. Bini orang ke, laki orang ke, tunang orang ke, kekasih orang ke.. Yang penting tau batas-batas sebagai seorang kawan.

Ini tak, tau-tau je dah lesap. Nampak sangat tengah patah hati duk layan perasaan sedih.. Paling tak boleh tahan siap mengelak lagi..

Lantak hang la.. Setiap orang ada prinsip dia kan..

By the way, i'm talking about men and women relationship ya!!
Bukan lesbian dan gay.
Ada faham??

Jumaat, 4 November 2011

Tally

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, November 04, 2011 1 comments
Salam Aidiladha!!!

Sekarang aku baru je menjejakkan kaki ke rumah.
Seremban la, mana lagi. Tak senonoh punya perangai. Sampai-sampai terus online. Bukan nak mandi ke, makan ke. Hahahaha~ anak siapa lah ni.

Aduh, perjalanan dari Penang ke Negeri Sembilan hari ni memakan masa selama 6jam. Lama tu. Selalu 5jam dah boleh sampai. Mana taknya, highway sesak. Semua nak balik kampung sempena raya haji ni. Tu belum kira lagi accident. Huh! Melecet badan aku duduk dalam kereta lama-lama.

Abah pulak tak bagi aku drive, bertambah bosan aku dibuatnya. Ala, tau dah. Abah tak bagi aku drive sebab takut kena saman lagi. Hahaha~ anak dara dia ni suka bawak laju-laju. Tak mainlah bawak slow-slow, orang tua je bawak slow. Kah~ kah~ kah~

Sebelum balik kerja tadi, aku mendapat kabar yang tak berapa gembira...
Nawwal, aku luahkan kat sini je lah. Walaupun ko jarang-jarang bukak blog aku ni.

Nawwal,12/11/11 ni sempena perkahwinan ko, aku terpaksa bekerja, sayang.
Aku terpaksa! Aku terpaksa sebab on-call. Tu la ko! Pilih tarikh kahwin tak tally dengan jadual kerja aku. Huhuhuh~ maaf lah ye Nawwal.

Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi memandangkan aku belum mandi....
Aku nak... CABUUTTTTTTTTTTTTTTTTTT~~

Bye!

Selasa, 25 Oktober 2011

Bekeng!!

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Oktober 25, 2011 0 comments


Sangat bekeng…
Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan pada seseorang.
Aku tau la aku orang baru. Jangan ingat sebelum ni aku ada posting mana-mana ye? I am totally fresh. Jadi aku dahagakan ilmu.

Apa yang aku nampak hari ni, aku tak pernah nampak pada masa lalu. Kalau ada dulu pun masa praktikal dulu. That was 4 years back. Ko ingat tak apa yang ko belajar 4 tahun lepas? Samar-samar kan?

At first, memang BELIAU tak pandang aku langsung.. Yelah, ikan bilis je. BELIAU tu dah tahap otai. Bila bercakap pun tak pandang muka. Takpe, aku sabar dulu. Demi secebis ilmu.. Aku tahan dan sabar. Then aku terfikir jugak. Macam mana nak ambil hati BELIAU ni.

Masuk hari kedua, baru aku tahu. BELIAU bukan bekeng. Bukan sombong dan bukan garang. Cuma BELIAU mahu aku sendiri yang banyak bertanya. Cara paling senang nak buat, adalah memperbodohkan diri sendiri.

Maksudnya di sini, kita pura-pura bodoh. Apa benda yang kita tahu, kita buat-buat tak tahu. Kita tanya je semua benda. Then, bila BELIAU lihat yang kita ni bodoh, BELIAU akan rasa kasihan. Dan rasa tanggungjawab untuk mengajar tu datang.

Lepas tu, kalau kena marah, kena perli, senyum je. SENYUM! TAK PERLU KATA APA-APA!
Buat-buat bodoh je. Anggap je yang dia paling pandai. Tapi memang la dia lagi pandai. Otai tu, berapa tahun dah kerja. Aku ni...

Maka bermulalah episod baru. Sekarang BELIAU kurang bekeng dah. Alhamdulillah. Kalau tak, terketar jugak lutut tu. Pagi-pagi stress wooo nak masuk keje. Macam-macam dalam kepala ni duk fikir : Hari berapa kali la aku kena marah? Hari ni dia tengking aku kuat tak?

Hahahaha.. harap-harap BELIAU tak marah-marah lagi..

Selasa, 18 Oktober 2011

I'm Back And Enggaged

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Oktober 18, 2011 12 comments
Assalamualaikum...

Dengan adanya berukband, insya allah aku akan kembali aktif tulis blog.

Sekarang aku baru sahaja menjejakkan kaki di Pulau Pinang yang 'tercinta' selepas bercuti panjang.

Panjang ke? Rasa macam tak puas pun. Aaaaa kenapakah cuti ini harus tamat?
Orang tengah rasa bahagia, tiba-tiba cuti habis pulak.

Tak apa. Selepas ini aku akan kembali fokus kepada kerja aku sebagai Pegawai Sains.

Last sebagai penutup :



Terima kasih kepada sesiapa yang sudi hadir dan memeriahkan majlis. To all my friends, thanks sebab datang dan menghilangkan nervous aku ni.

p/s : spoil betullah dua budak kecik kat belakang tu
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez