Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 28 Julai 2011

Aum!! Harimau Masih Lapar Lagi

Posted by LeptoSpyra at Khamis, Julai 28, 2011 1 comments



Lagu :





Apa benda entry aku ni?

Aku bukan fanatik sangat pasal bola.

Tapi saja jadi excited sebab lagu dia best.

Boleh macam tu?


Oleh sebab aku pembela rabbit :


Hitam kuning
Hitam kuning
Hitam kuning

Go rabbit!
Go rabbit!

Good luck Malaysia!!

Jumaat, 22 Julai 2011

Penyu Gengster

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Julai 22, 2011 3 comments
Muka ganas

Rambut punk kaler hijau










Steady bro...

Rabu, 20 Julai 2011

Wordless Wednesday : Sedang Menunggu

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Julai 20, 2011 6 comments




Sabtu, 16 Julai 2011

Penang, Aku Datang.......

Posted by LeptoSpyra at Sabtu, Julai 16, 2011 16 comments


Esok aku nak berangkat ke Penang.

Mungkin stay sana 2-3 hari.

Kawan-kawan, atau sesiapa yang baca entry ni, tolong doakan aku ye?

Doakan segala urusan perjalanan, makan-minum, dan ibadah kami (aku, mak, dan abah) dipermudahkan.

Doakan juga agar orang-orang kat sana lembut hati untuk terima penangguhan aku.

Ini penting beb! Kalau aku tak dapat tangguh, alamat burn la gaji aku yang berjumlah RM 1900++

Ini bukan trip bejalan-jalan sambil cari makan.

Aku pergi untuk lapor diri kerja gov kat sana.

Dan mungkin aku datang untuk dibambu oleh orang kat sana.

Aku dah terbayang dorang akan menjerit sambil menjegilkan biji mata pada aku, sambil berkata : "Banyak cantik muka kau nak mintak tangguh?"

Aaaaa~ tak dapat aku bayangkan kalau perkara tu benar-benar berlaku.

Nangis kat situ jugak kot..

Takpa, kalau nangis pun, aku ada ubat penenang.

Novel 5 tahun 5 bulan - HLOVATE-





Percaya tak, aku nangis time isi borang ni.

Serius tertekan isi borang-borang ni.




Kerana ia mengakibatkan tangan aku kejung.

Macam dah kena belut elektrik..

Ok, gambar di atas tu sangat melampau.. hahahah~


Doakan aku..

Assalamualaikum..

Jumaat, 15 Julai 2011

Cari Duit Lebih

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Julai 15, 2011 3 comments
Memandangkan ekonomi aku sejak akhir-akhir ni meleset teruk, aku decide nak cari duit lebih sikit.

Bolehlah..

Kerja part time je. Kalau full time, kerja aku kat INTI macam mana pulak kan?

Jeng..Jeng..Jeng..



Boleh la..

Nak buat sara hidup..

Ahakkk~~

Setakat ni aku ada buat kontrak dengan syarikat cari gali minyak.

Rumah sewa pun banyak..

Yang bestnya, duit kutip setiap jam wo!!

Tanam jagung, 5 minit dah boleh jual..

Tanam nenas hari ni, esok dapat duit dah.

Alhamdulillah.. Kilang kayu aku pun maju jugak.

Bukan sikit pokok balak yang kilang aku proses.

Semua projek perumahan aku, kayu-kayu dia semua ambik dari kilang aku je..

Jimat sikit. Bukan apa, kalau beli dari kilang lain, for sure mahal kan..


P/S : Kalaulah duit-duit dalam ni boleh di cash out!!! Dah tentu aku kaya!!!

Selasa, 12 Julai 2011

Tekanan

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Julai 12, 2011 6 comments



Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Tekanan

TEKANAN

Gov buat kerja LEMBAP!

Tapi suruh lapor diri nak CEPAT!

MANGKUK!!!!!!!!!!!!!!!

2 Bulan Yang Bakal Menyesakkan

Posted by LeptoSpyra at Selasa, Julai 12, 2011 6 comments
Salam..
Macam mana nak buat diri jadi lebih tenang?
Ada tak doa kasi segalanya berjalan dengan lancar dan mudah?

Aku bakal menghadapi 2 bulan yang sungguh menyesakkan nafas di dada.
Aku mungkin bakal kehilangan separuh dari duit yang aku kumpul selama ini.

Okey, aku terpaksa berangkat ke Pulau Pinang 18 Julai ni.
Honestly aku dapat kerja kat sana.
Masalahnya sekarang, company lama aku mintak 2 bulan notis berhenti.
That mean paling koman pun aku kena letak jawatan pada 11 September.
Sedangkan lapor diri 18 Julai.

Aku doa sangat orang Pulau Pinang tu baik hati bagi aku masuk kerja lepas raya.
Ya Allah, tolonglah..
Tolonglah permudahkan segala urusan hambaMu in Ya Allah..
Lembutkanlah hati mereka agar aku dapat tangguh dulu masuk kerja.

Kalau tak boleh tangguh, aku bakal berdepan dengan penalti company lama.
Tak cukup dua bulan notis means aku kena bayar 2 bulan gaji.
Sebulan gaji RM 1900.80
Kalau 2 bulan RM 3801.60
Parah...parah..

Bulan Ogos aku kena renew roadtax pulak.
Seribu lebih lagi.
Parah..parah..

Pastu kena servis kereta.
Mau 2 ratus jugak la.
Parah..parah..

Kira-kira balik, dalam 5K ke atas jugaklah bakal habis dama 2 bulan ni.
Sedihnya..

Duit mengalir macam air sungai.
Kalau mengalir masuk macam sungai tak apa.
Ni mengalir keluar macam sungai.
Masuknya lambat macam siput sedut.

Lagu ini sebagai pengubat hati.



So today were gonna
Take a time to show ya
The br- br- bright side of the dark side
Only think you oughta
No, you really gotta
See the br- br- bright side of the dark side
Ruby Gloom, Ruby Gloom...

Ya Allah, tolong tunjukkan aku "the bright side" daripada semua kejadian ini.

Ahad, 10 Julai 2011

Luahan Hati. Tak Payah Baca Pun Takpe....

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Julai 10, 2011 2 comments
Nampaknya Jeng Jeng Jeng yang ni lambat lagi akan berlaku.
Tapi Jeng Jeng Jeng lain pula akan muncul.
Jeng Jeng Jeng yang pertama mungkin tertangguh sebab Jeng Jeng Jeng kedua tiba-tiba datang dalam hidup aku.

Luahan :

(1)



Arghhh~ aku letih la.
Dorang ni nak cepat, tapi buat kerja lambat.
Effect kat aku jugak!
Ko lambat, tapi suruh aku cepat.
Aku pun ada benda lain jugak nak buat.
Banyak benda aku nak selesaikan.
Kerja aku lagi.
Hospital lagi.
Nanti aku kena minta surat rujukan hospital lagi.
Sedangkan next appointment aku adalah 21 Julai.
Tekanan!!!!!
Mental aku! Nampak je macam ok. Dalam otak serabut macam penggosok kuali.



(2)



Aku sakit hati ni.
Nampaknya semua orang tak sabar nak suruh aku pergi.
Hari-hari bukak cerita pasal ******
Rancang itu, rancang ini..
Aduh... bagilah aku masa berfikir dulu.
Jangan desak-desak.
Cuba dengar pendapat aku pulak.
Bagi peluang aku buat keputusan sendiri.



(3)



Tadi pagi aku buat medical check-up.
Kat tempat swasta. Kerajaan punya lambat.
Bayar RM80.
Doktor macam hampagas.
Ujian buat cikai-cikai je.
Agak-agak la nak telan duit aku pun.
Aku rasa dia lelap mata je time isi borang check-up aku tu.
Takut jugak aku kalau laporan tu tak valid.
Ah! Lantak la kau!
Hah! Biar aku dedahkan..
Doktor tu Graduate IMU.
Patutlah...



(4)



Aku rasa teruk sangat sebab tak datang wedding kawan sekolah dulu.
Maaflah wei. Aku buat medical check-up tadi.
Lepas tu aku pergi pesuruhjaya sumpah.
Tak sempat nak datang wedding ko.
Sebenarnya sempat je kalau aku pergi terus rumah ko tu.
Tapi aku segan nak datang wedding ko dengan pakai baju kemeja.
Siap berlengas lagi.
Segan aku nak datang sana busuk-busuk.
Akhirnya aku pergi kenduri depan rumah aku je.



(5)



Aku marah sangat dengan budak yang main dengan arnab aku tadi.
Begini, depan rumah aku ada orang kawin.
Tetamu kat situ semua gayat tak pernah tengok arnab.
Semua budak-budak duk kerumun rumah arnab aku.
Habis arnab aku dorang buat main.
Huaaaa~~~ aku tengok ada sekor dah monyok je dalam tu.
Mesti sakit sebab budak-budak tu kerjakan.
Tsskkk....Tsskkkk... (T_T)



(6)



Aku suka.
Sebab ada orang tu panggil aku tiny bone.
Macam comel je nama tu.
Hahahahaha~
Tiny Bone..

Rabu, 6 Julai 2011

Nak Rembat Siapa Ye?

Posted by LeptoSpyra at Rabu, Julai 06, 2011 3 comments


Sekapur sireh seulas pinang,
Semekar senyuman seikhlas hati,
Dengan rasa kesyukuran kami mengundang Tuan/Puan/Encik/Cik

"NANA & PASANGAN"


Wahahahaha~ aku nak paksa siapa jadi pasangan aku ni??

Zurai.. boleh tak ko tolong aku..

Tolongla..

Tolong..

TOLONG JANGAN KAWIN DULU!!

Kasi majlis aku langsung dulu, aci tak?? http://www.emocutez.com

Apa-apa pun, tahniah la wey..

Isnin, 4 Julai 2011

Iklan Ketiaq

Posted by LeptoSpyra at Isnin, Julai 04, 2011 2 comments


Macam manalah dorang casting pelakon iklan ubat ketiak?

Ubat ketiak = deoderant

Aku terbayang :

Setiap calon yang datang casting iklan ubat ketiak ni kena datang dan beratur.
Masing-masing pakai baju sleeveless.

Lepas tu sorang-sorang angkat tangan tunjuk ketiak depan produksi iklan..
Macam nak buat kawad cam. Orang produksi iklan jalan mundar mandir sambil mengusha ketiak terdedah.
Hidangan free beb! Hidangan!

Lepas tu masing-masing tunggu result casting.
Orang produksi pun menjerit:

Si Polaaaaaaaaaannnnnnnnn…….ketiak ko itam – Okey, you’re out
Si Polonngggggggggg…..ketiak ko putih – Okey, you’re in

Wakakakakaka new method of humiliation

Ahad, 3 Julai 2011

Perihal Kahwin : Lelaki VS Perempuan

Posted by LeptoSpyra at Ahad, Julai 03, 2011 6 comments
Salam.
Kesempurnaan dalam maljis perkahwinan adalah impian bagi setiap perempuan.
Betul tak?
Aku mengaku sebab aku pun perempuan.

‘Tuduhan’ kaum lelaki yang perempuan selalu membazir time kahwin memang benar.
Pahit. Tapi itulah fakta!

Muslimin dan muslimat,
Kahwin ni bukan setakat sehari dua. Kalau boleh, semua pasangan yang berkahwin akan berharap yang mereka dapat survive dalam kehidupan berkeluarga.

Ayat ni yang lelaki selalu kata:

’Hari berlangsungnya majlis kahwin tu tak penting. Yang penting adalah kehidupan selepas berkahwin’

Betul.

Lelaki selalu kurang senang dengan sikap perempuan yang suka membazir pada hari perkahwinan. Contoh :

1.Baju nikah, baju sanding, baju itu, baju ini. Berapa pasang baju da ko nak salin?? Make-up lagi.

2.Hantaran yang mahal-mahal lagi branded. Pergghhh~ dulang hantaran berderet pulak tu. 21 berbalas 23. Membazir!

3.Duit hantaran jangan lupa. Nak pinang artis kena standby 50 ribu. Nak pinang lepasan ijazah, standby 40 ribu (wahahaha) lepasan SPM pulak standby 20 ribu.

4.Pelamin. Pelamin kalau boleh nak yang tinggi. Nak yang paling mahal. Nak yang paling banyak lampu lip lap. Dekorasi pulak nak yang ala-ala wedding of the year gitu.

5.Door gift. Ni pun perempuan selalu membazir. Nak yang mahal-mahal. Nak yang eksklusif. Bukan apa, bagi yang murah nanti takut jiran sebelah menyindir.

6.Kad kawin pun nak yang eksklusif. Kak, kad kawin ko tu tak ada siapa nak simpan. Ke longkang jugak nanti. Lainlah kad kawin ko tu betul-betul eksklusif siap bersadur emas bagai.

7.Wedding photographer. Kalau boleh nak pakai khidmat photographer yang popular. Ko sedar tak sebenarnya ko di caj lebih atas jenama photographer tu. Padahal kualiti gambar tahap amatur je.

Banyak lagi sebenarnya. Malu aku nak taip. Menggambarkan perempuan memang boros.

Yes! Lelaki amat bijak dalam hal-hal perkahwinan.
Tak macam wanita yang hanya mementingkan hari persandingan, lelaki lebih bersifat matang.

LELAKI LEBIH MEMENTINGKAN KEHIDUPAN SELEPAS BERKAHWIN.

Kalau tak, takkan wujud :







See? Memang benarlah lelaki lebih mementingkan kehidupan selepas berkahwin.

Tapi yang pelik tu, calon tak ada lagi, tapi dah study dulu.

Kahkahkahkah!!!!

GELOJOH!!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

Ini Apa?

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Julai 01, 2011 1 comments


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ai, marah nampak??? http://www.emocutez.com

2 Kes Bongok Serentak

Posted by LeptoSpyra at Jumaat, Julai 01, 2011 4 comments
Aku Bukan Seorang Pengguna Bijak..

Sadisnya hari ni.. 30 Jun 2011. Aku telah berjaya memokaikan diri sendiri.
Dek kerana tahap kerabunan yang melampau, RM 870 terbang. Spek mahal tu. Dah tu apa nak buat lagi.. Power naik mencanak.



Ikutkan spek aku ni tebal ni. Tapi nak nipiskan punya pasal, aku bayar je la buat kasi nipis. Kalau aku boleh rawat sendiri penyakit rabun ni, dah lama aku buat. Tak payah tempah spek mata.

Amik garam, gula, kunyit, tonyoh kat mata. BLINGGGG~ Mata ibarat dilahirkan semula. BONGOK!!!

Sakit hati bertambah bila balik tu. Ada orang membebel betapa aku bukan seorang yang pandai berbelanja..

Siap gelakkan aku sambil kata : Hahahaha... Blanja kne bijak .....

Nasib dalam SMS je dia gelak. Kalau depan-depan, aku tak tau apa jadi kat dia.
Tau-tau esok keluar berita muka depan Hariam(haram) Metroll

Arggghhhh~ dah tu nak pulangkan balik spek ni ke? Semudah itu?

Betul ke kalau buat spek kat luar lagi murah berbanding buat kat dalam??

Okey contoh : Ada Focus Point. Satu kat dalam Giant, satu kat luar Giant.

Betul ke kalau buat kat kedai Focus Point LUAR Giant adalah lebih murah berbanding buat kat Focus Point DALAM Giant??

Ada sesiapa boleh sahkan? Itupun kalau ada orang baca entry cabuk aku ni..

Lagi sakit hati bila nampak 2 kad. Ayat seribu dinar dengan ayat kursi. Wait! Dont get me wrong. Bukan aku benci sesuatu yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Tapi....

Lepas aku keluar dari Giant, menuju ke parkir, ada seorang umat manusia mengekori aku..

Dia panggil aku

“ka...ka...ka..”

Korang boleh agak dia orang mana kan?
Aku nampak dia pegang barang. SAH! Nak jual barang dengan aku.

Laju-laju aku jerit kat dia

”TAK NAK” (jerit sebab dia di seberang jalan. Bukan sebab aku monster)

Pastu dia cakap

”Saya nak bagi saja...”

Aku geleng dan terus melangkah.
Boleh dia ikut aku sampai kereta.

BushidoMaster betul!! Dah dekat dengan aku, mula dia membebel...
Dia hulur kad 2 keping. Ayat kursi dan ayat seribu dinar.

Aku amik la. Sebab tadi awal-awal dia kata nak bagi sahaja kan?
Tanpa aku perlu bayar!!

”Ka, Pakistan lagi banjir. Perlu derma bagi beli selimut”

SELIMUT!!!

Aku malas nak dengar dia bebel panjang.. Aku hulur not RM10..
Boleh pulak dia kata

”Ka, mau beli selimut 19 ringgit 90 sen. All muslim bagi ini..”

Sambil menunjuk sekepuk duit. Mostly not RM10

Aku tanya dia

”RM10 sahaja tak boleh ke?”

Dia balas

”Selimut harga 19 ringgit 90 sen”

BINGKAI UBI betul... Dari aku ikhlas nak bagi RM10, dia mintak RM20 pulak.

Dah lepas tu dia desak lagi. Aku ni malas nak layan panjang-panjang, aku bagi je la lagi RM10.

Damn.. RM20 dah lepas kat umat tu.
Lepas happy dapat duit, mula la dia mendoakan aku macam-macam.
Bagi sesiapa yang pernah terkena, korang tau la macam mana kan.

Damn. Aku ikhlas bagi RM10 je. Lagi RM10 tu aku tak ikhlas. Ko yang paksa aku.
Aku pun tak pasti ko nak beli selimut ke, atau memang saja nak pau duit aku.

Aku tau muka aku innocent dan baik(hahahahaha) sebab tu ko suka mintak duit kat aku.
Dalam seminggu, dua kali aku kena. Dua kali aku pergi Giant, dua kali aku kena pau.Geng ko jugak kot.

Hari tu aku ’BELI’ surah yasin dan ’kotak-kotak’
’BELI’ secara IKHLAS.
Nasib share 2 orang dengan Faizah. Kurang sikit BEBAN.

Duh!!! Aku bukan kaya. Sekali sekala tak apa. Ni banyak kali.
Mau je aku panggil Mazidul Akmal Sidek buat kerja kat situ.
Baru ’bersih’ sikit kot kawasan tu.

BONGOK 1- Beli spek harga sama dengan gaji sebulan pekerja kilang

BONGOK 2- Kena pau seminggu dua kali sambil ’TERBELI’ ayat kursi, ayat seribu dinar, surah yasin, dan kotak-kotak






Terima kasey!!!
 

Ini Blog LeptoSpyra Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez